Tuesday 8 February 2011

Masuk Wad Lagi

Pagi ni saya mendapat pesanan ringkas daripada adik lelaki sy memaklumkan bahawa abah masuk wad di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Setelah siap uruskan anak2 bersarapan, sy terus menelefon ke sana. Rupanya dah 3 hari abah terlantar, sejak hari Ahad lagi. Padahal sy baru je menelefon kampung pada Jumaat & Sabtu tu.

Kasihan abah, kata doktor, hati abah disyaki dijangkiti kuman. Ma pun bagitau, badan dan mata abah berwarna kekuningan sedikit masa mula2 masuk wad tu. Hari ni, abah dah mula makan ubat yg diperkenalkan selepas scan dibuat. Harapan semua, keadaan abah beransur pulih. Kami kat sini juga tak lupa untuk mendoakan kesihatan atuk/abah.


3 comments:

Zaitun said...

Semoga abah hnyhar cepat sembuh dan pulang kerumah bersama keluarga.

Anonymous said...

hope he will getting better nd better..

hnyhar said...

kak zai,
terima kasih atas doa kak zai..

mummy nenny,
thanx for ur supplication..