Assalamualaikum..
Kami sekeluarga ingin memohon maaf kepada abah & ma, apak & mak, adik beradik semua kerana telah hampir seminggu kami tidak dapat berutus berita dan salam. Ini terjadi berikutan perpindahan kami ke rumah baru yang mengakibatkan tergendalanya pelbagai urusan. Kami ketiadaan phone line (sementara je) dan juga internet. Walaupun notis telah diberitahu sebulan awal dari tarikh perpindahan, namun BT landline bersikap acuh tak acuh sahaja dengan itu semua.
Sekarang, kami mendapat keizinan jiran kami (org Malaysia) untuk menggunakan internet line rumah dia (wireless cable). Namun begitu, signal strength tu very low..kadang2 xdapat langsung, mungkin kerana jarak rumah kami @ mungkin juga disebabkan keadaan cuaca yg kadangkala hujan. Terima kasih tidak terhingga kpd En. Hilmi & Pn. Ros Aniza yang menyumbang coverage kepada kami. (Malam ni ok sangat line nye..)
Tidak mengapa..ini ujian buat kami kot..esok, seperti yang dijanjikan, phone line & internet akan kembali berfungsi seperti sediakala. Diharapkan begitulah..jika tidak susah juga hamba nak update blog untuk ceritera terkini kami di UK.
Esok...kami akan call kampung..InsyaAllah..Nantikan gambar2 rumah kami yang baru didiami..
No comments:
Post a Comment