Wednesday 23 March 2011

SeSI @ Manchester

Sabtu lepas kami sekeluarga tak dapat menyertai program sukaneka DurhamMy kerana terpaksa bergerak ke Manchester untuk menghadiri Seminar Sistem-Sistem Islam (SeSI) anjuran IKRAM UKE. Seawal 7:15 pagi lagi kami dah bertolak ke sana. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam setengah ni agak memenatkan. Tapi, bila dah berada di sana, rasa letih dan mengantuk terus hilang.

Kali ni kami ke sana kerana ayah diamanahkan untuk menjadi penceramah tentang isu 'Dinar dan Dirham'. Hajat di hati memang saya pun nak ikut serta dalam dewan kuliah bersama hadirin seramai lebih 300 orang tu, tapi apakan daya, kanak2 tak digalakkan berada dalam dewan untuk elakkan gangguan. Akhirnya, saya turut serta dalam program Tunas Taqwa untuk anak2 kecil sementara ibubapa mereka berprogram. Lagipun Ameen & Iffah join juga.

Macam2 aktiviti yang kami lakukan bersama. Kanak2 pun ada lebih kurang dalam 10 orang je. Ini mungkin kerana majoriti peserta seminar adalah pelajar2 undergrad dari seluruh pelusuk UK. Jadi, jumlah kanak2 yang ada pun bergantung kepada jumlah ibubapa yang hadirlah. Petangnya, selepas solat dan makan tengahari, kanak2 dibawa ke Muzium Manchester oleh AJK Tunas Taqwa. Malah saya pun turut sama. Lokasi tempat seminar sangat hampir dengan muzium ni, jadi kami hanya berjalan kaki saja ke sana.

Kebetulan pula hari tu, ada pameran sains di muzium. Bertuahlah kami sebab kanak2 ni sangat teruja untuk membuat eksperimen2 yang dianjurkan. Ameen pun tak lepaskan peluang. Tapi tidak pula Iffah. Iffah sentiasa reserved. Mungkin juga sebab dia penat dan suasana dalam muzium menjadi sempit dek ramainya orang yang berkunjung.

Program hari tu tamat jam 7 malam. Usai solat maghrib dan isya' kami bersurai. Tapi, sebelum tu, kami ke Jazeera untuk makan malam. Dah selesai barulah kami bertolak pulang ke Durham. Phewww..mata pun berat semacam je malam tu, iyelah dah pekena nasi sedap Jazeera. Tak sah tak ke sana jika ke Manchester. Dah hampir jam 11 malam baru kami tiba di Bowburn. Alhamdulillah, selamat sampai. Dapat kenalan pun ramai :) .

Jom layan beberapa foto kami.

Ameen dengan hasil karyanya bersama kawan2 yang lain.

Ada tayangan juga..

Izzah yang tak turun dr keretanya..Iffah pula asyik berkepit dengan kakak Naz.

Iffah depan Muzium Manchester.

Izzah takut2 tengok skeleton mini dinosaur.

Ameen sedang buat eksperimen.

Antara kanak2 yang terlibat bersama pengawas2nya.

Tak berpisah langsung dua orang ni.

Masa ni baru balik dari muzium.

Bergambar bersama pelajar2 undergraduate AJK seminar.

Malam sebelum kami bergerak ke Jazeera.

4 comments:

lady lavender said...

nasib baik ada program utk anak2 jugak kaan..kalo tak jenuh jgk ibu dia nak kena melayan kerenah all the time :-)

hnyhar said...

lady lavender,
betul tu. di samping dpt kwn baru, kanak2 ni pun diajar macam2 dlm program tu. Kira macam nursery juga ni sbb baby kecik pun ada 2,3 org..haha.terpaksalah diriku menjadi pakar rujuk juga sbb yg menjaga tu budak2 undergrad.. :P

illey ibrahim said...

naz...kawan lame kat sekolah,,,:)

hnyhar said...

skylark,
oh ye ke..akak pun baru kenal masa program seminar tu..peramah orangnya.anak akak sgt rapat dgn naz.. :)