Thursday, 19 June 2008

Down Memory Lane

COVENTRY TRANSPORT MUSEUM

12 Jun lalu, kami telah berkunjung ke Coventry Transport Museum yang terletak di tengah2 bandar Coventry iaitu di Millenium Place, Hales Street, Coventry. Tempat ini banyak menyimpan koleksi kenderaan bermula dari basikal, motosikal, kereta, bas dan lori. Coventry dipilih sebagai lokasi yang paling sesuai kerana di sinilah tempat kelahiran semua kenderaan British.

Muzium yang serba lengkap dengan pelbagai jenis kenderaan ini dibuka setiap hari termasuklah Bank Holiday iaitu pada jam 10 pagi sehingga 5 petang. Ia hanya ditutup pada 24, 25 dan 26 Disember. Menarik bukan? Boleh pegi bila2 masa2 asalkan ikut time dia bukaklaa. Yang menariknya, tiada sebarang caj masuk dikenakan dan pengunjung bebas ’snap’ gambar bersama kenderaan yang dipamerkan.

Kami ternyata enjoy sakan dapat masuk muzium transport ni..banyak betul kenderaan..ada yang seawal 150 tahun dahulu..tak lupa juga yg terkini..pun ada jugaa..Nanti tengok gambar di slideshow. Nampaknya mereka betul2 menjaga kenderaan2 ini agar generasi baru turut merasai kehebatan penciptaan & rekaan awalnya. Kagum sangat..

Bukan setakat kereta nostalgia malah kereta masa depan pun ada, iaitu kereta terpantas di dunia Thrust 2, World Land Speed Record Holder, 633-468 batu sejam iaitu 1019-470 km sejam. Abang & Teh tidak melepaskan peluang untuk mengecapi supersonic journey di dalam bilik khas simulasi ’Spirit of Speed’ kereta Thrust ni. Abg kata best sgt2 masuk dlm bilik simulasi tu, terasa betul2 seperti berada di dalam kereta Thrust 2. Aku dan yg lain2 tidak masuk sebab pregnant & kanak2 bawah umur. Teh Huda boleh, tapi dia pun xmasuk. Bayaran? Oh..jangan risau..semuanya free of charge..

Setelah kepenatan berlegar2 dalam muzium & perut sudah mula kelaparan, kami pun masuk ke kedai burger …….. Menariknya, kedai ni menawarkan sebiji beger ayam yg cuma berharga 99p. Rasanya sedaap..Sesiapa yg berkunjung ke Coventry tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal kerana di sini terdapat banyak kedai makanan halal.

No comments: