Malam tadi sy berchatting dengan sedara yg bekerja di MSD Alexandria, Egypt. Beliau sedang kalut dan tak tidur malam kerana menyediakan senarai untuk penghantaran pulang pelajar2 Malaysia di sana. Menurut beliau lagi, keadaan kini makin bertambah buruk dan belum nampak ura2 untuk pulih, paling merisaukan adalah hari esok, Jumaat, yg mana dikhuatiri akan berlaku pertumpahan darah lagi.
Internet dan talian komunikasi baru saja diaktifkan beberapa hari lepas berikutan kejadian huru hara di sana. Pada hari pertama lagi talian komunikasi mereka 'diputuskan'. Anak2 Malaysia yg menuntut di sana kini ditempatkan di satu tempat untuk memudahkan kerja pemantauan keselamatan dan bantuan makanan.
Di Alexandria, keadaannya tidaklah seteruk di Cairo, malah kata beliau lagi, pelajar2 Malaysia semuanya selamat belaka dan ada yg dah pun kembali ke pangkuan keluarga dgn biayaan tiket sendiri. Jika keluarga datangnya dr golongan berada, senang dan cepatlah si anak itu kembali. Bagaimana pula dengan mereka yg datang dr latarbelakang yg sebaliknya, mana nak cekau duit untuk harga tiket itu.
Kita hanya mampu mendoakan yg terbaik untuk rakyat Malaysia di sana. Moga akan tiba hikmah dan pertolongan Allah yg kita harap2kan. Lagi satu, moga tiada campur tangan dr US, kelak nasib Egypt tak ubah seperti nasib mereka di Iraq.
** Ada ramai pelajar saya sedang melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan di Alexandria & Cairo sendiri. Sy mendoakan semoga mereka dibawa pulang dengan segera demi keselamatan mereka dan kebahagiaan ibubapa mereka juga. Bersabarlah dengan ujian yg dihadapi, sesungguhnya anda adalah di kalangan yg bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri kejadian bersejarah ini. Semoga apa yg berlaku dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah SWT.
6 comments:
sedih tengok keadaan kat sana. Hanya mampu berdoa utk mereka. saya tengok BBC news.
lady lavender,
tu laaa...sy rasa makin hari makin banyak bala yg Allah nak turunkan kpd manusia atas mukabumi ni..
Kak Zai tengok kat tv pun menakutkan,semoga semuanya selamat.
kak zai,
hmm...mcm2 yg berlaku skrg ni k.zai..tp alhamdulillah pljr kita xde yg kena rogol..itu berita palsu. pegawai MSD di sana dah sahkan..hrp2 cptla proses bawa blk mrk ni..
Salam ,
akak ada kawan di cairo, dah lebih sepuluh tahun dok sana. My brother friend actually. Banyak kisah kisah actually lebih di tokok tambah. keadaan lebih terkawal daripada yg di perhebohkan. status dia tadi di fb, semua kedai market dibuka seperti biasa sekarang. Actually tudent medic yg agak terasa, sebab sifat perjuangan mereka agak lemah berbanding student agamma. Juga pelajar malaysia memang di manja sejak kecil. Kita memang akan kalah sebelum berjuang. Atau mati kelaparan bukan mati berperang, dan ini adalah realitynya unfortunately. My brother punya kawan tu tak balik pun, still di cairo utk habiskan tesis master dia.
salam ummi,
sy terkejut bila ada rumours tersebar mengatakan ada pljr malaysia dirogol di sana..sedangkan tiada satu kes pun dilaporkan yg melibatkan msian.
dan bantuan mknn mmg ada, malah mmg btl kata kwn akak tu..seolah2 'buruk khabar dr rupa'..hehee..
Post a Comment