Monday, 2 June 2008

Catatan lalu..

27 hb Mei 2008
Dah dapat kunci rumah baru. Dengan tidak sabar2 lagi kami pun mulalah berdikit2 memindahkan barang2 yg tlh siap dikemas. Hmm..ok juga rumah ni, apapun yang penting, toilet mesti dekat dengan bilik tidur maa..

28 Mei 2008
Alhamdulillah, kami telah selamat berpindah ke teratak baru bertempat di Wylam Street, hanya selang 2 baris rumah dr rumah lama. Hari ni kami dibantu oleh beberapa sahabat yang tinggal berdekatan, adalaa lebih kurang 3 org yg kelapangan. Terima kasih tidak terhingga juga buat Aniza yg menyediakan juadah untuk santapan mereka yg berpenat lelah menolong mengangkat barang2 berat.

Mulanya mahu bermalam di rumah lama lagi..tapi disebabkan rumah dah kosong..terasa pulak nak tidur kat rumah baru. Jadi, kami pun berangkutla pulak malam tu ke rumah baru dan zzzzz.. disanaa.

29 Mei 2008
Barang2 rumah dah banyak juga yg siap disusun, rimas jugak bila tengok berbungkus2 situ sini..pelan2 aku kemaskan peralatan dapur.

30 mei 2008
Aktiviti mengemas terpaksa tangguh dulu untuk meraikan hari loading barang ke kontena Dr. Anesee & Pn. Anisah. Kami pun ada kirim barang untuk keluarga di Malaysia. Tunggu sahajalah dlm sebulan lagi. Tapi, aku tidak dapat menyediakan apa2 makanan buat family mereka kerana masih kelam kabut berpindah. Cuma, masa kelas hadith tu, kami membawa kek strawberi gateau untuk dinikmati bersama.

Hari ni juga aku & anak2 meraikan pemergian pulang bibik (Rina) Ustz Maszlee ke Bandung, Indonesia. Tiada lagi temanku sewaktu menunggu Ameen keluar dr school.

Sepatutnya hari ni BT landline mula diaktifkan di rumah baru kami sepertimana yang dijanjikan. Tapi, tunggu punya tunggu...hmm sampai hari ni xdapat lagi..kesannya internet pun kami xdak. Kesian sangat..last2 minta ehsan drpd sahabat opposite rumah kami untuk dapatkan password internet rumah diorang. Bolehlah cukup2 makan..nak YM pun xlepas apatah lagi nak update blog nih.

31 Mei 2008
Tak kemana2 pun..nak chatting dengan ayah long pun xdapat. Maklumlah..xde tenet. TV pun buat hal..ish3. Sengsara juga dibuatnyaa.

1 Jun 2008
Sepatutnya meneruskan rutin..tetapi forecast meramalkan hujan je hari nih..hmm nampaknya xdapekla nak gi melabur duit di Seaham..kih3. Last2 duit dilaburkan ke TESCO. Mm..ujan je ari ni..sejuuk.

No comments: