Sunday 6 March 2011

Izzah Kembung


Hari ni cuaca sangat cerah. Sesuai untuk beraktiviti outdoor. Hasrat nak ke Sedgefield carboot fair terpaksa dilupakan kerana si kecil Izzah kurang sihat. Saat saya menulis entry ni, Izzah masih di ribaan, tertidur lena, keletihan malam tadi berjaga.

Malam tadi sekembalinya kami berdua dari usrah wanita, tiba2 je Izzah menangis mengadu 'sakit tummy'..mulanya saya ingat Izzah main2 saja. Sudah terbiasa dengan taktiknya yang sering berkata begitu tiapkali minta didukung. tiapkali nak berkepit dengan ibu. Tapi, naluri saya bijak menafsirkan. Izzah saya lihat sangat serius memberitahu, malah bukan itu saja, kedua2 belah kakinya sejuk.

Tanpa berlengah, saya terus melumur minyak yu yee ke perut, betis dan tapak kaki Izzah. Akhirnya setelah minum susu, Izzah terlena di pangkuan saya. Ingatkan nak tidur hingga ke pagi, rupanya sejam selepas tu, Izzah bangun semula dan menangis lagi sambil tangan menunjuk2 perutnya. Kali ni makin kuat pula tangisannya...dan berlarutan sehingga ke tengah malam. Mata saya dah mula mengantuk tapi tak sampai hati pula nak lelap sedangkan budak kecil ni mengaduh2 kesakitan. Badannya pun dah mula panas. Nasib baik mahu juga dia telan sirap paracetamol.

Saya dan suami bersilih ganti memangku Izzah..kadang2 Izzah memang minta dipangku ayah..ayah sampai tertidur menyandar sambil tangan memangku Izzah yang terlena sebentar. Saya tak ambil Izzah dari suami, bimbang Izzah bangun dan menangis lagi..kesempatan tu, saya kononnya cuba melelapkan mata sekejap sementara Izzah tidur. Rupanya, tak sempat juga mata terlelap, dah Izah bangun balik menangis cakap 'sakit tummy..ayah..sakit tummy abu..'.

Giliran saya pula memangku Izzah sampailah ke pagi..baring tak kena, saya cuba letak meniarap, pun tak kena juga..menjerit2 dia cakap sakit. Yang saya perasan, tiap kali Izzah cakap sakit, tiap kali itu jugalah perutnya mengeras. Memang betullah, perut Izzah masuk angin. Nak kata tak makan, dia memang makan nasi petang tu..dan malam tu pula jamah juga sedikit juadah di tempat usrah. Ada kemungkinan sebab kesejukan masa kami berdua keluar malam tadi sebab Izzah cuma mengenakan pyjamas saja di samping coat dan mafla. Saya nak cepat, tiba2 dia pula nak ikut. Nak tukar baju lain, nanti makin lambat pula. Hmmm...

Masa orang lain tengah dibuai mimpi, kami berdua masih membuka mata..saya pun membuka laptop saya dan memasang cerita kartun kegemaran Izzah "Ben and Holly's Little Kingdom'..Sempat juga Izzah melayan sampai 4 slot, lepas tu, nangis semula. Terpaksalah saya memangku Izzah sambil duduk dan mengusap2 perut kecilnya tu sambil berzikir2, doa saya mudah2an perut Izzah kembali pulih. Keadaan 'on & off' sakitnya silih berganti sehinggalah fajar menyinsing. Masa tu, Izzah dan saya mula terlelap, saya pun macam dah nak tumbang.

Lepas bergilir duty dengan suami, saya baring untuk cover tidur yang tak cukup malam tadi, baru je berdiskusi dengan kawan2 tentang tips untuk dapatkan tidur yang kualiti malamnye. Nampaknya kualiti tidur saya tak tercapai malam tadi. Walaupun hanya sempat merehatkan mata dan otak lebih kurang 2 jam lebih, saya rasa cukuplah dulu, ada banyak tugas menanti. Itupun yang 2 orang lagi tu dah sibuk2 mengelui2 ibu minta disediakan sarapan.

Kadang2 terlintas di fikiran, bagaimana sekiranya ibu tiada di sisi mereka...

Saya harap Izzah makin ok hari ini..walaupun tak banyak makanan masuk dalam perutnya, namun, Izzah nampak dah boleh jalan sendiri dan banyak cakap. Alhamdulillah...dapat lihat dia senyum dan ketawa pun dah lega benar. Moga berterusan hendaknya. Amin.

10 comments:

:cahya schatz: said...

salam...
kesiannya izzah...
kan sana ada tea jintan tak...?
kalau ada, try bg izzah minum... sbb jintan mmg bagus utk kuarkan angin.. at least, bila dia kentut2..tu akan buat izzah rasa better....

hanifatyha said...

siannye kat izzah..sian gak kt ibu yg tak tido lena..pengorbanan ibu jg anak2 amatlah besar :) aunty doakan moga izzah cepat sembuh

hnyhar said...

liza,
salam..teh jintan? hmm, xprnh dengar la pula. nnti akak try check..TQ. mlm td ada kuar juga anginnya tp sikit je..pastu kembung balik..rasanya ni plg teruk kot.

aty,
kepala pun pusing je hari ni..
camnelah mak kita jaga kita masa kecik dulu esp time sakit..agaknya camnilah juga..tq 4 the du'a. wish u deliver the bb safely.

:cahya schatz: said...

kalau akak nak sukatan... maybe buleh buat sendiri kot..
tp kalau akak nak liza belikan yg siap kat sini pon buleh...

lady lavender said...

kesian kann kalo anak kecik sakit. Yang dia tau cuma nangis aje. Semoga izzah cepat sembuh. Take care to you too ibu izzah :-)

Anonymous said...

salam nani.

semoga izzah cepat sembuh.. ni mesti gara2 datang rumah aunty semalam..

hnyhar said...

liza,
that's a very kind of u! TQ..
liza tahu x sukatan dia? jintan apa nak letak, manis ke putih? tp hr ni dia dah ok sgt2, dah mahu makan nasi dah. mlm td pun dah tidur nyenyak. :)

lady lavender,
mmg kesian. lagi kesian bila mula2 dia cakap sakit tu, kami ingatkan diaa main2 je, biasa kalau dia nak minta dukung pun dia akan cakap sakit tummy jugak. bila tgk bibir pucat & kaki sejuk baru yakin dia sakit betul2. kira oklah dia bgtau sakit kat mana. kalau masa baby dulu mmg uwaaa uwaaa je laa..yg kita ni pula asyik meneka, nak kena tukar nappy ke..kembung ke..haha

na,
ghane jadi anonymous pulok ni. rasanya sbb keluar malam tu, then silap ibu dia jugak sbb xbungkus dia betul2..bungkus atas je..betis dia sejuk, sbb pakai pyjamas je. ye lah, dia nak ikut saat2 akhir..xpe, dah baik dah ni, alhamdulillah..

ummi_ziz said...

Alahai kesiannya Izzah..hrp2 dah ok la ye harini, boleh ibu pegi jln2..cuaca cerah nmpknya harini ni..tp tataula kt sana mcm mana..hihi.

Anonymous said...

get well soon izzah....

hnyhar said...

izu,
thanx..izzah dah sihat..alhamdulillah. kat sini pun cuaca pun ok..cuma tu laa sejuk..

nenny,
thanx...izzah dah baik daaah :)