Thursday, 22 May 2008

Ayah Long Sakiiit..



Siapa berewang ni..?? Bukan..aku hanya nak menunjukkan gambar abang Za. Ayah long yg berbaju kemeja petak berwarna merah bata tu..Gmbr ni dirakamkan sewaktu majlis pertunangan teh.

Alkisahnyaa..
Isnin lalu 19 Mei, abang aku yg sulung telah dimasukkan ke wad di Hospital Pantai, Klang kerana demam panas. Tapi, setelah didiagnos, doktor mengesahkan abang Za (ayah long) menghidap demam denggi berdarah. Keesokannya, ayah long terpaksa pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana keadaannya yg getting worse. Dikatakan ayah long bersin yg mengeluarkan darah. Denggi berdarah memang macam ni..hatta liang roma pun ada bintik2 darah.

Kami mendapat berita sedih ini semalam (Rabu) sewaktu aku menghubungi ma melalui talian bimbitnya. Terkejut juga aku kerana ma memberitahu dia dan abah berada di Klang. Kami amat risau dengan keadaan ayah long tapi apakan daya kami tersangatlah jauuuh untuk mengunjunginya di Malaysia. Hanya doa sahaja yang mampu kami iringkan agar ayah long segera sembuh dan pulih seperti biasa. Jika tidak, sudah tentu kami akan beramai2 berkumpul di rumah Klang tu. Aku harap Kak Tie tabah menghadapi ujian Allah ini..mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..BE STRONG AS U ARE.


SHAFAKALLAH..

No comments: