Sunday, 22 March 2009

Cards From Me Kids

Sy dpt 2 kad ni drpd anak2 sy;
Mereka buat ni di sekolah masing2..untuk diberikan kpd mommy.
Balik2 je sekolah Jumaat lalu, terus big hug ibu dan bagi kad ni sambil sengih2.
Hmm..ibu tak tahula pulak rupenye kad tu ada kaitan dgn 'Mother's Day' yg dikatakan jatuh pd hr ni.
Tak silap sy waktu di Malaysia dulu, sy pernah mendapat hamper dr pihak KPJ Ampang Puteri Specialist Centre bersempena ketibaan 'Mother's Day' yg mana ketika itu sy baru lepas melahirkan Ameen [8 Mei 2004].
Hmm..tarikh berbeza.

Rupa2nya, tarikh tu memang berbeza2 mengikut country masing2. Malaysia ikut tarikh Ahad kedua dlm bln Mei, sedangkan di UK pula hari ini.
Ntahlah..bg sy penghargaan untuk ibu tidaklah terhad kepada hari2 tertentu saja.
Sepatutnya setiap hari..bukan?

Lupakah kita bahawa ibulah yg bersusah payah mengandungkan kita selama 9 bln..siap penin2 lalat..mabuk2..terjelepek..krn pembawakan kita.
Rasulullah SAW juga menyuruh kita sayangi ibu 3 kali ganda lebih drpd ayah.

.."who next?..your mother..
who next? ..your mother..
who next?..your mother..
and then your father."





Thank you Ameen & Iffah dearie.
I love you all tooooo..
Be good & pious kids of us.

: : Tiramisu : :

Yeaay..alhamdulillah, hr tu sy dah berjaya buat,

TIRAMISU

Hmm..nak tahu resipinya camne? Boleh tengok di MyResipi.com.
Tapi, takpe..sy akan tampal di sini juga.

Bahan2:
1 bungkus sponge fingers
[nak pakai 2 pun blh, bergantung kpd kebesaran bekas masing2]
atau, boleh juga guna,
kek span [sponge cake],
250 g cream cheese
250 g whipping cream
150 g gula
1 cwn bancuhan air nescafe @ milo [tanpa gula]
serbuk koko [decorate]

Cara2nya:

1. Satukan cream cheese, whipping cream & gula. Pukul hingga kembang.

2. Celupkan sponge fingers [boleh lihat gambar cmne rupenye..] dlm bancuhan nescafe. Susun dlm bekas sederhana besar. Sy celup hingga air tu meresap seluruh biskut, baru sedap.

3. Pastu, letakkan bancuhan yg dipukul td atas lapisan biskut dgn rata. Ulang proses ini hingga jd 3 lapisan. [tp sy punya jd 2 lapisan je sbb bekas lebar kot..]

4. Bila dah habis, simpan dlm peti ais. Tapi, kena tutup. Boleh decorate guna serbuk koko. Pastu, boleylah makan..ngap..ngap..sedap sgt jika makan waktu cuaca panas..sejuk tekak.

Bagus buat sendiri bende ni..sbb kalo makan yg kedai punya, blm tentu halal ingredients nya. Biasanya, tiramisu yg dihidangkan di kedai @ hotel ada 'rum' dlm tu..senang je, cuma kene cukup bhn2 laa. Kat sini agak senang dan murah bhn2nya berbanding di Malaysia..dan, en.hubby pun boleh buat sendiri desert ni kot2, nak tolong wife buat masa 'open house' ke..kan.



Sponge fingers - 62 pence sebungkus

Inilah rupanya..bende ni boleh buat sendiri [kalo rajin]. Sedap dimakan begitu saja..rasa dia macam kek sponge yg rangup.



Hubby ckp, oh, mcm desert yg dihidangkan di hotel..
hmm..dia pun sukaa mkn ni.

Selamat Mencuba..

A Message to Me

Hr ni sy berasa amat sayu..bila sy buka baytulkifli, sy lihat ada 1 pesanan buat sy yg dtgnya drpd seorang anak didik sy di SMAP Labu. Sebetulnya dah lama sy tak menerima berita ttg Afiq [namely MOHD AFIQ HIDAYAT ZAILANI].

Tugas seorg yg bergelar guru secara zahirnya mmglah menyampai & memindahkn ilmu. Tetapi,pd hakikatnya beliau bertanggungjawab utk mendidik pljr itu dr segenap aspek..bkn setakat memperkenalkn subjek itu saja..saya harap usaha sy selama ini diberkati Allah SWT. Sy kira itu adalah ibadat sy [walaupun setiap bulan dpt gaji]. Hanya Allah shj yg tahu ttg hati ini. Lagipun, kamu semua adalah amanah Allah buat saya. Kelak di hari perhitungan saya akan ditanya...

Buat Afiq,
TAHNIAH atas kejayaan dlm SPM 08.

Teruskan perjuangan untuk mencapai cita2 murni itu..
Tabib..
Hafiz ..
Mujahid..
Syahid..
Saya doakan Afiq berjaya kelak. Amiin.


{Pesanan drpd seorang anak didikku}

assalamualaikum w.r.t
ana ucapkan pada seorg insan yg
pada ana..sgt bmakna insan ini
ilmu yg dicurahkan sgt ana hargai..
itulah..
ustazah hanani..
mualimah li maadah lughatul arabiah al aaliyah
padanye ana diperkenalkan bahasa arab tinggi...
syukran ya muallimah

ustzh,
di kala ana mcoret tinta2 ini utk enti..
ana sgt trase ukhuwah itu manisnye melebihi apa yg dpt dirasai oleh pancaindera manusia..

ana skrg mghfal quran..
ayat2 cinta Allah,RAbbi ilahan waahidan
di DARUL QURAN,JAKIM
sbuah maahad tahfiz..
dan insya-Allah
akan habis juz 8 miggu nie

ana mrancang utk medic di eropah
bsame hidayah brhanuddin
mncari ilmu Allah..
yg luas nye..
hanye Allah yg tahu..
alhmdllh,berbekal 11a1 n gce-o a1
ana yakin...
akan sebar Islam di sana

tyme amik result spm ari tuh
ana bgi hadiah utk cikgu2 yg ajar ana
dr f1 smpi f5
tpi utk enti..
A1 shjlah hadiah yg dpt ana beri..

ustzh,
doakan ana dpt jadi ibn sina..
doakan ana dpt mati syahid
doakan ana dpt sebarkan Islam spnjg hidup ana

ana dlm ktakutan sbnrnye..
ana tau...spm,one dot for an opening to my new life..
to choose mardhatillah as my aim..
n to bhold Islam as Ad-din..



Mohd Afiq Hidayat Zailani

Saturday, 21 March 2009

Selamat Jalan Ayah

Hari ni dtg juga akhirnya. Huh.
Hari ni sy dan anak2 terpaksa berjauhan sekali lagi dengan abang.
Hari ni abg dijadualkan berangkat semula ke Dubai untuk menyambung kembali tugasan internshipnya. Flight ayah jam 4:45 ptg ni di Newcastle airport dan dijangka tiba jam 6:00 pg [wktu Dubai], kira2 jam 2:00 pg waktu UK.

Lama juga ayah bersama kami.
[baru ada kelibat org lelaki dewasa dlm rumah]
Ameen & Iffah pun asyik melekat je dgn ayah.

Walaupun berat rasa di hati menanggung ujian ini namun kami mesti laluinya dgn tenang dan 'cool'. Ingat..cuma sebentar saja. Lepas ni kami akan bersama semula seperti dulu.

Semoga berjaya ayah..dgn tugasan tu. Kami doakan moga misi ayah juga tercapai nanti.

Rasanya ayah xsihat tu..td pun muka ayah moyok je.
Mungkin jangkit ngan kami kot.
Get Well Soon ayah..
Take a good care.
Miss you.


Thursday, 19 March 2009

Parent's Evening

18-03-2009 (Rabu)

Hari tersebut kami 'book' untuk Parent's Evening dengan tenaga pengajar di Bowburn Infant & Nursery School. Inilah masanya utk ibubapa kanak2 ber'temumesra profesional' dengan cekgu2, berbincang mengenai perkembangan pembelajaran anak2.

Saya awal2 lagi dah tempah 18/03, sementelah abg masih ada di rumah, jadi abg je yg pegi ke sana:

AMEEN { 3:30 - 3:40 pm }

Menurut guru kelasnya, Ameen sgt improved skrg ni dr segi komunikasi, pembelajaran & pergaulan. Ayah juga memaklumkan kpd cekgu Ameen tentang program kami sekeluarga lepas ni. Cekgu kata ok saja dan dia akan bagitau apa yg patut kami buat.

IFFAH { 3:50 - 4:00 pm }

Iffah pula, ok saja. Dia dah mula berkomunikasi dgn baik skrg ni. Jika sebelum ni Iffah sering menangis, skrg ni tidak lagi. Setiap hari pasti ada saja classwork yg dibawa pulang. Cuma Iffah saja yg masih belum pasti statusnya di situ slps ini krn kanak2 seusia dgnnya teramatlah ramai di Bowburn ni. Harap2nya Iffah dpt continue la. Huh!

Alhamdulillah..kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi krn anak2ku selamat dlm pembelajarannya. Semoga mereka membesar menjadi anak yg bijak & soleh/ah kelak. Amiin.

Wednesday, 18 March 2009

Izzah in Snowsuit

Macam ni lah rupa Izzah setiap hari Isnin-Jumaat.
Berbungkus2..
Awal2 dulu, dia tak suka sgt pakai suit nya tu, bila kita pakaikan je, mesti nangis.
Tapi, sekarang tidak lagi. Izzah dah seronok mcm ni.
Sejak ayah xde kat rumah, 3 kali sehari kami keluar.
Pagi, hntr Ameen.
Tghari, hntr Iffah.
Petang, amik Ameen & Iffah.
Izzah pulak selalu lena dlm baby sling tu.
Dah sampai rumah pun x bangun2 lagi.
Sy taknak kacau dia tgh dibuai mimpi..
Sy letak je Izzah mcm ni.
Hahah..kebanyakan kwn2 omputih sy ingatkn Izzah ni boy,
sebab pakai baju kaler biru..
Lantaklah..malas lak nak explain, kang nnti depa tanya plk,
apesal girl pakai baju biruuuu..
Dah masa tu sy jumpe kaler biru jer..nges3

Spring Has Sprung

Nampaknya Spring dah mula menjengah. Waktu2 solat dah mula berubah..Siang dah makin awal..matahari pun dah naik jam 6:15 am. Daffodil pun dah mula keluar. Pak tani pulak dah mula membajak tanahnya, bersedia utk menanam rapeseed. Haa..semua tu menandakan ketibaan Spring. Cuma, Spring secara rasmi akan datang Jumaat ni, 20 Mac.

Bunga dalam pasu di sekolah Iffah..sekarang ni dah kembang pun..

Tuan Rumah Dah Balik

Dah lama rumah ni tak bersapu..dah berhabuk pun. Sbb tu tuan rumah ni tak sehat2 lagi. Isnin lepas dah jumpa GP, amik prescription. Kena habiskan la pulak ubat tuh. Hoh..[saya ni susah makan ubat]. Harap2 pengorbanan sy [mkn ubat] tu, berbaloi. Semoga sy cepat pulih.

Isnin tu juga ada kenduri di kampung. Bestnye jika dapat makan lauk kenduri. Yg tak bestnye, sy tiba2 akan teringat peristiwa hitam yg berlaku pd sy di masa lampau. Didoakan semoga Cikcu bahagia di samping Ayah Cu nya hingga akhir hayat.

Friday, 13 March 2009

Ayah Balik

Semalam juga menyaksikan kepulangan org yg kami sayangi..yg ditunggu2..iaitu,
..ayah..
Abg sampai pkl 9 am di airport Newcastle dan tiba di rumah sejam selepas itu, setelah dijemput oleh Zariman, jiran kami. Seronok bukan kepalang si Iffah sebaik saja melihat ayah. Menjerit2 dia panggil ayah. Terus dipeluknya ayah erat2.

Ameen bukan main gembira lagi bila ayah yg dtg menjemputnya di sekolah hari tu. Tersengih jer. Maklumlah, dah sebulan ibu amik alih tugas tu. Nampaknya, sepanjang minggu depan ayah kena bertugas semula. Kih3.

Baby Izzah pula, agaknya tak berapa ingat kot..ntah apalah yg bermain dlm fikirannya kan, bila nampak ayah je...dia akan pandang ibu semula, pastu pandang ayah, pandang ibu, last2 menangis..melalak2..hahah..sedih barangkali ditinggalkan selama ini. Tup2 ada balik kan. Nak cakap tak reti. [cehh, pandai2 je meramal].

Apa pula reaksi si ibu..?
Hmm..saya macam biasa je, cuma rasa terharu krn kami dipertemukan kembali. Alhamdulillah, selamat sampai. Rinduu tu, mestilah..maklum saja selama kami di sini, kami tak pernah lagi berpisah sebegini lama.

Ayah sihat cuma agak susut sedikit berbanding sebelum ke sana. [eh2..ye ke..]. Manfaatkan masa yg ada ini sebaik mungkin untuk keluarga.

Syukur



Semalam, keputusan peperiksaan SPM 2008 diumumkan. Alhamdulillah, seramai 30 org pljr berjaya mendapat straight A yg mana 15 daripadanya memperolehi straight A1. Seronok melihat mereka berjaya..

1. Ahmad Faiz bin Zaib

2. Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi
3. Akhtar Muzaffar bin Muhammed
4. Amirun Safwan bin Ahmad Shukri
5. Fatin Iezzaty bt Abdul Malik
6. Lokman Hakim bin Mohamad Nasir
7. Mohamed Afiq Hidayat bin Zailani
8. Muhammad Asyraf bin Mohd Halid
9. Muhammad bin Hasan Azhari
10. Muhammad Shafiq bin Sulaiman
11. Nur Amalina Fairuz bt Anuar
12. Nur Hidayah bt Borhanudin
13. Nurul Ain Izzati bt Amran
14. Nurul Atiqah bt Abdul Hakim
15. Sarah Nursyaza bt Abdul Nasser

Saya bangga dengan mereka. Saya doakan semoga kejayaan mereka ini diberkati Allah SWT dan menjadi contoh kepada generasi seterusnya.

TAHNIAH!!..MABRUK!!..CONGRATULATIONS!!..
FELICITATIONS!!..GRATULIERE!!..


nama2 yg saya kaler pink tu adalah anak2 bawah jagaan saya masa berkhidmat di SMAPL lalu..[beam]