Thursday, 17 February 2011

Lawatan Kesihatan

Selasa minggu lepas [8 feb], kami ada temujanji dengan Health Visitor [HV] untuk Izzah. Kami hanya berbincang mengenai perkembangan fizikal, emosi dan bahasa Izzah. Malangnya, Izzah langsung tidak bercakap, bukan itu saja senyum pun tidak. Masam je memanjang. Macamana ibu dan ayah nak buktikan kepada HV, Izzah dah banyak boleh cakap..hmm..


Hari tu, Izzah dapat satu beg berisi beberapa buah buku dan sekotak crayon daripada Bookstart. Bagus diorang ni..mereka sangat menggalakkan perkembangan pendidikan bermula seawal 1 tahun. Dulu masa Izzah berumur setahun pun dapat 1 set buku juga.

Kali ni dapat buku dan flash cards berasaskan nombor. Dulu, dapat buku tentang opposite meaning.

Set crayon Crayola. Suka betul Izzah bila dapat colouring set sendiri. Tapi, Izzah belum pandai mewarna betul2 lagi.

Suka betul Izzah dapat hadiah beg tu. Kemana saja dia pergi, pasti tak lupa untuk kelek beg hijaunya..

8 comments:

Hamizah said...

bestnya diorg mmg pandai entertain bdk2..

Lady Lavender said...

izzah the super comeii...dah besar insyaallah rajin ni :-)

hnyhar said...

hamizah,
aah..diorg kat sini sgt diplomasi dgn kanak2..sy pun kagum dgn mereka & sistem pendidikan mereka..

lady lavender,
tenkiu aunty..insyaAllah mudah2an begitulah..apa lagi harapan ibubapa pd anaknya selain menjadi insan berilmu berguna kpd agama, bangsa dan negara...

afiquehidayat said...

wah,menarek cara mereka menguruskan pendidikan.

agar mentaliti kelas pertama dpt dilahirkan agak nya.

truskan berkongsi ustazah

dpt sedikit sbyk tahu bagaimana different approach yg negara barat ambil dlm pendidikan kanak2

hnyhar said...

afiq,
kat sini mmg semua dapat pendidikan percuma utk kanak2 berusia seawal 3 thn hggalah masuk U. xde sesen yuran pun dikenakan. dah masuk U baru kena byr. kami yg golongan foreigner ni pun dpt free education juga. pastu, takde exam melainkan level2 tertentu. exam akhir tahun pun xde..cikgu yg buat evaluation sepanjang thn dan akan dimaklumkan prestasi anak2 melalui Parents Evening dan end year evaluation report.

diorg sgt baik & tolak ansur dgn kanak2..sy pun kagum dgn attitude cikgu2 mereka yg sgt efficient & committed.

fa10 said...

sayo suko set colour n crayon crayola ni... terang warna dio, x payoh nok tenyeh kuat2

ishamizu said...

hihi comelnya Izzah! Iris pun dgn org tk knl ssh jgk nk bckp..tp kt umah ni pot pet2 jg! :D

Nway, bestnya dpt hadiah dpd HV tu! ;)

hnyhar said...

fa10,
aah kan..sy pun suko pensil warna crayola tu..terang kaler dio..

izu,
izzah mmg reserved je bila ada strangers [bagi dia..]. xsedar dia mmg byk cakap...mcm2 dah dia boleh cakap..