Friday 20 May 2011

Jujurnya Dia

Sudah hampir sebulan saya mencari2 orang ini. Saya belum putus asa. Dalam hati saya sentiasa ingatkan diri, jika ada rezeki untuk berjumpa beliau, saya pasti kami akan bertemu jua di suatu hari. ALHAMDULILLAH, saya benar2 tak jangka dapat berjumpa orang yang dinanti2 itu semalam. Berbunga2 hati. Saya baru saja berbincang dengan suami tentang perkara itu. Suami sangat yakin dan kuat meyakinkan saya, kami dapat bertemu semula. Kata suami, "jika pakcik tu jujur, dia akan kenal kita. Kalau kat sini, harapan masih tinggi nak dapat semula. Jika kat tempat kita, belum tentu".

Seperti yang telah ditakdirkan, kami berjumpa semalam..di jualan boot kereta Sedgefield racecourse. Ahhaa...siapalah gerangan yang kami beriya2 sangat nak ketemu ni. Beliau adalah antara booters yang berniaga di carboot fair di Sedgefield pada setiap Khamis dan Ahad.

Alkisahnya begini, hampir sebulan yang lalu, saya membeli satu teaset yang bernilai gbp7, berwarna hijau [ dia & hubby cakap kaler hijau, tp sy rasa kaler navy blue ]. Masa tu, cuaca sangat cantik dan panas..kiranya carboot di tempat lumba kuda ni dibuka secara besar2an sampailah ke belakang dan tepi parking kereta. Mula2 masuk, saya terpandang teaset ni lalu berkenanlah. Bila diusul tanya, katanya harga gbp 10. Tapi, boleh dibincang2 yang mana akhirnya muktamad dengan gbp7. Suami saya terus membayar dengan harga tersebut. Tetapi, oleh kerana kami ni baru je tiba, dan kami tengah teruja lihat carboot yang besar, maka kami putuskan untuk tinggalkan teaset tu kepada tuan asalnya dulu, supaya bila dalam perjalanan keluar nanti, kami singgah mengambilnya.

Ditakdirkan juga pada hari itu, kami terlupa untuk mengambilnya semula padahal, saya lalu je depan stall booter berkenaan. Masa itu, bukannya banyak pun membeli barang. Tapi, entah kenapa..lupa pula nak ambil semula teaset nya.

Langit tidak selalu cerah. Ditakdirkan pula carboot selepas itu tak berapa besar dek cuaca yang tak berapa menggalakkan, mendung dan gerimis, membuatkan ramai booters tidak datang membuka bonet. Saya menggesa suami supaya ke sana, mengintai2 teaset kami. Malangnya, kata suami, beliau tak jumpa pun.

Hinggalah semalam..saya berdoa dalam hati..minta2 dipertemukan dengan booter itu. Akhirnya, masa lalu kat satu gerai ni, saya tiba2 berhenti sebentar, sambil melihat pada booter itu. Yang booter ni pula merenung saya, dan terus dia senyum lebar seraya berkata:
"Are you the right person?"
"Did you buy a green teaset from me recently?"
"Yeah..it's you.. I know you.. I definitely know you.."
"Oh! God..thank God..I've finally found you!"
"You know that I always keep my eye to find you..oh! Yes..at last!!"

Wah..sudah tentu anda dapat baca perasaan saya masa tu. Suami yang jalan terkedepan pun berpatah balik tatkala mendengar booter tu berteriak. Saya punya sengih..Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya masa tu. Saya bersyukur tak putus2. Cuma, nak dijadikan cerita, saya masih belum dapat membawa balik teaset tu, sebab, booter tu tak bawa bersamanya semalam. Sebelum ni dia bawa, tapi tak jumpa kami. Menurutnya, dia memang cam muka saya..dan jaket kulit maroon saya tu..[which made me so embarrased ^_^ ] . Dan, beliau sememangnya ternanti2 kemunculan kami.

Begitulah ceritanya..teaset tu, kami janji akan berjumpa semula Ahad nanti.

******************************

Itulah sikap peniaga mereka yang rata2 mengamalkan prinsip jujur dalam bertransaksi. Sememangnya ciri-ciri ini sangat dituntut dalam agama kita. JUJUR. Tidak semua yang dapat praktis lebih2 lagi ummat Islam di zaman serba moden dan penuh fitan dunia. Di sini, kita tidak risau untuk berurusan mendapatkan servis yang bermutu kerana mereka sangat beretika dalam bekerja. Jujur merupakan salah satu prinsip yang mereka amalkan dalam memberi perkhidmatan kepada semua hatta mereka yang hanya menjadi tukang cuci. Moga kita dapat contohi sikap mereka dalam mengamalkan ciri2 yang sememangnya menjadi tuntutan Islam.

2 comments:

Kalamhati said...

kagum!!

hnyhar said...

kak ti,
kitorang pun kagum..kalaulah org2 yg bagus mcm ni masuk Islam...entah2 mereka lagi byk pahala beramal dari yg muslim-born ni..