Wednesday, 21 May 2008

NUKILAN AYAH





Salam dari ayah. Kini giliran ayah untuk meluahkan nukilan di blog baytulkifli. Sepanjang lima bulan berada di bumi UK ni, pelbagai aktiviti dan program telah dilalui. Berlainan di Malaysia yg sentiasa sibuk dgn tugas dan kerja, di sini masa begitu banyak blh diluangkan utk keluarga, menelaah, menghadiri seminar konferens, usrah, kuliah2,aktiviti sukan dan macam2 lagi. Walau apa pun, ayah memang merindui kehidupan di Malaysia, Malaysia tetap yang tempat terbaik di hati ini.

Setakat ini, ayah telah berjaya menyiapkan chapter 1 dan 2 tesis Phd ayah. Alhamdulillah, kedua2 supervisor ayah Profesor Rodney Wilson dan Dr. Mehmet Asutay berpuashati dengan deraf chapter tersebut. Kini ayah sedang bertungkus lumus menyiapkan chapter 3 yang dijangkakan siap pada hujung jun nanti. Pada Mac lalu ayah telah pergi ke Dubai, UAE, membentangkan kertas kerja mengenai Waqf and Islamic Financial Instrument. Minggu depan ayah akan membentangkan kertas kerja di University of Durham mengenai Stakeholder-oriented model of Corporate Governance. Pada hujung Jun nanti ayah akan ke University of Wales Lamperter membentangkan kertas kerja mengenai Corporate Governance of Islamic Financial Institution. Pada 3-4 Julai ayah akan ke Imperial College London untuk membentangkan kertas kerja mengenai corporate governance from western and Islamic perspectives dan pada 5 Julai ayah akan menjadi panel forum London School of Economic Dissertation Event di University of London.

Alhamdulillah, ayah telah ditawarkan sebagai research intern di University of Oxford yg dijangkakan bermula sebelum September ni. Prof. Dr. Basil Mustafa dari Oxford Centre of Islamic Studies telah menghubungi ayah mengenai tawaran tersebut. Akhirnya, InsyaAllah berjaya juga impian ayah untuk menyertai Islamic finance team University of Oxford sebuah university ulung di dunia.

Menarik juga untuk dinukilkan bahawa pada mac lalu ayah telah menyertai satu reformasi menentang kezaliman Israel di London. Reformasi sebegini adalah menjadi kesalahan di Malaysia tapi tidak di UK. Hampir seluruh bandar utama di dunia pada hari yg sama membuat perarakan membantah keganasan Israel kecuali Kuala Lumpur. Itulah kali pertama menjejakkan kaki di Trafalgar Square tempat yg sebelum ini hanya dapat dilihat melalui kaca televisyen. Kira2 lebih 50 ribu orang datang menyertai perarakan tersebut dan dapatlah ayah berkenalan dengan ramai orang termasuk kaum yahudi ortodhox yg turut menentang kekejaman zionis di Palestin. Sempat juga bergambar dgn Dr. Azam Tamimi yang sememangnya terkenal di Eropah.

Terlalu banyak yang ingin ditulis, namun cukup sekadar itu buat kali ini. Semoga bertemu kembali di lain waktu.

ZULKIFLI HASAN
UNIVERSITY OF DURHAM
12.40 PM.

No comments: