Thursday 24 March 2011

SASER, Sekolah Terbaik SPM 2010

SM Sains Tuanku Munawir Muncul Sekolah Terbaik SPM 2010

SEREMBAN, 23 Mac (Bernama) -- Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ia merupakan kejayaan bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengetuanya Sabuddin Sani berkata pada tahun 2010, sekolahnya mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97.

"Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Katanya jika tahun 2009 hanya dua calon sahaja mendapat semua A+, tetapi pada tahun 2010, ia telah mencatat sejarah apabila 16 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang.

"Saya bersyukur dengan kejayaan yang diperolehi, dan berterima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam mendidik serta memberi tunjuk ajar yang berkesan kepada semua calon SPM sekolah ini. Saya yakin, melalui program pemantapan yang dilakukan, ianya banyak membantu pelajar-pelajar ini meningkatkan mutu pelajaran mereka. Tahniah dan syabas kepada semua," katanya.

Sementara itu, pelajar cemerlang, Muhamad Zakhuan Abd Rashid ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dengan setiap pencapaian yang diperolehi.

Beliau yang memperoleh 9A, dalam semua mata pelajaran itu mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, yang telah bersusah-payah mendidiknya sehingga memperoleh keputusan cemerlang.

Muhamad Zakhuan berkata kejayaannya itu juga ditujukan khas buat ibu tersayang, yang kini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan.

"Pengorbanan ibu yang terlalu banyak kepada saya tidak dapat dibalas, melainkan memberikan keputusan cemerlang buatnya sebagai hadiah," katanya.

***************************************

TAHNIAH buat

SITI NURUL ATIKAH MOHD FADZIL

kerana berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan semalam.

8As 2Bs



2 comments:

Zaitun said...

Tahniah kepada mereka yang berjaya dan pada yang kurang bernasib baik jangan putus asa cuba lagi.

hnyhar said...

kak zai,
begitulah yg kita harapkan..perjalanan menuntut ilmu masih belum habis di situ...