Saturday 7 November 2009

King Cross Eurostar ke Paris

Ini sambungan kembara kami dr London hr tu. [Dah lama sy tak update blog ni..haha..malasnye kan.] Sekarang baru nak korek cerita semula. Dah byk yg sy terlupa ni. Harap masih boleh update dgn baik jln ceritanya..hi3.

Hari tu, pagi2 lg kami dah check-out dr Euro Hotel, Wembley utk amik train ke King Cross..kena 2 kali tukar train jgkla nak smpai sana tuu..nak pula dijadikan cerita, train yg kami naik tu tetiba je stop..ada problem..xsenang duduk hubby dibuatnya. Maka terlewatlah kami smpai di King Cross..i.e. 10 minit sblm departure. Mana sempat beb, nak security check lagi..check passport..ramai pula tuu..5 adults with 4 kids..huuu..

Diorg tak lepaskan masuk..peluh2 hubby saya dibuatnya. Kesian diaa..last2 diorg srh discuss dgn bahagian tiket adjust kot2 dpt naik next train. Alhamdulillah, kami dpt naik next train yg cuma selang 45 minit saja dr train yg missed td tu. Pheeww!

Tetamu kami. Kesian juga diorg kena ikut host & hostess punye plan jln2 yg padat. Sure diorg ni penat sgt2. Itulah, mana cukup seminggu je. Plg tidak 2 minggu..[hoh, xdok keroje la plk asyik nk berjln je]. Bila dah masuk train, rasa released sgt..tiba2 je perut terasa lapar. Padahal dah mkn sikit2 dlm hotel sebelum keluar pg tu.


Perjalanan Eurostar King Cross menuju ke Paris mengambil masa 2 jam. Kami pun sempat juga terlena sebentar. Masa ni kami baru saja tiba di Paris. Nak kena naik train pula untuk ke hotel.

Hotel kami tu blh tahanla strategiknya krn lokasinya sgt hampir dgn train station. Lupa pula sy apa nama train stop kat situ ;P
Yang mencabarnye, hotel tu xde lif daaa..aduss..kena pulak dok tingkat 4, terpaksalah panjat wooden steps yg spiral-shaped tu..pheewww! Sungguh menggerunkan. Pendek kata jika tertinggal apa2 brg kat dlm blk tu, kira xyah naikla semula..sempuuut!

Perjalanan ke Paris pun tak kurang dengan dugaannya juga. Maklum saja jalan2 dengan kanak2 ni..mcm2 karenah diorg..apatah lagi bila ada org lain bersama. Lagila mereka nak tunjuk segala macam pe'el yg ada. Huu..sengsara juga dibuatnya kami berdua. Maaf kpd guests kami kiranya perjalanan korang terganggu dgn karenah si kecil trio ni. Pasal tu kat UK kami selalu travel sendiri2 tanpa konvoi dgn rakan2 yg lain..lebih senang begitu..tp, buat Along & family, jgn serik pula nak jd guests kami eh?

Selesai check-in di Hotel Mary, kami tunaikan solat qasar dan rehat sebentar. Petangnya kami plan nak keluar, so kena rehat utk kumpul tenaga. Lagipun perut perlu diisi maa.

Ayah tengah tengok menu..hmm boleh tahan mahal juga makanan kat kedai ni eh. Mahal murah pun dah memang kena oda laa..sebab dah duduk dan minum jus sekerat gelas..hahahaa..

Gelagat kami sebelum menjamu selera. Sy pun dah lupa apa nama restoren yg kami singgah makan tengahari tu [dah lama pun..bln September, lupa pula nak amik gmbr kedai tu]. Harganya mahaaal..sepinggan nasi beryani bernilai 12 pounds. Murah lagi di London, kalo kat London baru 8 pounds. Apa lagi, dengan perut yg lapar..kami pun santap dengan berselera sekali. Sedap..semua habis dimakan. Alhamdulillah.

Selepas itu barulah kami mulakan perjalanan menuju ke destinasi yg paling ditunggu2..nnti sy smbg kemudian k..tggu idea datang utk menulis..taraa!

6 comments:

UnGu VioLet said...

bestnye kak.. teruja tengok gambar2 tue....

muhammadfarhanhanafi said...

Assalamualaikum ya ustazah hanani...kaifa haluki ya ustazah??ana bikhair,alhamdulillah..kaifa usratuki??maza taf'al hunaka??mata atarji'u ila malaysia??

Anonymous said...

biasala bawak kanak2 berjalan..mmg mcm2 dugaan..sabo jela..they all kan ghair mumaiyiz..i slalu ingat camtu bila tgk kerenah anak2..(nak sedapkan hati!)ank sulung i baya iffah kuat mengamuk juga mengalahkan adiknya..!

E Normi E Ismail said...

seronoknya tengok k. nani jalan2..

hnyhar said...

unguviolet,
best mar..tp penaaat.

farhan,
waalaikumussalam..kayfa haluk ya farhan? ana wa usrati bikhayr walhamdulillah..sa'arji'u ila malizia fissanah 2011 insyaAllah..wa huna, ana u'allimu maliziyyin 'an allughatul'arabiyyah..

hnyhar said...

anonymous,
sapa ni eh..sy address saudara/i sbg anonymous jg ni. hmm, mmg kanak2 ghayru mumayyiz kan..saja je nak uji ayahibu diorg ni.kena istighfar byk2 selalu..ujian Allah jg ni..hi3.

normi,
ada byk pengalaman nak cerita kat blog tp masih belum berkesempatan..kdg2 internet buat hal masa uploading foto tu..tu yg buat rasa malas nak update..tp kesian keluarga di Malaysia nak tahu ttg kami di sini..normi buat apa dgn anak2..senang2 blhla jalan ke rumah..