Setibanya di rumah, mereka berdua meluru masuk dan duduk bersila seraya meminta ibu membuka kotak misteri tersebut. Menjadi kebiasaan setelah berjinak2 dengan blog ni, ibu pasti merakamkan dulu detik2 bermakna dalam hidup anak2 ibu. Jadi, beberapa foto telah di'snap' sebagai memori Ameen dalam hari2 nya bersekolah.
Iffah merajuk sakan dan beberapa kali juga menangis kerana ingin memiliki kotak seperti abangnya. Maklumlah ia mengandungi sharpener, sekotak coloured pencils, 2 story boooks for beginners, 1 colouring book, few stickers & a memo pad. Menarik bukan..Tapi, haru biru jugalah ibu dibuatnya bila mereka berdua berebut2 coloured pencils tu. Alhamdulillah, Ameen lembut hati lalu membenarkan adiknya sama2 menggunakan peralatan mewarna tu. Akhirnya, sama2lah mereka berdua leka mewarna part masing2 dalam buku tu.
Di bawah ada beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan semua. Lihatlah bagaimana Iffah khusyuk mewarna teddy bear. Habuan ini adalah sumbangan khas tajaan Department for Children, Schools and Families, UK. Hmm..anak2ku..






No comments:
Post a Comment