Tuesday, 29 March 2011

Sepantas Masa

Cepatnya masa berlalu. Dah mendekati penghujung bulan pun. Sekarang ni kami sedang menikmati musim bunga. Juga musim yang terakhir buat kami kerana mungkin kami akan pulang ke tanahair semasa di penghujungnya. Oh, sedih pula rasa bila mengenangkan akan kembali sibuk dengan tugasan lalu yang ditinggalkan sementara. Mesti kami akan asyik merindui suasana dan kehidupan di sini. Tak sangka dulu masa mula2 datang, asyik membilang hari mahu pulang..tetapi sekarang jadi sayu pula. Walaubagaimana pun, tempat tumpah darah juga yang mesti dikenang. Banyak komitmen menanti di negara sendiri. Walau seronok dan bahagia menumpang di negara orang, namun hakikat realiti dalam hidup masih tidak sama.

Kawan2 bersilih ganti pulang ke Malaysia. Tidak kurang juga yang telah berjaya meraih kejayaan selama perjuangan 3-4 tahun. Ini hanya pengiktirafan dunia..menuntut ilmu sesungguhnya memang tiada penghujung, malah ia sentiasa berterusan sehingga hujung nyawa. Semoga ilmu yang ditimba sentiasa memberi manfaat kepada penuntutnya supaya ia turut diiktiraf dan diberkati oleh Pemiliknya yang sebenar. InsyaAllah..

Setinggi2 TAHNIAH diucapkan buat kawan2 yang telah berjaya pulang dengan PhD masing2;

Dr. Mohd. Afandi Saleh & Puan Ayu Mazlan,
Dr. Mohd Fauzi Husin & Dr. Nur Adlina Jamonek,
Dr. Muhammad Syahmi Karim & Dr. Shukriah Sheriff,
Dr. Mohd. Rahimie Karim & Puan Marlina Amat,
Dr. Tengku Adeline Adura Tengku Hamzah & En. Rohizi,
Dr. Maszlee Malik & Puan Hamidah Mat,
Dr. Teh Meng Guan & Puan Pei Phen,
Dr. Nor Aisah Katmon & Haji Halil.

Tahun ini rasanya paling bersejarah di mana majoriti akan menerima ijazah mereka pada konvokesyen musim panas nanti. Alhamdulillah...perjuangan anda telah selesai di sini..

Sunday, 27 March 2011

BST, Sila Tambah +1.00

Hari ni merupakan Ahad terakhir di dalam bulan Mac tahun 2011. Seperti kebiasaan, rakyat British sekali lagi akan menukar jam mereka dengan menambah 1 jam, GMT +1.00 pada tepat jam 12:00, 27 Mac 2011. Maknanya kami seolah2 kekurangan 1 jam = 23 jam :) .

Sebelum ni dah ada entry baytulkifli tentang British Summer Time (BST). BST bermula setiap Ahad terakhir dalam bulan Mac manakala BST akan tamat tempohnya pada Ahad terakhir dalam bulan Oktober setiap tahun. Jadi dalam setahun tu ada 2 kali je kena tukar2 jam ni. BST bermula dengan menambah 1 jam (GMT +1.00), dan berakhir dengan menolak 1 jam (GMT -1.00).

Saya kira ini merupakan peluang terakhir buat kami untuk merasa pengalaman BST ini setelah 7 kali menukar masa [termasuk hari ni]. Moga menjadi kenangan buat kami kelak.


** Kini, beza waktu Malaysia - UK adalah 7 jam. Jika semalam, bezanya 8 jam.

Saturday, 26 March 2011

The Gift of a Friend

Semalam kami mengadakan satu majlis makan2 sempena meraikan sebuah keluarga yang akan pulang ke tanahair. Kiranya kami keluarga terakhir yang menjemput mereka makan2 dan mereka juga turun dari rumah kami untuk ke airport. SELAMAT JALAN & SELAMAT BERPISAH buat DR. TENGKU ADELINE ADURA TENGKU HAMZAH, abg ROHIZI dan 3 orang puteri mereka; Nik, Sofea & Nurin. Kami juga turut mengiringi mereka sekeluarga ke Newcastle International airport untuk mengucapkan salam perpisahan buat kali terakhir. Moga dapat berjumpa lagi di Denai Alam, insyaAllah. Mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan. Selamat menyambung tugas sebagai pendidik bestari di universiti tertua Malaysia. Au Revoir!

