Saturday, 6 December 2008
Tragedy@Bukit Antarabangsa
TRAGEDI...pemandangan dari udara menunjukkan kemusnahan yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang membabitkan runtuhan di dua kawasan perumahan dengan sekurang-kurangnya 14 banglo tertimbus dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM
Teringat semasa kami menetap di sana suatu masa dahulu..(selepas mendirikan rumahtangga). Kami dok kat VillaRia Condo di Taman Bukit Mulia..aku pun dah tak berapa ingat dah kawasan yg runtuh ni area mana..tapi, aku tahulaa kalo Oakleaf Condo tu, memang tersangatlah dekatnya dengan kawasan rumah kami dulu..
Banglo Dato' CT pulak dekat2 dgn Kelab Ukay..memang dekat2 situ ada banyak banglo mewah..banglo cik CT terselamat..(banglo dia ni berpintu pagar laksana dlm filem Lord of the Rings). Dulu, kami pasti lalu jalan depan banglo tu utk keluar ke jln utama - Ampang..terpesona jap sbb besar giler & cantik rumah tuu..xsangka pulak akan jadi milik Dato' CT.
Chehh..citer CT plak..masa dok kat Bukit Antarabangsa dulu, memang selalu ada jentolak dok tarah bukit..aku pun naik hairan bin ajaib jugalah pasal kwsn situ berbukit..struktur tanah pun xberapa nak ok..bukannya sekali berlaku kejadian tanah runtuh seumpama itu. Tapi..masih juga ada pihak yg tak bertanggungjawab tutup mata & telinga seolah2 tiada apa yg akan berlaku jika diteruskan projek pembinaan rumah...kesannya, rumah2 yg sedia ada terancam disebabkan pergerakan tanah yg membuatkan strukturnya tidak stabil..
Adakalanya kita harus renungkan ttg bala yg Allah SWT nak turunkan..mesti ingat Allah tidak akan menurunkan sesuatu bala sekiranya hamba-Nya taat pada perintah-Nya. Lihatlah apa yg berlaku kini..dlm MalaysiaKini umpamanya..boleh difikirkan kembali..tanah runtuh tu sekadar amaran mungkin..?? Sudah lupakah kita semua ttg tragedi yg menimpa kita 4 tahun lalu..pada 26 Disember tu..
Semoga mereka yang terlibat dengan kejadian ini dirahmati Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment