Tuesday, 10 March 2009

Fever

Kasihan Iffah, pada mulanya macam gaya2 selesema. Pastu, tgk2 semalam badan dia panas pulak. Hoh, kena demam panas pulak anak saya ni. Semalam dia dah tak pegi sekolah. Tapi, terpaksa juga saya bawak dia keluar rumah pasal nak hantar Ameen sekolah.

Hari ni, Iffah beriya2 sgt nak ke sekolah. Saya dah bgtau dia, Iffah demam & tak larat nak gi sklh. Bila dgr je jwpn saya tu terus dia menangis. Hallamak..nangis nak gi sekolah la pulak, hari tu nangis nak blk rumah. Oleh kerana dia insists sgt..maka saya pun hantarlah dia ke sekolah tu.

Berat juga hati nak tinggalkan dia kat sana sbb nampak sgt mukanya tak ceria & tak larat. Sebelum 2:45 pm lagi saya dah terpacak kat depan pintu nursery. Mrs. Raine dgn senyum kambingnya memberitahu saya, Iffah demam kuat, badan panas..dan beliau ada buat panggilan ke rumah saya, namun tiada jawapan..hmm..masa tu saya kat atas, memang saya dengar bunyi telefon dan berkejar nak angkat..tapi, tak sempat.

Rupa2nya 10 minit selepas saya beredar, Iffah nangis..mungkin dia rasa badan dia tak ok kot. Disebabkan tak dpt menghubungi saya, maka cikgunya suruh Iffah berehat & tidur. Masa saya sampai tu Iffah masih tidur. Bila dipegang, terus dia bangun & tersenyum. Terkejut Mrs. Raine bila Iffah babai sambil senyum kat dia walaupun masa tu bibir Iffah merah mcm pakai lipstick. Telinga pun dah merah..badannya Tuhan saja yg tahu, panas betul. Sementelah dlm nursery tu panas.

Kesian pula saya lihat Iffah..seingat saya dia belum jamah nasi @ roti dari pagi. Hanya makan cornflakes dgn susu masa sarapan dgn Ameen. Hmm..bila anak sakit, barulah offer dia makan macam2 ye. Coklat laa..aiskrim la..kalo time segar bugar tu, bila diorang minta nak itu, nak ini..mesti bo layan jer. [teringat masa diri sendiri sakit dulu..abah & ma pun macam tu..mentang2lah saya ni pahit mulut nak makan, macam2lah di offer..heheh].

Malam ni Iffah demam lagi. Dah taknak makan pape. Epal & air masak saja yg ditelannya. Kat tepi tidurnya pun terletak sebotol air masak sbb dia akan minum bila dia terjaga. Nenek mesti arif sgt dgn Iffah yg suka minum air masak sejak baby lagi.

Doakan Iffah segera sembuh dr demamnya. Saya rasa dia demam sebab rinduukan ayah sama sbb mlm tadi dia mengingau panggil ayah. Petang tadi pun nangis nak ayah. Masa ayah call tadi pun dia taknak cakap, lalu merajuk & menangis.

[sekarang ni dia dah lenaa, cuma kdg2 tu terjaga, terkejut dan nak minum air..sian anak ibuu. Ibu doakan Iffah cepat baik..dan happy macam selalu. Baru je makan banyak..dah demam pula.]

Monday, 9 March 2009

Mawlidurrasul SAW

Hari ini Isnin, 12 Rabiul Awwal adalah hari yg paling bersejarah dlm lipatan sejarah Islam, menyaksikan kelahiran kekasih Allah SWT, Muhammad bin Abdullah. Sesungguhnya ujian & dugaan buat baginda semasa menyampaikan wahyu teramatlah hebat..walhal baginda adalah org yg paling mulia. Bandingkanlah dengan kita ini..yg baru saja diuji dengan ujian yg tak seberapa, sudah merintih2.

Semoga dengan mengingati Mawlidurrasul dapat menginsafi diri kita & mendekatkan hati kita kepada yang Maha Kuasa..ALLAH Rabbul Jalil.

Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad
wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

Sunday, 8 March 2009

3 Days More

Tinggal 3 hari lagi sebelum kepulangan ayah. Hmm.. tak sabar rasanya nak lihat wajah ayah setelah sebulan meninggalkan kami. Bercahaya2 muka Ameen & Iffah bila diberitahu ayah nak balik Khamis ni. Ameen pun dah start bilang hari. Nampaknya saya dah tersilap bagi maklumat kpd Tok Ngulu dan beberapa org kawan saya di sini..saya kata abang sampai Jumaat. BUKAN..setelah di'confirm'kan dgn abg, maka harinya bkn Jumaat tapi, KHAMIS. Maaf, ye.

Miserable Day


Pyzam Glitter Text Maker



We are not so well, as our;

throats hurt,
noses red and snuffle.

We got a cold as the weather changes.
I reckon it's really the beginning season of Spring.


Friday, 6 March 2009

SPM Result


Khamis minggu depan ni, result SPM 2008 akan diumumkan. Hmm..seram sejuk dibuatnya kan. Macamanalah anak2 didik sy di SMAPL tu? Terutamanya pljr2 Ibn Haitham..sy sentiasa doakan kejayaan mereka semua. Alangkah seronoknya jika sy dapat bersama2 mereka menyaksikan detik2 bermakna itu.

Semoga kejayaan cemerlang mengiringi mereka semua.

: : Pulut Kuning vs Kerutuk Daging : :

Hari tu sy masak pulut kuning, nak habiskan stok pulut yg dah lama dlm simpanan. Tak silap sy pertengahan tahun lepas, tp takpe, masih dlm keadaan elok lg. Sy masak pakai rice cooker je. Senang. Sbb sy takde periuk steamer yg besar. Yg ada hanyalah steamer kat rice cooker jek. Kecik bebenor.

Kalo nak masak pulut dlm rice cooker ni lg senang.

PULUT KUNING

2 cwn beras pulut
1 cwn santan pekat
1 cwn air panas
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 / 2 helai daun pandan

- Sesudah dibersihkan beras pulut ni, maka masukkanlah bahan2 di atas.


- Masakla mcm kita masak nasi..tekan je button "cook". Hasilnya amat memuaskan. Mungkin dah ramai yg tahu cara ni. Cuma sy yg baru jumpe..hahahaa..jgn marah.

KERUTUK DAGING

Daging lembu [yg besar & dikelar2 supaya rempah2 dpt menyerap masuk]
kulit kayu manis [sebatang je kot..nnti xsedap kalo ltk byk]
bunga lawang
biji pelaga
bunga cengkih
halia [mayang]
bawang merah / besar [tumbuk]
rempah kerutuk [Kelantan mali..]
santan pekat
kerisik

- Tumis bhn2 tumis. Masukkn bwg. Dah garing tu, masukkn rempah yg dicampur sedikit air utk jd kan pes [alaa..dh ramai yg tahuu].

- Dah naik minyak br masukkan daging. Kaco2. Masuk sedikit air utk empukkan daging.

- Bila daging dah semakin empuk [test tgk], baru masukkn santan pekat. Ini bukan masak kari daging tau. Psl tu dia pakai santan yg very the pekat. Kemudian, masukkn kerisik. Perasakanlah dgn garam & gula [sy letak gula manisan - import dr kelate], baru sedap. Kaco lg smpai pekat kuahnya..tp, terpulanglah, kalo sapa2 xnak pekat2, boley letak air byk sket masa awal2 td tu..Siaap!!

Daging masak camni biasanya antara hidangan utama lauk kenduri kawin di negeri Cik CT Wan Kembang. Dia mmg pekatla rupanya..sesapa yg prnh mkn lauk ni kat kenduri kawin tu, mesti tahuu cmne rasanyaaa..ala2 rendang juga ni. Maaf, sy xdpt nak berikan sukatan yg tepat sbb sy masak main campak jer sukati..wokeh, selamat mencuba!

d
Hmm..Ameen & Iffah sgt2la suka makan pulut kuning ni sambil cicah dengan kuah kari. Kerutuk ni pun dia suka sgt.

Thursday, 5 March 2009

: : Oil Chocolate Cake : :

Hari tu sy cuba buat kek coklat lagi tapi, versi berbeza iaitu menggunakan minyak masak atau minyak sayuran. Sebenarnya resipi ni sy perolehi drpd kawan sy Mrs Nicky. Thanx to her 4 this lovely recipe. Actually I didn't satisfy with its texture..it was completely different from Mrs. Nicky's. I love her cake's texture. I had better try it next time.

So, inilah resipinya, Kak Midah minta td..he3, nak buat ke..

Bahan2:
2 cwn tepung gandum serbaguna
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

- semua bahan tadi diayak -

1 cwn minyak sayuran
1 cwn susu segar
1 cwn air
2 biji telur
3 sudu besar susu pekat [sy xletak sbb xde]
2 cwn gula
sedikit nescafe [jika suka]
secubit garam

Cara2:

- Campurkan semua bahan2 td..kacau je pakai senduk atau whisk. Tak perlu guna hand mixer. Sgt praktikal kpd mereka yg xde hand mixer @ kitchen aid di rumah, atau bg mrk yg menghadapi masalah hand mixer 'mogok'.

- Pastu, mcm biasa2 buat kek la, taruk dlm loyang yg digris. Bakar suhu 150 C selama 1 jam 15 minit. Lama tuu..okeh..

- Utk topping tu, sukatilah nak buat. Sy xde cooking choc. dlm stok, jd sy guna bancuhan;

MILO + butter + susu segar + nescafe + gula
[mocha topping]

pastu, sy sprinkle dgn sugar strands & choco chips. Daah.


Tuesday, 3 March 2009

Iffah vs Baby Dolls

Semalam, waktu saya menghantar Iffah ke nursery, saya lihat ada 3 ekor baby dolls tengah terbaring atas meja. Hmm..nampaknya minggu ni tema role-playing budak2 tu adalah mengasuh bayi. Hahah..nampaknya terkecualilah anak saya kat dlm role-playing tuh. Kenapa pula?

Sebabnya, Iffah takuut sgt dgn baby doll. Sebelum ni ok saja, tapi sejak dia dapat baby doll yg bila baring tutup mata, bila bangun bukak mata tu, terus dia menjerit & menangis ketakutan..menggigil2. Huh, saya ingatkan dia sukaa, rupenye takut banget.

Jadik, selepas bersalam & big hug n kisses dgn Iffah, saya pun mendekati Mrs. Raine, saja bgtau dia yg Iffah ni takut dgn baby dolls..manalah tahu, dibuatnya melalak kat nursery tu karang..tak ke susah hati saya nih. Besar bijik mata Mrs. Raine [nursery nurse] bila dgr saya bgtau ttg itu, iyelah, katanya kebanyakan budak2 suka dollies. Yess! Except my daughter!! Beliau mengangguk sambil mengangkat keningnya kpd saya..pd hemat saya, ini mesti Mrs. Raine nak buat sesuatu..mungkin pakai kaedah flooding ..isk betul ke, saya pun dah lupa2 plk ilmu Psychology nih..maknanya, kalo kita takut atau fobia dgn sesuatu, utk atasinya, kita kena berdepan dgn ketakutan tu.

Hari ni, waktu saya nak jemput dia pulang, Mrs. Bell [nursery teacher] awal2 lg tersenyum melihat sy seraya berkata " I have a surprise 4 yer ". Huh, nak cakap benarlah ni, sy jarang sekali lihat Mrs. Bell mengukir senyuman tau..dia ni serius orgnya. Jarang tersenyum. Kdg tu terlintas yg dia ni tak friendly. Tp, bila difikirkn bagus juga penampilan dirinya begitu, sekurang2nya budak2 di nursery tu takdela nakal2 sgt. Hmm..we can't simply judge a book by its cover. Her smile is so priceless..somebody should have seen the look on her face when she told me that my lil' doter was no more afraid of baby dolls. Apa lagi..terkezutla sayaa..biar betul!

Kali ni dia srh sy masuk & lihat sendiri. Ahaaa..she quickly settled down in her new experience. Alhamdulillah. Iffah siap bg doll tu minum susu lg..sambil tersengih2 bgtau sy..ibu, look! Baby drinks milk ibuu..ooouuw..speaking anakku ini. Mrs. Raine dgn konfidennya bgtau sy sekali lg..we never fail so far..kali pertama sy dgr phrase ni semasa Iffah nangis2 kat nursery nak ibu awal2 dulu. Mrs. Raine srh sy snap foto Iffah, tp ntah cmne..kaget agaknye..foto yg di snap tu x menjadik. Aduss! Tak dptla sy nk wat bukti dlm entry kali ni. Esok sy try minta izin amik foto dia pakai real camera lak.

Izzah n Pilchard

Izzah dah pandai main2 dengan soft toys. Pilchard kecik tu memang dia punya pun cuma kadang tu abang dia yg selalu dok ligan, buat lawan2 dgn spiderman dia. Saya rasa, kucing biru tu patut dah kena basuh tau..sebab takut kotor bila Izzah pegang2, maklumlah si Izzah ni suka sangat wat masuk dalam mulutnya. Ekor, telinga, kaki, hidung Pilchard tu semua Izzah dah rasa..har3.

Wif kakak Iffah yg comot sokmo terutama selepas makan. Haa..lihatlah mulutnya tu, ada kesan coklat, tapi maintain jer senyum. Kakak pun dpt kucing biru jgk tp yg BESAR sket. Dua ekor tu harganya 1 pound.

Si kecil ni tgh kurang sihat sekarang ni. Tapi, kuat semangatnya. Setiap hari, 3 kali saya akan keluar rumah bersamanya, dan walaupun dia tak 100 % sihat, namun dia baiiik je, diam je bila dibawa dlm baby sling tu. Kadang tu mulut dia berbunyi2..aaahh..ooohh..pastu, diam..tertidur..itulah kerja dia setiap 3 kali sehari.

Tengok tu..muncung mulutnya dah. Agak2 Izzah nak buat apa tuu..

Ooo..oooh..dah nak masuk dah telinga kucing tu.


Hmm..dah selamat telinga Pilchard masuk dalam mulut Izzah. Sifat semulajadi manusia semasa kecilnya, memasukkan sesuatu ke dalam mulut for pleasure.

Doakan semoga Izzah lekas sembuh dari batuknya..kasihan ibu lihat Izzah terbatuk2 malam2.

SHAFAKILLAH YA IBNATI

Al-Yawma

Pagi tadi saya sungguh panik. Izzah tiba2 menangis melaung2 tanpa henti selama hampir 20 minit. Saya kurang pasti apa punca yg menyebabkan dia menangis sekuat itu. Rasanya kalau jiran sebelah dengar, pasti terjaga dari lena. Macam2 jugalah yg saya buat utk redakan tangisannya tu. Macam2 selawat & zikir saya baca untuk tenangkannya, namun semuanya tak berhasil.

Last2, Izzah dah penat, lalu tertidur dlm pangkuan saya. Hmm..naluri saya kuat mengatakan bahawa Izzah ni nangis sbb tersedak masa minum susu..sebab dia kurang sihat sekarang ni, batuk2 terutamanya di sebelah malam. Batuk berkahak pula tu..hidung pun berhingus je. Tambahan pula cuaca sejuk dan berangin sejak dua menjak ni. Esok pun dikatakan snow akan menjengah semula. Malam ni pun dah datang cuma bersama hujan..jadi, snow nya tak lekatlaa. Pheewww..sejuukk. Bertambah2la batuk si kecil saya tuu..siaan sgt kat dia.

Pagi2 morning tadi jugak [kira2 dlm pkl 4:30 am], sewaktu saya nak ke tandas, tetiba je lampu ruang atas berdekatan tangga tu tak mau nyala..agaknya terbakar light bulb tak. Saya dah bgtau hubby masa skype tadi. Aduhai..manalah saya sampai nak tukar bende alah tu. Lagi 1, saya ni bukannya reti nak pasang2 tukar light bulb. last2, hubby srh tunggu kepulangannya nanti..hahah..maknanya sepanjang sploh hari nih, bergelapla kami kat area tangga & ruang atas tuh. Hoh..tetiba saya jadi takut nak ke tandas malam2..