Saturday, 3 January 2009

: : Fresh Apple Cake : :

Last week ada masak ni..nak cuba buat sebab simple je dan bahan2nye senang di perolehi. Sementelah pula pokok epal belakang rumah I berbuah sakan winter2 ni. Ada gambar dan resipi kek ni bagi sesiapa yg ingin mencuba. Rasanya boleh tahanlaa..cuma I sorang je la yg perabih pasal boss tak gemar makan kek. Dia suke beskut kelapa & mazola jer.



KEK EPAL
(disalin dr MyResipi..xcaya, tgk sendiri eh..)


Bahan2:

3 biji epal (kupas kulit & potong dadu)
1 1/4 cwn gula
2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cwn minyak sayuran
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila

Cara2 membuatnya:
* Ayak tepung gandum, soda, cinnamon, garam & b.powder.
* Satukan epal dan gula dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan.
* Dlm mangkuk lain, campurkan minyak, telur & esen vanila. Kacau rata.
* Masukkan campuran epal & airnya (spt air gula). Sebatikan.
* Masukkan bahan2 kering yg diayak tadi. Kaup balikkan.
* Tuang dlm loyang.
* Bakar selama 45 minit (tgk oven ler) - suhu 175 C.

No comments: