Saturday, 24 May 2008

Teringat Masa Santai Duluu..



Siapa ni..??Ooh..ni ayah & Ameen waktu bersantai di Nilai Spring Golf & Country Club. Waah..lagak macam orang kaya..hik3. Tempat ni beberapa langkah je dari rumah kami di PUTRA Nilai. Hmm..memang best berehat2 kat tepi kolam, lagi best jika dapat masuk sama. Tapi apakan daya, tiada wanita bertudung yang pernah ku nampak masuk berenang2 dalam kolam renang tu. Setakat merendamkan kaki dalam kolam buih jelaa. Biasanya kami membawa Ameen ke situ untuk melatih dia berenang. Ayah kan swimming instructor, malu kalo anak sendiri xtahu berenang..sedangkan ayah sendiri amat hebat waktu di IIUM dulu..siap dpt Bronze Medal lagi. Isk3..bilalah agaknya ayah dapat train ibu pulaa.Teringin juga nih. Ahaks..

My Castle



Inilah istana Pasir Puteh yang beralamat Lot 518, Kampung Raja..Rumah ini berusia hampir 31 tahun lamanya..seusia denganku. Sang kancil tu pula milik ma..aktif ke sana ke mari menemani ma. Maklumlah bukannya ada sesiapa pun di rumah selain abah, ma & adik bongsuku ana (cikcu). Abah pula dengan kereta idamannya..walaupun telah bersara namun abah masih bekerja sendiri sebagai Pesuruhjaya Sumpah. Abah tidak boleh duduk diam..memang seorang yang aktif bekerja walau usia mencecah 64 tahun. Semoga abah & ma gembira & bahagia dengan rutin kehidupan..kami tidak sekali2 melupakan jasa abah & ma berhabis segalanya demi pelajaran & masa depan anak2nya.

Friday, 23 May 2008

Semoga Allah Merahmati Ayah Long

Hari ini masuk 4 hari ayah long terlantar di wad ICU. Menurut maklumat ma, platelete level ayah long bertambah baik dan stabil, alhamdulillah. Seperkara lagi, hari ini jika keadaannya stabil selepas dimasukkan darah, doktor akan memindahkan ayah long ke wad biasa.

Hari ini juga, abe Die & kak Fiezah & Ninie bergegas ke Klang dan membatalkan rancangan mereka untuk ke Penang (abe die ada urusan di sana). Cikcu pula, khabarnya sedang berkursus jd tidak dapat menziarah ayah long.

Hanya Acik & Teh sahaja yg tidak dapat pulang untuk melawat ayah long. Namun begitu, kami di sini tidak putus2 memanjatkan doa pada Allah SWT agar ayah long cepat pulih dari kesakitan yg ditanggung sekian lama. Kami tidak dapat bayangkan bagaimana perihal keadaan ayah long sekarang. Kami merasa amat sedih & sayu bila mendapat tahu ayah long dah jadi cengkung..dan terbaring lesu. Tidak ceria seperti yang kami kenal...

Kami dah pun bersolat hajat & membaca Yasin untuk ayah long..mudah2an ayah long dirahmati Allah selalu..dan segera sembuh.

AYAH LONG..ketahuilah..kami benar2 merindui ayah long..nanti ayah long cepat baik ye..kami mohon maaf sebab xdapat lawat ayah long di hospital..

Salam sayang & rindu dari kami semua di UK..buat ayah long..

Thursday, 22 May 2008

Ayah Long Sakiiit..



Siapa berewang ni..?? Bukan..aku hanya nak menunjukkan gambar abang Za. Ayah long yg berbaju kemeja petak berwarna merah bata tu..Gmbr ni dirakamkan sewaktu majlis pertunangan teh.

Alkisahnyaa..
Isnin lalu 19 Mei, abang aku yg sulung telah dimasukkan ke wad di Hospital Pantai, Klang kerana demam panas. Tapi, setelah didiagnos, doktor mengesahkan abang Za (ayah long) menghidap demam denggi berdarah. Keesokannya, ayah long terpaksa pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana keadaannya yg getting worse. Dikatakan ayah long bersin yg mengeluarkan darah. Denggi berdarah memang macam ni..hatta liang roma pun ada bintik2 darah.

Kami mendapat berita sedih ini semalam (Rabu) sewaktu aku menghubungi ma melalui talian bimbitnya. Terkejut juga aku kerana ma memberitahu dia dan abah berada di Klang. Kami amat risau dengan keadaan ayah long tapi apakan daya kami tersangatlah jauuuh untuk mengunjunginya di Malaysia. Hanya doa sahaja yang mampu kami iringkan agar ayah long segera sembuh dan pulih seperti biasa. Jika tidak, sudah tentu kami akan beramai2 berkumpul di rumah Klang tu. Aku harap Kak Tie tabah menghadapi ujian Allah ini..mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..BE STRONG AS U ARE.


SHAFAKALLAH..

Wednesday, 21 May 2008

NUKILAN AYAH





Salam dari ayah. Kini giliran ayah untuk meluahkan nukilan di blog baytulkifli. Sepanjang lima bulan berada di bumi UK ni, pelbagai aktiviti dan program telah dilalui. Berlainan di Malaysia yg sentiasa sibuk dgn tugas dan kerja, di sini masa begitu banyak blh diluangkan utk keluarga, menelaah, menghadiri seminar konferens, usrah, kuliah2,aktiviti sukan dan macam2 lagi. Walau apa pun, ayah memang merindui kehidupan di Malaysia, Malaysia tetap yang tempat terbaik di hati ini.

Setakat ini, ayah telah berjaya menyiapkan chapter 1 dan 2 tesis Phd ayah. Alhamdulillah, kedua2 supervisor ayah Profesor Rodney Wilson dan Dr. Mehmet Asutay berpuashati dengan deraf chapter tersebut. Kini ayah sedang bertungkus lumus menyiapkan chapter 3 yang dijangkakan siap pada hujung jun nanti. Pada Mac lalu ayah telah pergi ke Dubai, UAE, membentangkan kertas kerja mengenai Waqf and Islamic Financial Instrument. Minggu depan ayah akan membentangkan kertas kerja di University of Durham mengenai Stakeholder-oriented model of Corporate Governance. Pada hujung Jun nanti ayah akan ke University of Wales Lamperter membentangkan kertas kerja mengenai Corporate Governance of Islamic Financial Institution. Pada 3-4 Julai ayah akan ke Imperial College London untuk membentangkan kertas kerja mengenai corporate governance from western and Islamic perspectives dan pada 5 Julai ayah akan menjadi panel forum London School of Economic Dissertation Event di University of London.

Alhamdulillah, ayah telah ditawarkan sebagai research intern di University of Oxford yg dijangkakan bermula sebelum September ni. Prof. Dr. Basil Mustafa dari Oxford Centre of Islamic Studies telah menghubungi ayah mengenai tawaran tersebut. Akhirnya, InsyaAllah berjaya juga impian ayah untuk menyertai Islamic finance team University of Oxford sebuah university ulung di dunia.

Menarik juga untuk dinukilkan bahawa pada mac lalu ayah telah menyertai satu reformasi menentang kezaliman Israel di London. Reformasi sebegini adalah menjadi kesalahan di Malaysia tapi tidak di UK. Hampir seluruh bandar utama di dunia pada hari yg sama membuat perarakan membantah keganasan Israel kecuali Kuala Lumpur. Itulah kali pertama menjejakkan kaki di Trafalgar Square tempat yg sebelum ini hanya dapat dilihat melalui kaca televisyen. Kira2 lebih 50 ribu orang datang menyertai perarakan tersebut dan dapatlah ayah berkenalan dengan ramai orang termasuk kaum yahudi ortodhox yg turut menentang kekejaman zionis di Palestin. Sempat juga bergambar dgn Dr. Azam Tamimi yang sememangnya terkenal di Eropah.

Terlalu banyak yang ingin ditulis, namun cukup sekadar itu buat kali ini. Semoga bertemu kembali di lain waktu.

ZULKIFLI HASAN
UNIVERSITY OF DURHAM
12.40 PM.

Tuesday, 20 May 2008

Yang Jauh Terkenang-Kenang

Selain dari keluarga, kawan2 & kampung halaman, kami terutama aku & abang sangat terkenangkan..:

PASIR PUTEH, KELANTAN
1. Keropok lekor, k.segera & keping
2. Biskut kapal terbang
3. Nasi dagang ma buat+gulai udang (best!!)
4. Buah dokong belakang rumah
5. Air kelapa
6. Mempelam (buah pauh ringan)
7. Barang2 dlm kedai ma (smax..kih3)
8. Air tebu
9. Pisang&keledek goreng
11. Kuih akok ma
12. Kuih jelebab
13. Bahulu
14. Ikan kering
15. Daging masin ma..(sedaapnye)
16. Bilik tidur kami kat kampung..(byk kenangan terpahat, pahit&manis)
17. Nasi kerabu ma
18. Jeram Linang
19. Tok Bali

TANJUNG MALIM, PERAK
1. Cempedak goreng
2. Manggis belakang rumah
3. Jambu batu Bidor
4. Teh ais kedai pakcik Ahmad
5. Pau maa..
6. Lai Chi Kang pasar malam
7. Kedai jual kain tudung
8. Kuih radin galoh makcik Robiah
9. Rendang pedas udang mak
10. Segala jenis rendang yg mak buat..(mmg marvellous)
11. Lemang apak..sedaap..kat sini dah xleh mkn lemang :(
12. Bahulu cermai/bunga
13. Air tebu Topin (kih3..diam2 je beli nnti mak maraah)
14. Tukang urut aku laa..makcik Nah (best sgt..)
15. Petai..(yg ni abg je sukaa)
16. Strawberry (sbb rmh mak dkt dgn Cameron Highland)
17. Kolam air panas Trolak

BUKIT ANTARABANGSA
1. Rumah, of course..yg sejuuuk nyaman..
2. Swimming pool VillaRia.
3. Burger mamat kat simpang masuk ke Kg Pasir.
4. Kuih2 kakak kat tepi jalan
5. Ronda2 kat area situ..
6. Masakan panas area Keramat (sebelah B.A)
7. IIUM..miss sgt nak mkn kat kubur (kedai tepi kubur)

TAMAN SRI GOMBAK
1. Roti canai Keramat
2. Masakan panas di cabang masuk ke rumah kami
3. Pasar malam Isnin & Jumaat
4. Taman kat TSG (selalu org shooting drama or film kat sini)
5. Psycoman's family (kih3..sbnrnye xrindu pon..)
6. Nasi lemak & kuih apam pakcik (yg selalu aku mkn masa pregnt kat Ameen dlu..alahan teruk..abg selalu beli breakfast ni sblm kuar keje)
7. WASBUDI
8. Roti canai Bintang 3
9. Roti canai & teh ais Hj. Tapah

NILAI, NEGERI SEMBILAN
1. Istana kami (telah disewakan kpd Pn. Yasmin)
2. SMAP Labu (hik3..tul ke?)
3. FSU, USIM - bilik Ketua Program DIJAP (hai..abg..betul ke bang??)
4. Nilai 3 & Nilai Square
5. Kedai roti canai dekat flat Desa Jati
6. Grand Union
7. Beger adik (sedap sungguh yg ni..xprnh jmpe beger sesedap ni..ngalahkan beger King)
8. Cucur udang kakak angkat Azman (kih3..jgn mare..)
9. Sate Kajang
10. Kedai barangan branded (kontena) kat LCCT
11. Nasi beryani pakcik pasar malam Jumaat
12. Yong Tau Fu pasar mlm Jumaat
13. Nasi kerabu kedai Kelantan
14. Port Dickson (Selesa Beach Resort..)
15. Kuey Tiaw Kungfu
16. Pasar malam Tmn Semarak

Sunday, 18 May 2008

Car Boot Fair, Seaham.

Kebiasaannya, pada hari Ahad tengahari, kami sekeluarga akan berkunjung ke Car Boot Fair, kali ini di Seaham. Lokasinya begitu strategik dan menarik kerana berlatarbelakangkan lautan luas terbentang indah lambang kekuasaan Penciptanya. Udara segar dihirup sepanjang rondaan kami menyusuri deretan penjual2 barangan. Siapa yang tidak arif tentang tempat ini jika menghuni bumi Europe..malahan kadang2 di sini menjadi tempat pertemuan (jejak kasih) sesama masyarakat Malaysia di bumi England ini. Lihatlah foto di bawah..


Ayah & anak2 bersama dengan habuan masing2.

Treasure Box

Jumaat lalu, aku & Iffah meneruskan rutin kehidupan dengan menjemput Ameen di sekolahnya. Sesampai sahaja di sana, Ameen dengan girang menunjukkan habuan yang diperolehinya daripada Mrs. Raine, iaitu satu beg plastik yang mengandungi sebuah kotak besar (ala-ala pirate treasure box). Ameen sgt teruja begitu juga dengan Iffah, kelihatan tidak sabar2 balik ke rumah untuk meneroka isi dalam beg plastik & kotak itu.

Setibanya di rumah, mereka berdua meluru masuk dan duduk bersila seraya meminta ibu membuka kotak misteri tersebut. Menjadi kebiasaan setelah berjinak2 dengan blog ni, ibu pasti merakamkan dulu detik2 bermakna dalam hidup anak2 ibu. Jadi, beberapa foto telah di'snap' sebagai memori Ameen dalam hari2 nya bersekolah.

Iffah merajuk sakan dan beberapa kali juga menangis kerana ingin memiliki kotak seperti abangnya. Maklumlah ia mengandungi sharpener, sekotak coloured pencils, 2 story boooks for beginners, 1 colouring book, few stickers & a memo pad. Menarik bukan..Tapi, haru biru jugalah ibu dibuatnya bila mereka berdua berebut2 coloured pencils tu. Alhamdulillah, Ameen lembut hati lalu membenarkan adiknya sama2 menggunakan peralatan mewarna tu. Akhirnya, sama2lah mereka berdua leka mewarna part masing2 dalam buku tu.

Di bawah ada beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan semua. Lihatlah bagaimana Iffah khusyuk mewarna teddy bear. Habuan ini adalah sumbangan khas tajaan Department for Children, Schools and Families, UK. Hmm..anak2ku..






Friday, 16 May 2008

Nyum..nyum2


Hari Jumaat lepas, kelas tafsir telah diadakan di rumah kami. Jadi, aku pun mulalah menyediakan juadah untuk para tamu yang hadir. Bihun goreng (tiada dlm gmbr) dan kek kurma ni. 1st time buat ni..thanx Kak Midah for the recipe.


Inilah rupaanyaa..


Setelah dipotong..sedia untuk dimakan.

Hari Merayap


Pada hari Selasa yang lalu, sekembalinya ibu & Iffah menghantar Ameen ke school, kami telah merancang untuk lepak di Bowburn library. Tapi, lupa pulak hari tu library buka pukul 2 pm. Jadi, apa lagi..kami pun merayau2 la di sekitar library & Bowburn Community Centre. Sebenarnya, aku nak train Ameen & Iffah membaca buku..paling tidak pun menggemari buku, supaya bila besar nanti boleh jadi orang yg berpengetahuan luas. Orang yang gemar membaca susah nak jadi nyanyuk..


Iffah leka bermain dengan bunga dandelion. Bila ditiup maka akan berterbanganlah biji2 benihnya..sebenarnya ibu yang introduce kpd Iffah bunga ni. Iffah sangat excited..pantang ternampak si dandelion..mesti jadi mangsa ragutannya.


Pink nye bunga ni..di gelar Cherry Blossom..tp bukan pokok buah ceri tu. Sangat menawan mata yang memandang.


Inilah dia pohon epal. Cantik bukan bunga2 nya..warna putih. Pohon ni bersebelahan dgn Bowburn Community Centre. Tunggu sajalah musim autumn nanti..heheh..akan ku pulun epal ni habis2an.

Bila Iffah Membaca Iqra'..

video

Iffah & Snow

video

Thursday, 15 May 2008

Botanic Garden

Spring Picnic


Pada 11 Mei yg lalu kami ke Riverside, Chester-le-Street untuk Spring picnic. Seronok juga picnic ramai2 ni. Masing2 membawa makanan & minuman untuk dikongsi bersama (pot luck). Tapi, aku cuma bawa spaghetti goreng & snowball. Tak sempat nak buat apa2 sebab plan segera. Nampak tak omputih kat belakang kami ni..tgh berjemur tuu, pakai seksi meksi..kitorang je yg duduk bawah rimbunan pokok tau. Orang lain semua dok bawah terik matahari yg x sepanas mana.


Iffah xmau dengan ibu langsung hari tu. Asyik dengan ayah saja. Makan pun dgn ayah.

Thursday, 8 May 2008

Sekitar Birthday Ameen..8 Mei 2008..

OHANA


Gambar atuk, nenek, abah , mama & kakak Ninie semasa Hari Raya Aidil Adha lalu. Sediih kami tgk gmbr ni sebab tiada sesiapa pun selain diorg yg beraya kat rmh..kami dua beradik dah ada kat UK. Abang xdapat balik. Huuu..syahduunye..ni baru raya haji..raya puasa lagilaa..

Tuesday, 6 May 2008

Beloved Toys


Uii..sapa dok beratur ramai2 atas sofa tuu..haa..inilah koleksi soft toys Ameen&Iffah. Ada lagi kat atas, dlm blk Ameen, si kodok & teddy gemuk. Depa malas nak turun bergambar..

Tahu taak brp harga si reindeer & Shaun the sheep ni? Kami beli di car boot fair, Seaham. Harga cuma 50 Pence @ RM3.50. Hmm..??xcaya?? Betuul..harga reindeer & sheep tu sama-sama 50P. Hii..hii..sheep tu lg mahal kan.

Nyum..nyum


Hari ni buat cupcakes utk Ameen&Iffah. Cupcakes biasa je cuma letak kaler pink sket & choc. chips. Cadang nak buat kek keju cheddar tp x jadi sbb yg ada dlm fridge cuma philadelphia cheese. Tp, boleh modify kan? Hmmm..

Alkisah anak-anakku


Ameen & Iffah di atas sofa sambil menunjukkan hadiah yg Ameen menangi dlm pertandingan Easter Egg di sekolahnya, Bowburn Infant & Nursery School. Acara tu telah diadakan pada 20 Mac. Ameen begitu excited mewarnakan telur tu yg telah di'hard-boiled' terlebih dahulu. Iffah pun excited sgt2..sbb dia tahuuu ada coklat dlm kotak tuu.."yei2 Ameen dpt colet" (katanyaa..)

Ameen dapat hadiah berupa sekotak coklat telur dan sijil. Iffah dah xsabar nak bukak cover telur tu.

Ameen dapat certificate dlm pertandingan ni..tu pun sbb dpt tmpt ke-3. Dia je budak Melayu yg menang. Kelakar & tak ku sangka sama sekali dia akan dpt hadiah. Ibu simpan sijil ni dalam fail personal Ameen.

Inilah coklat telur tu..coklat ni banyak sgt dijual lebih2 lagi sebelum perayaan Easter omputih ni. Ada sejarah di sebaliknya. Jgn lupa rujuk di wikipedia utk maklumat lanjut ttg history of Easter festival.

Waaah..bila dibuka telur coklat tu rupanya ada lagi beberapa biji telur burung yg colourful. Jgn risau depa ni mkn coklat, bukan telur sembarangan..

Inilah rupa telur yang Ameen kaler tu. Semua warna diaplikasikan..hehehe. Tu pasal menang kot, sbb ada nilai estetika & unik. Tp, ibu rasa easter egg Ameen terpilih sbb Ameen sendiri yg buat & bukannya ayah, ibu or Iffah. Kami sengaja membiarkan dia sendiri mewarnakan telur tu supaya dia dpt merasai keseronokan meneroka sesuatu aktiviti. Cuma ibu shj yg lupa srh ayah rakamkan saat itu krn ibu sibuk di dapur time you all kalerkan karpet tu...hmm..

SNOW @ BOWBURN, DURHAM

Sunday, 4 May 2008

Thursday, 1 May 2008

IFFAH


Iffah di Swanlake Coventry

IFFAH MADIEHAH

Ni masa kat padang tepi laut ni..

AMEEN

Kat belakang Ameen ni Royal British Hotel. Nape laa anak aku ni posing camni.

The City of Edin