Source: Utusan Online
SEPANG 5 April - Pelumba Brawn GP, Jenson Button memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia yang terpaksa dihentikan pada pusingan ke-32 akibat hujan lebat di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
Ini merupakan kemenangan kedua Button selepas perlumbaan pembuka tirai di Albert Park, Melbourne minggu lalu.
Pelumba BMW Sauber, Nick Heidfeld di tempat kedua dan pelumba Toyota, Timo Glock diumum pemenang tempat ketiga.
Perlumbaan yang bermula pada pukul 5 petang dan sepatutnya berlangsung 56 pusingan, tidak dapat disambung setelah hampir 50 minit terhenti menyebabkan steward mengumumkan perlumbaan ditamatkan.
Pelumba dan pasukan hanya mendapat separuh dari mata sebenar yang diperuntukkan kerana perlumbaan ditamatkan awal tidak sampai tiga perempat daripada 56 pusingan keseluruhan.
Kedudukan selepas perlumbaan ditamatkan
1. Jenson Button (GBR/Brawn-Mercedes)
2. Nick Heidfeld (GER/BMW Sauber)
3. Timo Glock (GER/Toyota)
4. Jarno Trulli (ITA/Toyota)
5. Rubens Barrichello (BRA/Brawn-Mercedes)
6. Mark Webber (AUS/Red Bull-Renault)
7. Lewis Hamilton (GBR/McLaren-Mercedes)
8. Nico Rosberg (GER/Williams-Toyota)
9. Felipe Massa (BRA/Ferrari)
10. Sebastien Bourdais (FRA/Toro Rosso-Ferrari)


