Friday, 23 May 2008

Semoga Allah Merahmati Ayah Long

Hari ini masuk 4 hari ayah long terlantar di wad ICU. Menurut maklumat ma, platelete level ayah long bertambah baik dan stabil, alhamdulillah. Seperkara lagi, hari ini jika keadaannya stabil selepas dimasukkan darah, doktor akan memindahkan ayah long ke wad biasa.

Hari ini juga, abe Die & kak Fiezah & Ninie bergegas ke Klang dan membatalkan rancangan mereka untuk ke Penang (abe die ada urusan di sana). Cikcu pula, khabarnya sedang berkursus jd tidak dapat menziarah ayah long.

Hanya Acik & Teh sahaja yg tidak dapat pulang untuk melawat ayah long. Namun begitu, kami di sini tidak putus2 memanjatkan doa pada Allah SWT agar ayah long cepat pulih dari kesakitan yg ditanggung sekian lama. Kami tidak dapat bayangkan bagaimana perihal keadaan ayah long sekarang. Kami merasa amat sedih & sayu bila mendapat tahu ayah long dah jadi cengkung..dan terbaring lesu. Tidak ceria seperti yang kami kenal...

Kami dah pun bersolat hajat & membaca Yasin untuk ayah long..mudah2an ayah long dirahmati Allah selalu..dan segera sembuh.

AYAH LONG..ketahuilah..kami benar2 merindui ayah long..nanti ayah long cepat baik ye..kami mohon maaf sebab xdapat lawat ayah long di hospital..

Salam sayang & rindu dari kami semua di UK..buat ayah long..

No comments: