Thursday 12 June 2008

Madrid in Memories

9 JUN 2008 (ISNIN)
Jam 1 pagi kami bertolak dr rumah Teh ke stesen bas Coventry untuk menaiki National Express ke airport terminal East Midland. Naik bas pukul 1.35 am, ni kiranya bas terakhir dah ni..sejam lepas tu sampailah kami di airport. Oleh kerana flight kami pukul 8.50 am, terpaksalah kami lepak2 & tidur di atas kerusi di kawasan arrival tu sbb kat situ je kerusinya panjang (kira sesuai utk berbaring..kih3).

Banyak juga bekal makanan yang kami bawa memandangkan jangka masa yg lama lepak2 di situ. Ada sandwich tuna, nasi goreng, nuggets goreng & snacks.

Check in kat sini boleh tahan ketat juga..tp kadang tu depends on officers. Macam aku & family, kena dgn pegawai yg strict..abang siap kena minum lagi air dlm botol susu Iffah. Hik3..sian ayah. Siap kena tanggalkan belt lagi..nasib baik belt je..bukan seluar. Macam susu tepung anak2 ni aku dah awal2 lagi letak dlm plastik transparent & bertulis 'milk powder'. Tapi, abg kata kira ok lg drpd US. US punye lagi teruk maa..

Kami tiba di lapangan terbang Barajas, Madrid jam 1 pm (12 pm waktu UK). Tak suka betul pramugari2 dlm flight Ryan Air tu..xfriendly langsung..tgk kita pun semacam jer..maklumlah aku kira ada 2 org sahaja pompuan yg pakai tudung dlm flight tu. Sesampai je di Madrid, kami mengambil 2 cab utk membawa kami ke tempat penginapan yg tlh ditempah.

Caj byk juga kena..dekat 30 Euro lebih..kira2 setengah jam lps tu sampailah kami di Hostal Madrid Centro. Hmm..masa dlm perjalanan tu..kompius juga kami dibuatnya..sbb depa semua xreti cakap English la. Nasib baik abang ada belajar sket2 (bljr sndiri) bahasa Spain. Tp xdela fasih bercakap. Kami sgt kaget bila teksi tersebut melalui jalan yg keadaannya mengingatkan aku kpd lorong Hj. Taib..iye..ada p.....r kat tepi2 deretan kedai tu. Huu..menakutkan je. Hostal ni kira cikai jugalah..tp ok je, cikai2 pun dekat 70 Euro lebih juga dia cekup duit kami..(untuk 1 bilik,penginapan 3 hr 2 mlm). Paling penting kedudukan hotel ni sgt hampir dgn city center..jalan kaki pun xsampai 5 minit.

ESTADIO SANTIAGO BERNABEU
Ini adalah tempat pertama yg kami kunjungi iaitu stadium bolasepak Kelab Bolasepak gergasi Real Madrid. Kami menaiki train Metro dari Callao menuju ke Concha Espina. Tambang murah je, kami ambil tiket pegi-balik for one family trip berjumlah 6.70 Euro. Penat juga bila terpaksa daki tangga time escalator rosak. Tapi, xpe, kukuatkan semangat..

Waah..bestnye..rasa mcm mimpi je bila dapat masuk stadium ni. Bayaran masuk ialah 15 Euro seorang. Tidak rugi rasanya bila berpeluang menjejaki tempat bermain bintang bolasepak yg paling kuminati, Zinadene Zidane. Abang juga kulihat tersenyum je sampai ke telinga krn berjaya posing berlatarkan REAL MADRID CF. Kami melawat seluruh stadium dan isi dalamnya..hinggakan tempat pemain mandi & toilet diorg pun kami tengok tau..kih3. Masuk tempat kedai jual jersey & peralatan bolasepak..hmm..mahal jer..masing2 xsanggup keluarkan ongkos untuk membelinya.

Apaa..? Nak tgk gambar? Yg tu kena rujuk slideshow photos laa..sbb byk gmbr yg nak dikongsi kan.

Dah penaat..baliklaa hostal. Untuk pengetahuan, kat Madrid ni susah juga nak cari makanan halal. Apatah lagi bila penduduknya tidak tahu berbahasa Inggeris. Susah jugalah nak berkomunikasi.Por favor.. Malam tu kami hanya makan makanan yg kami bawa bekal & yg dibeli di shop mart milik org China (lupa nama kedai tu). Beli megi cawan..kot2 mlm tu lapar. Kat sini kami hanya makan fries, donut & wedges sahaja memandangkan itu saja yg halal dimakan.

Malam tu kami xkeluar ke mana2 sbb nak simpan tenaga untuk esok..lagipun kami dah kepenatan seharian sbb xcukup tidur..zzz

10 JUN 2008 (SELASA)
Kami memulakan perjalanan dengan menaiki train Metro menuju ke Plaza de Oriente. Kami breakfast kat luar je hari ni sbb hostal tu xsediakan breakfast. Abang belikan kopi, aiskrim, mafin coklat & roti danish sbg sarapan pagi. Kami lepak sambil makan di tempat duduk berdekatan dengan panggung opera Teatro de la Opera.

PALACIO REAL
Di sinilah terletaknya istana raja diorang. Kami xmasuk pun istana tu, hanya bergambar sahaja dari luar.

CATEDRAL DE LA ALMUDENA
Ini adalah gereja yg duduk bersebelahan dengan palace tadi. Unik senibinanya..

CITY SIGHTSEEING TOUR
Penat berjalan kaki, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas double decker oren Madrid Vision untuk Madrid Tour. Tambang dia 16 Euro untuk adultos, ni 1 day ticket atau dlm bahasa Spain bilette 1 dia. Untuk kanak2 bawah 7 thn, gratis con un adulto iaitu tiada caj dikenakan asalkan mereka diiringi oleh org dewasa.

Fuuh..lega rasanya bila dapat duduk. kami mengambil tempat duduk di tingkat atas bas tersebut..open air..boleh tgk pemandangan & hirup udara segar. Cuaca di Madrid tika itu baik2 saja..cuma kadang2 gerimis mengundang.

Untuk makluman, Visitas Turisticas @ City Tour ni menggunakan 2 routes iaitu Route 1 & 2. Route 1 @ Ruta 1 (line merah) akan membawa melawat kawasan2 bersejarah di Madrid (Madrid Historico). Kami naik Route 1 ni dulu..banyak tempat bersejarah yg kami lihat..iaitu, Teatro Real, Palacio Real, Puerta de Toledo, San Francisco el Grande, Catedral Almudena, Plaza Mayor, Puerta del Sol, Circulo Bellas Artes, Museo Thyssen, Museo Reina Sofia, Jardin Botanico, Museo del Prado, Puerta de Alcala, Barrio de Salamanca, Plaza de Colon, Plaza de Cibeles & Plaza de Espana.

Suba y baje todo el dia maksudnya, all day hop-on hop-off..itulah kerja kami kat Madrid nih..Dah puas sengih2 kat dlm bas maka kami stop sebentar dan singgah jamu2 mata di gerai2 cenderamata untuk melihat apa yg boleh dibawa pulang..abang tidak melepaskan peluang untuk membeli banner kecik Real Madrid & Barcelona manakala aku pula membeli kain selendang, key chains & fridge magnet.

Manakala Route 2 pula (line biru) membawa kami melawat tempat2 moden Madrid antaranya, Paseo del Prado, Museo Esculturas, Museo de Ciencias Naturales, Nuveos Ministerios, Santiago Bernabeu, C.S.I. Cientificas, Museo Lazaro Galdiano, El Corte Ingles, Museo Arqueologico & Las Cortes.

Hmm..mmg seronok naik bus tour ni. Jimat tenaga den. Oh..ye.. waktu perjalanan bas ni bermula seawal jam 10 am dan berakhir pukul 9 mlm. Kononnya malam tu nak keluar lagilaa naik bas..tp silap xtengok awal2 kul berapa dia tamat tour..so melepaslaa..xpelah, lagipun kul 9 tu belum pun malam..nak ronda malam2 naik bas xmenjadilaa.

Sempat juga shopping hand bag..David Jones..with reasonable price. Jangan mare...

Hmmm..sarap malam pula kami makan vegetable beryani plus fish curry di sebuah kedai India..kenyang padat poyot kami malam tu..heheh..jangan risau..Indian people mmg xmakan barbie, cuma kambing & ayam saja yg xdisembelih.. Yg lain, macam ikan tu, bolehlah dimakan..sbb kat sini mmg xde kedai halal laa..dah tanya org Arab yg duduk kat sini, dia kata dia makan kat Mc D jer..hmm?? makan pe ya sheikh..isk3.

11 JUN 2008 (RABU)
Sesudah subuh kami bersiap sedia untuk ke airport sbb flight balik jam 6.50 am. Dua buah teksi telah di tempah awal2 lagi oleh abang. Dengan mata yg masih mengantuk, kami semua check out dan menaiki teksi menuju ke airport Barajas. Sekejap saja sudah sampai..memang betullah..hostal kokak tu walaupun cikai, lokasinya amat strategik. Jadi xrugi anda menginap di sanaaa.

2 comments:

Anonymous said...

Wah kak Nani, best nya pi Madrid. One of the places that I would like to visit in my lifetime. Bila la dapat pegi *sigh*

hnyhar said...

Nanti pegilah...best! Sementara dah ada dekat2 sini, kami amik peluanglah berkunjung ke sana.