Monday 14 September 2009

Iffah on her 1st Day Schooling

Jumaat lalu merupakan hari pertama Iffah ke sekolah semula ssetelah beberapa bulan bercuti lama..huh, akhirnya kami berdua rasa legaaaa sgt. Oleh krn 1st day, kena dtg kul 1:45 tghri selama 1 jam je. Dan, parents boleh temankan smpai habis. Jd, ibu & bb kena turun padangla hntr kakak macam 7 bulan yg lalu. Huh..tak sangka ye..dah lama rupenya. Rasa macam baru je kena tinggal.

Jadi, hari ni sy nak bawa anda semua tgk sekolah Iffah a.k.a. rupe nursery kat sini. Masa dulu sy ada captured juga suasana ni tp pakai handset..tup2 sy xreti plk nak transfer dlm laptop..kui3 [handset baru pakai..kih3]. Kali ni dpt snap betul2 la..kecuali cloak room & outdoor play area sy lupa snap. Jom layan jap..

Iffah dgn school uniform nya. Utk kanak2 nursery x diwajibkan pun pakai uniform ni. Nak pakai baju biasa pun boleh. Cuma kami nak train pakai awal2..semangatla sikit dia nak gi sekolah sbb baju sama mcm abangnya kan.

Adakah senyumannya ini sementara..?? Sama2 kita nantikan hari ni..he3.

Play area..yg sebelah sana tu, kitchen.


Kecik2 dah tengok bende alah ni..ibu dulu masa belajar kat U baru jumpe bende LCD nih.

Eve, nama budak pompuan tu. Dah berkenalan dgn Iffah tp tahu2lah si Iffah ni..susah sikit nak bermesra alam dgn org baru kecuali jika abangnya ada bersama.

Mrs Gilham, nursery nurse sedang memperbetulkan PC yg menghadapi masalah 'low signal strength'.

Izzah pun nak duduk atas kerusi tu jugak. Terkial2 dia atas dukung ibu nak turun dok atas kusi tu. Hmm..anak..anak..


Iffah kat sekolah je dibenarkan menggunakan scissors..kat rumah? Boleh, tp plastic scissors je..keh3. Huu..risau..kang tak pasal2 dia buat eksperimen gunting langsir tuan rumah.


Kat sini area kanak2 ni buat role playing..mengikut tema tertentu setiap minggu. Kat sinilah Iffah mula2 dilatih utk tidak takut pd baby doll guna teknik 'confrontation' dlm istilah ilmu psikologi. Betul kata Mrs Raine.."dun worry..we never fail so far.." suatu masa dulu..

Kat sini tempat makan kanak2 ni..setiap hari menu berbeza disajikan. Biasanya snack saja spt buah2an & sayur2an. Iye..diorg ni srh kanak2 ni makan sayo spt tomato..carrot..hahah. Iffah suka sayur tp yg kaler green je. Susu pula disediakan percuma setiap hari utk kanak2 sekolah yg berusia bawah 5 thn di UK. Yg lebih 5 thn kalo nak susu jugak, kena bayar ataupun, bwkla sendiri eh. Lagi satu, kanak2 ni xdibenarkan minum @ makan merata2 dlm kawasan nursery tu, restricted hanya kat meja bulat tu je.

Pintu putih tu library. Kat situ biasanya kanak2 berkumpul utk teacher check attendance. Pastu parents biasanya disarankan menyumbang sebanyak GBP 1 setiap minggu utk membeli keperluan nursery.

Reading area @ story telling area. Biasanya kanak2 dibahagikan ikut group tertentu dan bergilir2 duduk di situ mengikut teacher masing2.



Bende ni yg Iffah sukaaa sgt buat..beads. Pernah sekali tu dia nak wat balik beads ni kat rumah..adoilaa..

Lihat tu..dia dah siap pakai necklace & bracelet..kih3..sukenye melaram.


Main pasir plk..

Tempat conteng2 atau melukis.

Tempat main bubble. Kat sini bolehla main ye kakak..kat rmh xboleh..

Kiut tak toilet kanak2 ni. Penuh warna-warni. Seronoknye nak wee & poo..kih3.

Iffah main pasir td..ibu ingatkan dia suruh basuh tangan pakai sabun. Kang tak pasal2 jadi eczema macam dulu. Tak sanggup den.

Habis je kat sekolah Iffah terus kami ke bangunan sebelah pulak utk tunggu Ameen balik.

2 comments:

fa10 said...

selamat kembali ke sekolah... nursery 2nd year ke? x gi reception class? nursery iffah tu lg besar berbanding awla punya dulu

hnyhar said...

fa10,
tenkiu auntie fa10..
hmm..2nd yr psl lahir hjg thn..xleh masuk reception sapa yg lahir slps ogos..hmm..blh thn jgkla besarnye nursery tu..