Saturday, 24 May 2008

My Castle



Inilah istana Pasir Puteh yang beralamat Lot 518, Kampung Raja..Rumah ini berusia hampir 31 tahun lamanya..seusia denganku. Sang kancil tu pula milik ma..aktif ke sana ke mari menemani ma. Maklumlah bukannya ada sesiapa pun di rumah selain abah, ma & adik bongsuku ana (cikcu). Abah pula dengan kereta idamannya..walaupun telah bersara namun abah masih bekerja sendiri sebagai Pesuruhjaya Sumpah. Abah tidak boleh duduk diam..memang seorang yang aktif bekerja walau usia mencecah 64 tahun. Semoga abah & ma gembira & bahagia dengan rutin kehidupan..kami tidak sekali2 melupakan jasa abah & ma berhabis segalanya demi pelajaran & masa depan anak2nya.

1 comment:

Hanif's Family said...

abah kata dah nak berhenti dari kerja pesuruh jaya sumpah..katanya bulan 6 ni..