Satu video lagi telah berjaya dihasilkan ditujukan khusus buat kawan2 Durham, yang dah pergi meninggalkan bumi Durham, mahupun yang masih lagi meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Tak dilupakan juga buat kawan2 yang pernah menjadi tetamu di teratak kami bernombor 10 ni. Maaf jika tak semua foto kalian diselitkan di dalamnya kerana ia terlalu banyak untuk diselongkar dan ditapis satu persatu. Naik berpinar juga mata ni masa buat penapisan. Moga akan jadi kenangan buat kita bersama. Enjoy the video.

Thursday, 24 March 2011

SASER, Sekolah Terbaik SPM 2010

SM Sains Tuanku Munawir Muncul Sekolah Terbaik SPM 2010

SEREMBAN, 23 Mac (Bernama) -- Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ia merupakan kejayaan bagi tahun kedua berturut-turut.

Pengetuanya Sabuddin Sani berkata pada tahun 2010, sekolahnya mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97.

"Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Katanya jika tahun 2009 hanya dua calon sahaja mendapat semua A+, tetapi pada tahun 2010, ia telah mencatat sejarah apabila 16 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang.

"Saya bersyukur dengan kejayaan yang diperolehi, dan berterima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam mendidik serta memberi tunjuk ajar yang berkesan kepada semua calon SPM sekolah ini. Saya yakin, melalui program pemantapan yang dilakukan, ianya banyak membantu pelajar-pelajar ini meningkatkan mutu pelajaran mereka. Tahniah dan syabas kepada semua," katanya.

Sementara itu, pelajar cemerlang, Muhamad Zakhuan Abd Rashid ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur dengan setiap pencapaian yang diperolehi.

Beliau yang memperoleh 9A, dalam semua mata pelajaran itu mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, yang telah bersusah-payah mendidiknya sehingga memperoleh keputusan cemerlang.

Muhamad Zakhuan berkata kejayaannya itu juga ditujukan khas buat ibu tersayang, yang kini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan.

"Pengorbanan ibu yang terlalu banyak kepada saya tidak dapat dibalas, melainkan memberikan keputusan cemerlang buatnya sebagai hadiah," katanya.

***************************************

TAHNIAH buat

SITI NURUL ATIKAH MOHD FADZIL

kerana berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan semalam.

8As 2Bs



Wednesday, 23 March 2011

SeSI @ Manchester

Sabtu lepas kami sekeluarga tak dapat menyertai program sukaneka DurhamMy kerana terpaksa bergerak ke Manchester untuk menghadiri Seminar Sistem-Sistem Islam (SeSI) anjuran IKRAM UKE. Seawal 7:15 pagi lagi kami dah bertolak ke sana. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam setengah ni agak memenatkan. Tapi, bila dah berada di sana, rasa letih dan mengantuk terus hilang.

Kali ni kami ke sana kerana ayah diamanahkan untuk menjadi penceramah tentang isu 'Dinar dan Dirham'. Hajat di hati memang saya pun nak ikut serta dalam dewan kuliah bersama hadirin seramai lebih 300 orang tu, tapi apakan daya, kanak2 tak digalakkan berada dalam dewan untuk elakkan gangguan. Akhirnya, saya turut serta dalam program Tunas Taqwa untuk anak2 kecil sementara ibubapa mereka berprogram. Lagipun Ameen & Iffah join juga.

Macam2 aktiviti yang kami lakukan bersama. Kanak2 pun ada lebih kurang dalam 10 orang je. Ini mungkin kerana majoriti peserta seminar adalah pelajar2 undergrad dari seluruh pelusuk UK. Jadi, jumlah kanak2 yang ada pun bergantung kepada jumlah ibubapa yang hadirlah. Petangnya, selepas solat dan makan tengahari, kanak2 dibawa ke Muzium Manchester oleh AJK Tunas Taqwa. Malah saya pun turut sama. Lokasi tempat seminar sangat hampir dengan muzium ni, jadi kami hanya berjalan kaki saja ke sana.

Kebetulan pula hari tu, ada pameran sains di muzium. Bertuahlah kami sebab kanak2 ni sangat teruja untuk membuat eksperimen2 yang dianjurkan. Ameen pun tak lepaskan peluang. Tapi tidak pula Iffah. Iffah sentiasa reserved. Mungkin juga sebab dia penat dan suasana dalam muzium menjadi sempit dek ramainya orang yang berkunjung.

Program hari tu tamat jam 7 malam. Usai solat maghrib dan isya' kami bersurai. Tapi, sebelum tu, kami ke Jazeera untuk makan malam. Dah selesai barulah kami bertolak pulang ke Durham. Phewww..mata pun berat semacam je malam tu, iyelah dah pekena nasi sedap Jazeera. Tak sah tak ke sana jika ke Manchester. Dah hampir jam 11 malam baru kami tiba di Bowburn. Alhamdulillah, selamat sampai. Dapat kenalan pun ramai :) .

Jom layan beberapa foto kami.

Ameen dengan hasil karyanya bersama kawan2 yang lain.

Ada tayangan juga..

Izzah yang tak turun dr keretanya..Iffah pula asyik berkepit dengan kakak Naz.

Iffah depan Muzium Manchester.

Izzah takut2 tengok skeleton mini dinosaur.

Ameen sedang buat eksperimen.

Antara kanak2 yang terlibat bersama pengawas2nya.

Tak berpisah langsung dua orang ni.

Masa ni baru balik dari muzium.

Bergambar bersama pelajar2 undergraduate AJK seminar.

Malam sebelum kami bergerak ke Jazeera.

Monday, 21 March 2011

Istanbul Apartment

Entry ni nak cerita tentang tempat penginapan kami semasa berkunjung ke Istanbul tahun lepas. Inilah suasana dalam Istanbul apartment, yang terletak di Jalan Beyazit. Susah juga nak cari tempat ni masa mula2 sampai tu. Sebab ia masih baru dan belum ada papan tanda yang menunjuk ke arah hotel ini.

Kami pengembara bajet. Jadi, bagi kami ini sudah memadai berbanding hotel mewah dengan bayaran mahal melambung2 tapi, nak kena makan kat luar belaka. Setakat breakfast, makan apalaa sangat. Sepanjang 6 hari berada di sana, alhamdulillah, kami cuma makan tengahari saja kat luar. Sarapan dan makan malam saya masak sendiri. Perut Melayu macam kami ni kurang tahan jika asyik pekena roti dan kebab saja tiap2 hari. Mereka juga makan nasi tapi nasi mereka tak sama langsung dengan nasi kita. Nasinya tak ubah macam pulut, gemuk2 bentuknya :P.

Matawang Turki juga tak jauh beza dengan matawang Pound Sterling, lebih kurang harga duit Euro je. Hari tu, currency GBP1 = 1.20 TL [lira]. Jadi, anda tentu boleh bayangkan berapa banyak yang akan anda berhabis setiap hari. Makanan macam kebab paling murah dalam harga 3 atau 4 lira seketul. Kalau hidangan set, dalam 5 lira atau 6 lira jugakla jika kedainya agak eksklusif.


Oh! Ye..tempat tinggal kami ni sangat hampir dengan Masjid Biru, kira2 15 minit jika berjalan kaki. Pagi2 pun dapat dengar dengan jelas laungan azan subuh.
Jom, lihat saja gambar dalam apartment hotel kami.
ini katil kami. kami bertiga tido kat sini.

ini sofa bed. xamik gambar masa dia jadi sofa. ameen iffah tido kat sini malam2.

ada tv flat screen juga walaupun saiz kacik tapi ada lebih 100 channels..channel yg xpatut tengok pun ada.

dapur, ada peti sejuk, electric cooker, electric kettle & kitchen utensils..kuali pun ada tau. periuk nasi tu kami bawa dr UK, dipinjamkan oleh kwn sy, pn Azizah.

bilik air, kecil tapi lengkap dgn hair dryer.



Sunday, 20 March 2011

Super Full Moon

Semalam kami menyaksikan kecantikan bulan penuh semasa dalam perjalanan pulang dari Manchester. Saya renung ke arah bulan mengambang tu..elok je bulat penuh di tambah pula ada kelompok awan kelihatan di tepi bulan. Sangat cantik. dekat sungguh bulan dengan bumi malam tadi. Walaupun saya tak boleh beza tahap kebesarannya [bukan besar, tp sbb bulan berada hampir dengan bumi, ia nmpk besar], namun saya puas sebab dapat saksikan sendiri sejarah dunia ini. Alhamdulillah..Subhanallah yg Maha Berkuasa atas segala kejadian. Saya petik artikel dari NASA tentang peristiwa bersejarah ini, seperti berikut.


On March 19th, a full Moon of rare size and beauty will rise in the east at sunset. It's a super "perigee moon"--the biggest in almost 20 years.

"The last full Moon so big and close to Earth occurred in March of 1993," says Geoff Chester of the US Naval Observatory in Washington DC. "I'd say it's worth a look."

Full Moons vary in size because of the oval shape of the Moon's orbit. It is an ellipse with one side (perigee) about 50,000 km closer to Earth than the other (apogee): diagram. Nearby perigee moons are about 14% bigger and 30% brighter than lesser moons that occur on the apogee side of the Moon's orbit.


Super Full Moon (movie strip, 550px)
Above: Perigee moons are as much as 14% wider and 30% brighter than lesser full Moons.

"The full Moon of March 19th occurs less than one hour away from perigee--a near-perfect coincidence1 that happens only 18 years or so," adds Chester.

A perigee full Moon brings with it extra-high "perigean tides," but this is nothing to worry about, according to NOAA. In most places, lunar gravity at perigee pulls tide waters only a few centimeters (an inch or so) higher than usual. Local geography can amplify the effect to about 15 centimeters (six inches)--not exactly a great flood.

Super Full Moon (moon illusion, 200px)
The Moon looks extra-big when it is beaming through foreground objects--a.k.a. "the Moon illusion."

Indeed, contrary to some reports circulating the Internet, perigee Moons do not trigger natural disasters. The "super moon" of March 1983, for instance, passed without incident. And an almost-super Moon in Dec. 2008 also proved harmless.

Okay, the Moon is 14% bigger than usual, but can you really tell the difference? It's tricky. There are no rulers floating in the sky to measure lunar diameters. Hanging high overhead with no reference points to provide a sense of scale, one full Moon can seem much like any other.

The best time to look is when the Moon is near the horizon. That is when illusion mixes with reality to produce a truly stunning view. For reasons not fully understood by astronomers or psychologists, low-hanging Moons look unnaturally large when they beam through trees, buildings and other foreground objects. On March 19th, why not let the "Moon illusion" amplify a full Moon that's extra-big to begin with? The swollen orb rising in the east at sunset may seem so nearby, you can almost reach out and touch it.

Don't bother. Even a super perigee Moon is still 356,577 km away. That is, it turns out, a distance of rare beauty.



Author: Dr. Tony Phillips | Credit: Science@NASA

Memori Turki

Pada hujung Oktober 2010 lalu, kami telah berkembara ke Istanbul, Turki. Lama juga kami di sana, lebih kurang 6 hari 5 malam. Dengan tambang yang agak berbaloi, kami menaiki pesawat EasyJet pula kali ni. Kami dikehendaki check-in di Luton London airport. Airport ni boleh tahan jauh juga dr rumah kami, lebih kurang 5 jam lebih jika memandu. Flight kami pada waktu pagi, jam 7..jadi, awal2 lagi kami dah bertolak ke Luton dan meninggalkan kereta kami di car park yg disediakan. Sampai2 je, kami makan bekalan makanan yang saya bawa, nasi goreng, telur mata kerbau dan sosej. Pastu baru naik shuttle bus menuju ke airport.

Cuaca di UK masa tu memang tersangat sejuk. Dah musim winter..hujung Okt. Tapi cuaca di Istanbul, just nice. Nak kata panas tak panas, sejuk tak sejuk..malam je sejuk. Siang tu tak payah pakai jaket pun takpe.

Masa di airport, lama juga kami menunggu kaunter dibuka untuk urusan check-in. Kerusi tempat nak duduk2 pun tak berapa ada..maka duduklah kami ber5 atas lantai. Lepas je check-in, lega sekejap. Tunggu pula untuk security check. Bila dah settle part yg ni barulah boleh rasa 100% lega.

Tapi, bila time kapal terbang nak berlepas, kami pertama kali diuji. Semua penumpang diarahkan keluar dari pesawat atas arahan dari cabin crew dan pihak admin. Pelik juga kami, tertanya2 apa puncanya. Rupa2nya ada sorang perempuan bersama anaknya tiba2 tak jadi fly di saat akhir. Jadi, diorang suspect benda tak baik, semua kena keluar dan lepas mereka buat overall security scan & check, baru kami dibenarkan masuk semula dlm pesawat. Aduss..kesian budak2 ni. Nasib baiklah mereka ber3 baik2 je.

Dalam pesawat, alhamdulillah, penerbangan lancar saja. Saya pun tak henti2 berdoa semoga perjalanan kami semua selamat. Risau juga bila dah ter'kacau' di awal2 journey ni. Kanak2 ni saya dah ready makanan siap2 untuk dimakan dlm EasyJet, sbb dia lebih kurang mcm AirAsia dan FireFly [betul ke?] . Nak beli makanan yg dijual atas tu...? phewwww..saya juga sediakan buku aktiviti untuk mereka supaya tak jemu masa penerbangan tu. Sambil2 makan, boleh kaler2..memang betul. Ameen, Iffah & Izzah baik2 je..dan diam buat aktiviti sambil makan..kemudian zzzzzzz.

Kami sampai di airport Sabiha Gokchen setelah hampir 4 jam lebih dalam pesawat. Penatnya boleh tahan. Sampai di sana, cuaca panas. Semua pakat tanggal jaket kecuali saya. Saya malas nak bukak sbb ada brg2 dalam poket jaket. Saya pula sejak dok sini, memang langsung tak bawa henbeg, ini lagila time travel. Saya lebih selesa mengendong beg sandang. Kasut pun tapak rata. Tak pernah travel pakai high heel [bagus utk kesihatan tulang belakang ye].

Dari Sabiha airport, kami naik bas menuju ke Eminonu. Tak tahulah orang lain yang pernah ke sini diorang naik apa. Boleh juga nak naik teksi jika berduit kepuk2. Kami ni pengembara bajet. Semua kami kena ambil kira untuk memastikan perjalanan kami bermakna dan dlm masa yg sama menjimatkan. Basnye lebih kurang mcm bas Intrakota kat KL..jauh juga nak sampai ke Eminonu. Panas pula tu..sabar2.

Lebih kurang sejam kami dlm bas, maka sampailah di Eminonu. Perut dah lapar..singgah makan kat kedai makan di situ. Makan kebab je. Rasanya kebab berasal dr Turki..tapi kan, takdelah sedap mana pun kebabnya. Kebab yg kat UIAM lagi sedap. Eminonu ni mcm port kecik..kena naik feri atau bot besar untuk menyeberang ke Karakoy.

Sepatutnya dalam tentatif, kami kena naik tram dari Karakoy tu untuk ke hotel. Nampaknya makan buah langsat pula kami anak beranak. Dah hampir senja & maghrib kami belum jumpa kat mana nak naik tram..last2 kami decide naik teksi saja ke hotel. Ok, dapat teksi..bayarannya pun ya Rabbi...mahal kemain. Sila sediakan $$$ yang banyak ye jika mahu naik cab. Jalan pula macet kata org Indon. Cab tak bawa kami terus ke hotel, kena pula jalan kaki. Mak aih...lamanya jalan..kesian Ameenn & Iffah. Izzah xpelah dok dlm push chair. Rupanya xdelah jauh mana dr tempat driver tu drop kami, kami je yg tersilap jalan.

Dah hampir jam 10 malam baru kami tiba di apartment hotel tu. Namanya Istanbul Apartment nampak macam masih baru dibina sebab masa kami sampai tu pun, baru lps renovation. Alhamdulillah, semua tarik nafas lega bila dah masuk bilik. Semua tergolek atas katil keletihan. Next entry sy nak masukkan foto dlm bilik kami. Oklah, tengokla beberapa foto di bawah ni. Yg ni sepanjang hari pertama jejak kaki di sana. Mencabar beb!


masa tengah tggu kaunter check-in bukak di Luton London airport.

dlm pesawat..tgh makan dan buat aktiviti..

di Sabiha Gokchen airport..

dlm bas menuju ke Eminonu..

makan kebab di restoren di Eminonu.

kebab..xdelah marvellous mana..kedekut lauk.

feri dr Eminonu ke Karakoy.

Eminonu..

masa makan langsat time nak cari tram station..hihi

Masa makan malam di restoren pemilik apartment hotel kami. Ingatkan dapat makan harga diskaun..tapi, huh...mahaaaaalllll. oh ye..pakcik kat belakang itulah tuan punya kedai makan ni merangkap bos hotel..



**Memori kami di Turki sangat menguji kesabaran dan mencoretkan pengalaman pahit manis sepanjang dunia pengembaraan kami.

Friday, 18 March 2011

Red Nose Day


Hari ni 18 Mac, Red Nose Day di sekolah budak2 ni, Ameen dan Iffah sepatutnya mengenakan pirates costume untuk Comic Relief. Malangnya kami memang takde pirates dressing up, baju yg kaler hitam putih atau belang2 pun takde juga. Puas saya dok fikir macamanalah nak kasi pakaian ala2 lanun ni. Ada juga idea nak buatkan eye patch sorang satu [Iffah sah2 xnak pakai..haha], tapi xde pulak sapu tangan..yang ada pun milik Izzah, kaler pink dot2 pulak tu..

Last2, mereka berdua pakai baju biasa je..Ameen pakai baju Spongebob, Iffah pula pakai blouse t-shirt je. Kesian pulak kat diorang. Ibu tak berapa kreatifla..hihi. Harap2 diorg tak bising la balik rumah pasni.

Sedikit info mengenai Red Nose Day;

Red Nose Day is the main way in which Comic Relief raises money. The first Red Nose Day (RND) was held on the 5 February 1988 and since then they have been on the second or third Friday in March. RND 2011 was on 18 March.

Red Nose Day is often treated as a semi-holiday; for example, many schools have non-uniform days. The day culminates in a live telethon event on BBC One, starting in the evening and going through into the early hours of the morning, but other money-raising events take place. As the name suggests, the day involves the wearing of plastic/foam red noses which are available, in exchange for a donation, from Sainsbury's and Oxfam shops.

It's a day like no other when the whole country gets together to do something funny for money and change countless lives in the process.

source: aboutrednoseday





***err..kalau payung hitam putih versi lanun, saya ada!!! siap ada gambar tengkorak lagi..

Wednesday, 16 March 2011

Memuliakan Tetamu

Dalam usrah wanita yang lalu, kami berbincang tentang hadith2 mengenai bab memuliakan tetamu. Saya ingin berkongsi dengan pembaca baytulkifli mengenai matan dan terjemahan hadith2 yg dibincangkan. Moga jadi pedoman dan ikutan kita semua agar sentiasa beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

Source : Kitab Riyad al-Salihin
Book : The Book of Good Manners
Chapter : Honoring the Guest

[706] وعن أَبي هريرة أنَّ النبي قَالَ : « مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ ، فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ » . متفقٌ عَلَيْهِِ .


Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Prophet (PBUH) said, "He who believes in Allah and the Last Day, let him show hospitality to his guest; and he who believes in Allah and the Last Day, let him maintain good relation with kins; and he who believes in Allah and the Last Day, let him speak good or remain silent."

[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary: To honour a guest means to welcome him cheerfully, entertain him happily according to our capacity and have full regard of his comfort and rest. As for our relatives, we are supposed to treat them nicely and to do our duty towards them.

Reserve in speech implies that we should avoid senseless and irrelevant talk. We are apt to pass most of our time in the remembrance of Allah, seeking His forgiveness and saying what is good to everybody. Or we had better keep silent. These three qualities are possessed by those people who believe in Allah and the Day of Reckoning.

In other words, those who lack these qualities betray only a weak and imperfect Faith.

**************************************

[707] وعن أَبي شُرَيْح خُوَيْلِدِ بن عَمرو الخُزَاعِيِّ قال : سَمِعْتُ رسول الله يقول : « مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتَهُ » قالوا : وَمَا جَائِزَتُهُ ؟ يَا رسول الله ، قَالَ : « يَوْمُهُ وَلَيْلَتُهُ ، وَالضِّيَافَةُ ثَلاَثَةُ أيَّامٍ ، فَمَا كَانَ وَرَاءَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ عَلَيْهِ » . متفقٌ عَلَيْهِِ .وفي رواية لِمسلمٍ : « ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أنْ يُقِيمَ عِنْدَ أخِيهِ حَتَّى يُؤْثِمَهُ » قالوا : يَا رسول الله ، وَكيْفَ يُؤْثِمُهُ ؟ قَالَ : « يُقِيمُ عِنْدَهُ وَلا شَيْءَ لَهُ يُقْرِيه بِهِ » .


Abu Shuraih Khuwailid bin 'Amr Al-Khuza'i (May Allah be pleased with him) reported: I heard Messenger of Allah (PBUH) saying, "He who believes in Allah and the Last Day, should accommodate his guest according to his right." He was asked: "What is his right, O Messenger of Allah?" He (PBUH) replied: "It is (to accommodate him) for a day and a night, and hospitality extends for three days, and what is beyond that is charity."

[Al-Bukhari and Muslim].

In Muslim it is added: Messenger of Allah (PBUH) said, "It is not permissible for a Muslim to stay so long with his brother till he makes him sinful." He was asked: "O Messenger of Allah, how can he make him sinful?" He replied, "He prolongs his stay with him till nothing is left with the host to entertain him (guest)."


Commentary: This Hadith throws light on something more of the etiquette and scope of hospitality. A guest ought to be given the best entertainment on the first day and night. For the next two days, hospitality should be moderate. On the fourth day, the guest should leave for his destination. Yet if he chooses to stay, hospitality will be in the sense of charity.

Tuesday, 15 March 2011

Abah Dah Sihat

Alhamdulillah, abah dah sangat sihat sekarang ni. Dah beberapa kali saya bersembang dengan abah, saya kira suara abah sudah cukup membuktikan yang abah sudah pulih sepenuhnya dari sakit tempohari. Dah boleh dengar suara abah ketawa macam 6 bulan lalu. Hati saya seronok tak terkata..kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi..nikmat kesihatan abah sesungguhnya amat bermakna buat saya yang jauh di rantauan ni. Moga ianya berkekalan..amin.


Monday, 14 March 2011

Fondest Memories




Dah lama tak buat projek begini untuk foto2 kami. Akhirnya malam tadi berjaya juga saya siapkan khas untuk kenangan kami sekeluarga di sana suatu masa dulu. Walaupun tak berapa sempurna, namun bolehlah sebagai penyimpan memori. Cheers!

Friday, 11 March 2011

Sudah Hampirkah..

Hari ini dunia dikejutkan dengan berita gempabumi di utara Jepun yang bermagnitud 8.9, akhirnya membawa kepada tsunami setinggi 33 kaki yg membinasakan hampir kesemua area northeast Jepun itu. Malaysia juga harus berjaga2 terutama sekali bagi mereka yg tinggal berhampiran laut di Sabah. Kemungkinan gelombang tsunami akan turut memberi kesannya di perairan Sabah juga. Diharapkan tiada kejadian buruk yang akan berlaku di sana.

Tahun ini banyak sekali menyaksikan kemusnahan alam semulajadi..tidak kurang juga revolusi2 dunia yang sedikit sebanyak perlu kita ambil iktibar di atas apa yang berlaku. Semoga kejadian yang tidak diingini, mohon dijauhkan daripada keluarga kita. Moga dengan datangnya ujian Allah ini, akan merangsang semangat baru dalam diri kita supaya kita menjadi lebih dekat dengan-Nya...meningkatkan keimanan yang pasang surut hanya kepada-Nya..agar kita turut berada dalam golongan mulia dan terpilih yang di sebut2 di dalam al-Qur'an..amin ya Allah!! Kuatkanlah semangat dan iman kami...

Sunday, 6 March 2011

Izzah Kembung


Hari ni cuaca sangat cerah. Sesuai untuk beraktiviti outdoor. Hasrat nak ke Sedgefield carboot fair terpaksa dilupakan kerana si kecil Izzah kurang sihat. Saat saya menulis entry ni, Izzah masih di ribaan, tertidur lena, keletihan malam tadi berjaga.

Malam tadi sekembalinya kami berdua dari usrah wanita, tiba2 je Izzah menangis mengadu 'sakit tummy'..mulanya saya ingat Izzah main2 saja. Sudah terbiasa dengan taktiknya yang sering berkata begitu tiapkali minta didukung. tiapkali nak berkepit dengan ibu. Tapi, naluri saya bijak menafsirkan. Izzah saya lihat sangat serius memberitahu, malah bukan itu saja, kedua2 belah kakinya sejuk.

Tanpa berlengah, saya terus melumur minyak yu yee ke perut, betis dan tapak kaki Izzah. Akhirnya setelah minum susu, Izzah terlena di pangkuan saya. Ingatkan nak tidur hingga ke pagi, rupanya sejam selepas tu, Izzah bangun semula dan menangis lagi sambil tangan menunjuk2 perutnya. Kali ni makin kuat pula tangisannya...dan berlarutan sehingga ke tengah malam. Mata saya dah mula mengantuk tapi tak sampai hati pula nak lelap sedangkan budak kecil ni mengaduh2 kesakitan. Badannya pun dah mula panas. Nasib baik mahu juga dia telan sirap paracetamol.

Saya dan suami bersilih ganti memangku Izzah..kadang2 Izzah memang minta dipangku ayah..ayah sampai tertidur menyandar sambil tangan memangku Izzah yang terlena sebentar. Saya tak ambil Izzah dari suami, bimbang Izzah bangun dan menangis lagi..kesempatan tu, saya kononnya cuba melelapkan mata sekejap sementara Izzah tidur. Rupanya, tak sempat juga mata terlelap, dah Izah bangun balik menangis cakap 'sakit tummy..ayah..sakit tummy abu..'.

Giliran saya pula memangku Izzah sampailah ke pagi..baring tak kena, saya cuba letak meniarap, pun tak kena juga..menjerit2 dia cakap sakit. Yang saya perasan, tiap kali Izzah cakap sakit, tiap kali itu jugalah perutnya mengeras. Memang betullah, perut Izzah masuk angin. Nak kata tak makan, dia memang makan nasi petang tu..dan malam tu pula jamah juga sedikit juadah di tempat usrah. Ada kemungkinan sebab kesejukan masa kami berdua keluar malam tadi sebab Izzah cuma mengenakan pyjamas saja di samping coat dan mafla. Saya nak cepat, tiba2 dia pula nak ikut. Nak tukar baju lain, nanti makin lambat pula. Hmmm...

Masa orang lain tengah dibuai mimpi, kami berdua masih membuka mata..saya pun membuka laptop saya dan memasang cerita kartun kegemaran Izzah "Ben and Holly's Little Kingdom'..Sempat juga Izzah melayan sampai 4 slot, lepas tu, nangis semula. Terpaksalah saya memangku Izzah sambil duduk dan mengusap2 perut kecilnya tu sambil berzikir2, doa saya mudah2an perut Izzah kembali pulih. Keadaan 'on & off' sakitnya silih berganti sehinggalah fajar menyinsing. Masa tu, Izzah dan saya mula terlelap, saya pun macam dah nak tumbang.

Lepas bergilir duty dengan suami, saya baring untuk cover tidur yang tak cukup malam tadi, baru je berdiskusi dengan kawan2 tentang tips untuk dapatkan tidur yang kualiti malamnye. Nampaknya kualiti tidur saya tak tercapai malam tadi. Walaupun hanya sempat merehatkan mata dan otak lebih kurang 2 jam lebih, saya rasa cukuplah dulu, ada banyak tugas menanti. Itupun yang 2 orang lagi tu dah sibuk2 mengelui2 ibu minta disediakan sarapan.

Kadang2 terlintas di fikiran, bagaimana sekiranya ibu tiada di sisi mereka...

Saya harap Izzah makin ok hari ini..walaupun tak banyak makanan masuk dalam perutnya, namun, Izzah nampak dah boleh jalan sendiri dan banyak cakap. Alhamdulillah...dapat lihat dia senyum dan ketawa pun dah lega benar. Moga berterusan hendaknya. Amin.