Sunday 29 November 2009

A Tribute to Kak WKB

Abg Zulkifly Yusof & Kak Wan Kamariah Baba

Hari ni seluruh warga Durham_my menyaksikan penghijrahan seorang rakan Malaysia yg juga merupakan 'otai' di Durham. Setelah 5 tahun menetap di Durham akhirnya Abg Zul, Kak Wan, Iman, Ihsan, Farah & Fateehah berpindah ke Sheffield petang tadi...gara2 Kak Wan bekerja di Sheffield Univ. Alhamdulillah...

Pagi tadi, seawal jam 9 pagi kaum lelaki tiba di lokasi kejadian untuk gotong-royong memunggah barang2 mereka ke van. Manakala kaum wanita pula bawa pot luck masing2 sebagai juadah untuk dinikmati bersama. Kasihan pada tuan rumah pot luck..dalam keadaan sarat, beliau tak duduk diam ke hulu ke hilir nak make sure semuanya ok. Takpe Ina, malam ni rehat..terima kasih jadi host tadi.

Saya pula tak tunggu sampai kak Wan berlepas. Sementelah saya & bb masih tak sihat..terbatuk2, risau juga jika kami ni jadi penyebar virus pula..he3. Sy tak tahu jam berapa tayar kereta mereka bergolek ke sana, sepatutnya pukul 12. Saya harap mereka dah selamat tiba sekarang ni..pheww..mesti kepenatan. Tak mengapa kak Wan, yg penting skrg ni keluarga akak dah bersama semula...seperti dulu.

Terima kasih atas pertolongan yg pernah kak Wan hulur kpd kami sekeluarga sebelum ini terutama sekali masa kami mula2 dtg ke UK dulu. Kami selalu bertamu di rumahnya psl nak guna internet, maklumlah masa tu kami dtg time Christmas..org putih cuti..so line telefon dan internet lambat betul dapat. Bila nak Voip [skrg dah guna Skype] dengan keluarga di Malaysia je, kami pegila rumah tu..dan hubby selalu cakap, kalau dtg rmh kak Wan, walaupun sekejap, mesti dihidangkan dgn makanan & minuman.

Terima kasih juga buat Abg Zul krn entertain kami, menjemput kami di Newcastle International Airport [ustz pun sama..] masa mula2 jejak kaki ke bumi UK. Malah sebelum kami datang lagi abg Zul dah susah2 uruskan rumah sewa Justin Timberlake untuk kami..[#13, Clarence St]. Terima kasih yg tak terhingga atas semua pertolongan kalian berdua..dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas semuanya dengan sebaik2 ganjaran.

Didoakan semoga kak WKB sekeluarga berbahagia sentiasa..dan, insyaAllah jika kami turun ke south..kami akan singgah menziarah..mungkin bermalam...hahaaa. Lepas ni mesti rinduu kak Wan & those kids..


Selamat menjadi warga Sheffield pula..jangan lupa kami di sini..jika nak ke north..singgah2la ke rumah kami & kawan2 di sini..


**..lepas ni siapa pula yang akan replace abg Zul jadi moderator Durham_my.....

3 comments:

zarina said...

Nani, correction. Kak Wan dah keje kt Sheffield Uni selepas Raya Puasa lepas. Tu yg pindah ke Sheffield.

ummunashwa said...

Sekarang tak takde jiran nak lawan sapa masuk dapur paling awal waktu pagi..heheh.

Durham_my ada 2 org moderators,kak nani. Sorang lagi blom balik Malaysia lagi...

hnyhar said...

kak ZBZ,
ngee..ye ke..apesal lak sy tertinggal kapal eh..hahahaha...will do the correction!tq.

ina,
aah eh..lupe pulak..abunashwa kan..hehe..dah xde lawan ke nak masuk dapo plg awal..