Friday, 25 December 2009

Tetamu dari London & Nottingham

Cerita ni dah lama tapi baru nak terbit kat sini. Tak silap saya saya menerima tetamu ni pada hari Ahad kot. Mereka datang daripada London dan Nottingham. Untuk lebih jelas, mereka adalah kawan hubby yang sama2 bertugas di USIM.

Saya menyediakan makanan berat untuk mereka memandangkan mereka sampai lewat petang dan hampir ke malam. Lagipun bermusafir ni memanglah terasa lapar luar biasa sikit kan. Hari tu tetamu saya dihidangi nasi putih berlaukkan kambing masak kurma, ikan masak merah dan sayur campur. Tak lupa juga kuih karipap pusing. Seronok dapat lihat mereka makan dengan begitu berselera sekali.


Su dan aunty..alamak saya dah lupala namanya. Beliau adalah mak kepada sorang student kat Nott's, datang menemani anaknya, dah hampir setengah tahun beliau di UK ni. Tak lama lagi nak baliklah. Seronok dapat bersembang dengan aunty & Su.

Masa ni mereka dah nak berlalu..untuk meneruskan perjalanan ke Scotland pula. Nak round satu Scotland diorang ni.

Dr kiri: Aunty, Iffah, Saya, Izzah, Su [wife kpd Marwan],
Berdiri dr kiri: Marwan [kawan hubby di USIM], Ahmad Anis [kawan hubby di USIM] & Ameen.

Terima kasih singgah ke teratak buruk kami ni. Mohon maaf jika layanan kami tidak memuaskan..maklumlah Anis pun asyik kena kacau ngan Ameen je..ehehe. Lain kali jika ke North lagi, jangan segan2 nak hello kat kami, boleh makan2 dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Jumpa lagi!!

Thursday, 24 December 2009

: : Carrot Cake : :


Kek ni sy buat 1st time hari tu masa carrot tengah banyak dalam peti ais. Bimbang carrot akan jadi busuk, saya pun baking laa...apa lagi. My feberet. Kek ni sedap, hubby pun suka makan. Next time boleh buat lagi. Sempat juga bagi kat jiran2 merasa..nak makan sendiri takut tak habis pula.

Oh! Ye..resipi ni saya ambil dari laman web allrecipes. Saya sertakan di sini resipi asalnya tanpa mengubah apa2. Selamat mencuba..

CARROT CAKE allR

· 4 eggs
· 1 1/4 cups vegetable oil
· 2 cups white sugar
· 2 teaspoons vanilla extract

· 2 cups all-purpose flour
· 2 teaspoons baking soda
· 2 teaspoons baking powder

· 1/2 teaspoon salt
· 2 teaspoons ground cinnamon
· 3 cups grated carrots
· 1 cup chopped pecans

Topping:

· 1/2 cup butter, softened
· 8 ounces cream cheese, softened
· 4 cups confectioners' sugar
· 1 teaspoon vanilla extract
· 1 cup chopped pecans


DIRECTIONS

1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 9x13 inch pan.

2. In a large bowl, beat together eggs, oil, white sugar and 2 teaspoons vanilla. Mix in flour, baking soda, baking powder, salt and cinnamon. Stir in carrots. Fold in pecans. Pour into prepared pan.


3. Bake in the preheated oven for 40 to 50 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely.


4. To Make Frosting: In a medium bowl, combine butter, cream cheese, confectioners' sugar and 1 teaspoon vanilla. Beat until the mixture is smooth and creamy. Stir in chopped pecans. Frost the cooled cake.

al-Basha Restaurant @ Newcastle

Entry ni sepatutnya dah lama published tapi biasalah..asyik busy bee je lately. Kami ke al-Basha Grill House Restaurant ni masa habis ronda2 bandar Newcastle tempohari. Kedai makan milik Lebanese bertempat di, 7-9 Bigg Market, Newcastle Upon Tyne, NE1 1UN.

Kali pertama datang sini dan sememangnya kami amat berpuashati dengan makanan & harganya. Hari tu hari Sabtu, kami pilih untuk makan buffet sebab boleh makan apa saja [kecuali aiskrim] dengan harga yg berpatutan. [gbp12 se kepala]. Kanak2 bawah umur 5 thn percuma..makanlah nak makan apapun. Jika datang hari biasa Isnin-Khamis harga buffet cuma gbp 6.99 je. Ada diskaun 10 % untuk student.

Waktu operasi al-Basha [jika ada sapa2 yg suka makan makanan lebanese]:

Monday - Sunday 11.30 am - 1.30 am

Buffet ada setiap hari tau..so kalau gi hari biasa pun ada.

Monday - Thursday 12.00 pm - 5.00 pm {gbp 6.99}
Friday - Sunday 12.00 pm - 10.00 pm {gbp 12}

Jom tengok gambar pula..


Kat foyer restoren..menarik dihiasi dengan deco ala-ala padang pasir..


Ruang dalam restoren, masa kami datang ni ada 2 meja je yg ada orang..so, dapat makan dengan selesa dan aman tanpa sebaarang gangguan..hanya kami yg buat kacau..bising..hehe.

Starter, lentil soup.


Nasi yang saya & hubby makan hari tu.

Kopi saya. Masa ni saya masih batuk2..jadi kena lupakan jus..diorang semua minum jus buah.

Mixed grill.

Anak2 makan ayam..samosa..falafel..Ameen suka sgt makan falafel..pelik2.
Iffah makan ayam dan nasi. Izzah pun makan nasi..

Tengah2 sedap makan nasi tiba2 pelayan dia datang jenguk2 ke meja kami, suspend juga saya. Pastu dia datang semula dengan sedulang roti naan 3 keping. Wow! Dah la perut makin terisi ngan nasi..macam takde ruang dah nak masukkan roti ni. Roti ni sedap dimakan masa panas2 dah sejuk karang keras jadinya. Tapi, takleh tapaw sebab makan buffet..ehehe..

Roti naan tadi kena cicah dengan benda ni..

Hummus, boleh cicah roti ngan hummus ni.

Gayanya macam rice pudding tapi bukan..taktahu pula apa nama pencuci mulut ni tapi saya suka sangat makan ni..sedap!

Buah2an..koktel je ni.

Lain kali nak pergi lagi...tapi harus diingat, jika nak makan buffet dengan murah sikit datanglah pada hari biasa, bukan hari minggu, sbb hari minggu harga buffetnya sekali ganda berbanding hari biasa.

Bertih vs Tumbuh Gigi


Iffah dikhuatiri kena chickenpox. Ada beberapa biji bintil2 merah yg berisi cecair dan ada jugaa yang dah takde air. Tapi, saya memang cam bintil 'bertih' ni. Cuma sekarang ni baru ada di kawasan dahi, dada dan abdomen. Tempat lain masih belum ada. Cadangnya nak gi jumpa GP esok, ntah ada ntah tidak GP ni, maklumlah dah dekat nak raya Natal ni kan. Telefon dulu pagi2 esok.

Izzah pun panas2 je badannya. Saya rasa mungkin sebab jalan2 2, 3 hari lepas kot..luar rumah terlampau sejuk, dalam rumah pula dipanaskan oleh heater..[panas yang tak menyihatkan]. Pertembungan suhu berbeza ni buatkan Izzah demam2 sikit tapi waktu malam je..siang tadi nampak ok je. Mungkin juga sebab nak keluar gigi..dah nampak timbul2 putih2 kat bahagian gusi atasnya tu. Kesian..

Saya harap demam dan sakit diorang ni tak melaratla..dah bagi ubat ni. Shafakumallah!!

Tuesday, 22 December 2009

2 Tahun Berlalu

Alhamdulillah, diam tak diam dah 2 tahun kami menghuni bumi England. Sebenarnya tarikh keramat tu jatuh pada 17 hb Disember lalu..terlupa pula saya nak letak entry ini pada hari tersebut. Sekejapnyaaa...dah berapa chapter lah agaknya suami saya dah buat ye..saya harap semuanya ok dan lancar saja. Esok temujanji dengan mr supervisor. Masih dalam bilik study nya untuk touch up preparation esok hari. Wish him luck.

Kami baru balik dari Glasgow malam tadi. Fuh! Boleh tahan juga perjalanannya..hampir 3 jam jugalah. Dahla terpaksa mengharungi snow storm dan heavy snow falls di pertengahan jalan, tak silap saya di Carlisle. Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku. Kisah selanjutnya saya akan bagitahu kemudian..masih kepenatan.

Thursday, 17 December 2009

Happy 14-month-old Izzah!


Hari ni genap umur Izzah 14 bulan. Dia dah boleh jalan dah sikit2, dan dah makin berani untuk cuba berjalan semula selepas terduduk beberapa kali. Mulutnya bising..pasti ada saja yang diomelkan..hinggakan menangis pun dia membebel2. Banyak juga vocab yg dia tahu seperti..nak [nak]..nanak [taknak]..hot [panas]..ko [sejuk]..no [jgn]..tatak [kakak]..ayah [plg tepat sebutan]..aba [ibu..huhuu sedih2]..tadaa [teddy]..babam [sleep]..dazaa [upsy daisy..watak yg plg disukai dlm slot 'in the night garden']..pastu apa lagi ye..saya pun dah lupaa..xpe nnti saya update. Apapun saya bersyukur kpd Ilahi krn amanah dan anugerah ini yg tak terbanding nilainya..

Wednesday, 16 December 2009

Munch..Munch..Munch



Aksi Izzah semasa makan malam. Sekarang Izzah dah pandai tak nak disuap lagi, nak makan sendiri pula. Bila dapat mangkuk dan sudunya terus diam. Jika tidak asyik nak panjat je high chair dia tu. Pastu buat bising. Tapi, siaplaa...habis rumah sepah2 dengan makanan sana sini bawah kerusinya. Lepas sesi santap2 kena pastikan 'clear' semuanya sisa2 makanan yang tumpah tu, jika tidak dia akan buat operasi 'kutip semula'..haha.

Sunday, 13 December 2009

Angel of the North

Angel of the North, Gateshead.
{foto ehsan Wikipedia}

Semalam kami keluar bersiar2 ke Newcastle..walaupun dalam keadaan cuaca yang berkabus.
Bukan nak pergi shopping barang2 dapur, cuma ingin melepaskan gian sebab minggu lepas tak keluar ke mana-mana. Ini adalah tempat terakhir yang kami kunjungi hari itu, dalam perjalanan pulang ke Durham. Dah lama saya request ayah nak datang ke tempat ni memandangkan kami tinggal di area northeast yg cuma ambil masa beberapa minit saja untuk sampai ke situ. Sebelum ni cuma lihat dr jauh saja.

So, inilah dia "Angel of the North" yg menjadi landmark kpd north east of England.
Jika anda melintasi sculpture ini, maka anda sedang berada di kawasan north east of England.

Sejarah pembinaannya secara terperinci bolehlah lihat di sini. Secara umumnya, ia mula dibina pada tahun 1997 [Julai] dan siap tahun 1998 [Februari]. Tapi sejak 1994 lagi kerja2 merangka angel ni bermula. Dibuat bentuk yg konon2nya menyerupai 'angel' kerana menurut tukang buatnye [sculptor] encik Antony Gormley, takde sesiapa pun yg pernah melihat 'angel', so mereka pun imagine la bentuk camni. Hoh, senang betul mereka ni ye..asal tal pernah nampak je, boleh imagine.

Inilah hasil imaginasi mr. sculptor tadi..berbentuk badan manusia tapi bersayap. Badan tu saja seberat 100 tan. Sayap tu pula 50 tan setiap belah. Oleh kerana arca ni akan tersergam di atas bukit..maka ia pastinya terdedah kpd angin kuat..jadi, asas binaannya saja dibuat drpd konkrit seberat 600 tan metrik dan dipasak dgn batu2 di bahagian bawah tanah sejauh 20 meter.




Ia setinggi 20 meter..sayapnya pula selebar 54 meter. Hmm..20 meter atas tanah, 20 meter bawah tanah. Sebesar jumbo jet! Sebesar2 'angel' kalian...besar & hebat lagi 'angel' Allah..Subhanallah....



Oleh kerana cuaca berkabus walaupun masa tu dah lewat petang..gambar yg kami captured nampak tak begitu jelas disebabkan titis2an air yg mula menyeliputi area situ. Bila fog dah makin menebal, kami terpaksa mengundur diri..sementelah Ameen tiba2 moody & menangis claimed dia takut lihat 'angel' tu sbb terlalu besar..saya rasa dia pernah termimpi buruk ttg arca ni kot psl dia kata "angel tu naughty, nak pijak school Ameen". Haha..nak bergambar pun dia taknak..apatah lagi nak pergi dekat2..

Info board yg ada di situ..mempamerkan beberapa gambar dan ilusi lakaran arca ni buat pertama kali sebelum di pasak di Gateshead. Foto di atas ni semasa diorg nak pindahkan arca dr Hartlepool ke Gateshead.

Mungkin nak kena tunggu spring season baru boleh datang semula untuk good shots.

Saturday, 12 December 2009

: : Banana Yogurt Muffin : :


1st time cuba resipi yg sy perolehi dr allrecipes. Disebabkan stok pisang masih ada time tu, maka tangan ligatla dok cari resipi mana yg tak guna telur banyak, tapi guna pisang banyak..last2 saya jumpa resipi muffin ni. Rasanya sangat sedap.

Bahan2:

1 3/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1 st baking powder
1 st baking soda
1/2 st garam
1 biji telur
1/2 cwn minyak sayur
1/2 cwn plain yogurt
1 st esen vanila
1 cwn pisang lenyek
3/4 cwn chocolate chips [optional]

Cara2:

1. Campurkan tepung gandum + gula + baking powder + baking soda + garam.

2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur + minyak + yogurt + esen vanila. Kacau guna hand whisk..pastu masukkan dalam adunan kering tadi. Kacau.

3. Masukkan pisang lenyek + chocolate chips. Kacau secara kaup balik pakai senduk kayu.

4. Masukkan adunan ke dalam muffin cups 2/3 penuh.

5. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Monday, 7 December 2009

Adha Gathering 2009

Entry ini cerita lapuk dah ni. Dah berapa hari berlalu, pun sy masih nak selitkan juga dalam blog. Sebenarnya saya dah upload photos..cuma simpan dalam draft dulu pasal masa tu xde mood nak update. Keluarga di kampung tu pun nak tahu juga tentang kehidupan kami anak beranak di sini. Jadi, saya publish jugala kisah lama ini..

Sehari selepas Eiduladha i.e. Sabtu, satu perhimpunan diadakan untuk menyambut EidulAdha sesama komuniti Islam-Asia [sbb Brunei adaa, Singapore adaa..]. Majlis kali ini berbeza lokasinya dengan yg terdahulu. Hari tu kami semua berkumpul di Fisher Place, Cafe di Ustinov College. Majlis hari raya ini juga merangkap majlis aqiqah anak kepada mantan penghulu Durham_my yg merupakan penaja hidangan utama kami hari itu. Tak lupa juga majlis perpisahan kepada otai Durham, abg Zulkifly Yusof & kak Wan Kamariah Baba yg akan berhijrah ke Sheffield.

Majlis diadakan pada waktu petang..lebih kurang jam 2:30 - 3:00 ptg rakan2 Malaysia mula memenuhi cafe dengan juadah masing2. Majlis dimulai dengan bertakbir ramai2..pastu terus menjamuu selera. Kami juga bersolat jama'ah di situ memandangkan maghrib dah masuk awal..seawal 3:45 ptg. Selepas itu, berlangsung pula acara permainan untuk kanak2 pelbagai peringkat umur..kutip sweets..mewarna..'word search'..teka silangkata..dan kuiz. Majlis juga diselangi dengan persembahan kanak2 drpd Sekolah Melayu Bowburn. Seminggu diorang ni berehat dr sekolah untuk sesi latihan persembahan ni.

Hmm..kita tengok gambarlah pula. Saya akan cerita berdasarkan gambar..sebab cerita dah lama kan. Kui3..

Kaum lelaki sedang mengalunkan takbir raya beramai2 memuji Ilahi.

Daging korban untuk aqiqah yg diagih2kan kepada mereka yg sukarela nak masak untuk majlis hari tu. Part saya, saya masak Kerutuk Kambing je. 2 jam jugalah masak nak kasi lembut daging tu. Alhamdulillah, habis licin..nampaknya kali ini makanan habis kesemuanya. Syukur, berkat majlis aqiqah.

Saya bawa ini sahaja sebagai desert..tiramisu kiwi..

Ameen & Syahmi sebelum perform..

Iffah & Aishah sebelum buat persembahan..

Ameen tgh buat persembahan dari kelas D Sekolah Melayu Bowburn..mula2 tu, semua tergamam..haha mungkin sbb 1st time berdiri dpn crowd yg terdiri drpd ibubapa masing2 kot..pastu pulak dgn microphone lg..dan semua mata memandang..semua macam tak ingat lirik je. Lepas tu baru ok..dan bersemangat..berapa kali diorang ni kena repeat lagu tu sbb ada banyak request minta nyanyikan berkali2..kesiaaan..semua terhibur dgn persembahan anak2 kecil ini.

Kelihatan Iffah sedang menyanyi lagu, walaupun baru saja jalani beberapa sesi latihan, namun semua dapat nyanyi dgn baik.

Cikgu Azizah tekun membahagi2kan gula2 kepada kanak2 SMB yg buat persembahan. Dah janji nak bagi sweets kalu nyanyi banyak kali, so kenalah tepati..suka kemain lagi diorang ni.

Izzah yg 'cool' je sepanjang program berlangsung..banyak dia makan nasi carrot tu. Dia memang peminat carrot pun..biasa bagi dia carrot yg dah lembut..supaya senang dia makan. Paling lucu ialah getah rambut Izzah tu..punyalah besar kan tapi rambutnya secoet je.

Izzah tengah pegang lolly pop yg Ameen kutip dalam game 'pungut gula-gula'. Dlm game tu Ameen hanya ambil gula2 kegemarannya je walaupun dah bagitahu boleh ambil banyak2, macam2 jenis. Sebenarnya dia dah xde mood sbb masa turn group 2-3 thn main games, sy tak benarkan dia masuk..iyelah, nama pun utk 2-3 thn kan..tapi bila dah ramai2, semua rules yg dibuat tak dipatuhi. Sudahnya, macam2 peringkat usia masuk dlm games tu..unregistered. Hmm..walaupun hanya games suka2 namun kita kena train anak2 kecil ikut rules..disiplin..patuh arahan. Tapi, yg terjadi sebaliknya...hmmm..nasiblah labu.

Very Important Persons in my life..



Bergambar bersama kak WKB sehari sebelum beliau berangkat ke Sheffield.

Tak semua ada dalam foto ni sebab tak plan pun nak bergambar beramai2 kan. Di sebelah sy berbaju kurung jingga tu ialah Mak Tok, mak kepada ustz Maszlee yg skrg ni dah pun berada di tanahair [the day after this gathering, she departed back hometown..]. Sy tak sempat jumpa Mak Tok untuk 'bye bye' sebelum beliau berangkat ke airport sbb tgh masak2 di rumah untuk gotong-royong angkat barang rumah kak WKB.

Hmm..majlis berakhir dengan gotong-royong juga..kemas2 cafe tu, ambil barang2 masing2 dan bersihkan apa2 yg patut sebelum semua bersurai. Sblm balik kami dapat daging korban masing2 sebungkus..alhamdulillah..mudah2an tahun hadapan dapat peluang untuk berkumpul sebegini lagi..