Wednesday, 11 June 2008

Kami Dah Balik !!

Alhamdulillah..kami sudah selamat sampai ke Coventry petang tadi jam 12 tengahari. Percutian ke Spain memang membuatkan kami semua kepenatan..jadi ayah & Teh bergegas ke kedai Zeenath untuk meng'tapau' nasi beryani yang digilai ramai. Kami pun bersantaplah dengan bersemangat sekali..urpp..Alhamdulillah.

Kami di sini sehingga esok..badan ayah masih penat lagi untuk drive pulang ke Durham. Jadi, malam ini kami akan bermalam di rumah Teh.

Gambar? Hmmm..belum lagi di upload kan dalam file peribadi..tunggu sahaja kemunculan ceritera kami sepanjang bercuti ke Madrid, Spain beserta rakaman foto2 menarik untuk dikongsi bersama..

No comments: