Wednesday 28 January 2009

Jumpa Tuan Rumah

Pada 15-01-2009 kami berjanji untuk berjumpa dengan landlord ni..LESLIE utk sign tenancy agreement. Suami dia rupenye pensyarah di Durham Uni. Hmm..tuan rumah ni baik hati..peramah plk tu. Sebenarnya sewa rumah GBP 425, tapi setelah dibawa berbincang dgnnya, dia setuju utk bagi sewa GBP 415 sebulan. Rumah pula 3 bilik, fully furnished [serba lengkap] & yg plg penting toilet kat atas dekat dgn bilik2.

Mulanya agak berat hati saya nak pindah dari rumah lama tu..saya suka rmh lama sebab lokasinya teramat dekat dgn sekolah. Tapi, lps consider beberapa aspek...dan tergoda dgn rumah sekarang ni, maka saya pun tukar fikiran. Abg pulak memang dari awal lagi sudah green light. So, jadilah kami berhijrah ke Clarence....



Selepas tandatangan perjanjian

Ini tuan rumah punya bunga...dr species kaktus katanya. Menurut Leslie, bunga ni ada sejarah..dah 3 tahun dibela tapi tak mengeluarkan bunga. Tapi, sebaik saja diletakkan dalam rumah ni, keluar pulak bunga..banyak pulak tu. Aku saja berseloroh.."agaknya bunga ni suka dok kat sini.." Hmm..nampaknya berhasil juga teori "ada udang kering sebalik mee goreng basah" ni. Maka dengan girangnya Leslie kata, "amiklah..tolong jaga eh..". Waah..seronok sgt saya. Sekarang pokok ni makin mencanak2 keluarkan bunganya. Sah dia memang suka tinggal kat sini.


No comments: