Hari ni ada kenduri kesyukuran di kampung, rumah atuk nenek sempena kedatangan ahli baru dalam keluarga besar kami. Sayang sekali masa saya menelefon tadi, yg lain2nya sedang sibuk melayan tetamu yg datang. Hanya bersembang sebentar dengan atuk je, itupun suara atuk lemah je sbb atuk demam. Dari malam tadi badan atuk xsihat, panas hingga menggigil.
Kasihan atuk, kesihatan atuk sekarang tak berapa stabil ekoran sakit batu karang dalam hempedu tempohari. Kini, batu karang tu dah takde, cuma kesan2nya masih dirasa..badan terasa seram sejuk..sakit perut, malah paling merisaukan kami semua, keadaan jantungnya juga kurang stabil. Kami doakan moga2 atuk cepat2 baik dr sakit2 ni. Sedih bila tengok badan atuk yg makin mengurus. Kata nenek, seluar slack atuk pun dah longgar, walaupun dah kenakan tali pinggang. :(
Macamana tak kurus, selera makan atuk tak menentu, kadang ok..lalu makan..tp ada ketikanya tiba2 jadi tak lalu makan pula. Hari ni sihat tapi esok tiba2 je demam..nenek pun dah tak tahu nak buat apa. Ujian darah dah buat hari tu. Alhamdulillah, keputusannya ok. Atuk tiada masalah hepatitis B dan atuk juga bebas dari tanda2 kanser. Ini kerana atuk selalu mengadu sakit di bahagian perut dan perut tempat sakit tu mengeras je.
Menurut nenek, doktor akan aturkan CT scan pula untuk atuk tapi tarikh temujanjinya belum ditetapkan lagi. Kami harap tiada apa2 yang serius dengan keputusannya nanti. Moga atuk terus sihat....sampai bila2..
2 comments:
Sayu plak izu baca n3 akk ni..trus tingat kt mak dan ayah di kg. T_T
Izu doakan smg ayah kNani cpt sembuh..Amin.
izu,
thanx..bila dah berjauhan ni, mmg selalu teringat kat diorg..tp apakan daya..perjuangan belum selesai..
Post a Comment