Atuk dah 2 hari keluar wad. Alhamdulillah. Tetapi, kesihatan atuk tidak berapa memuaskan lagi. Menurut kata nenek, atuk ada temujanji dengan beberapa orang doktor pakar lagi untuk menentukan rawatan susulan, 23hb ni. Ada kemungkinan atuk akan menjalani pembedahan untuk membuang hempedu kerana doktor mengesyaki jangkitan kuman pada hati atuk berkaitrapat dengan hempedu. Sebelum ni, atuk ada batu karang dalam hempedu, tapi sekarang batu karang tu dah keluar kesemuanya. Entahla, saya pun tak pasti apa sebenarnya yang menyebabkan atuk sentiasa sakit perut.
Hanya doa dan harapan kami sandarkan kepada Allah SWT agar atuk semakin sihat dan berselera makan serta dapat meneruskan kehidupan dengan baik seperti sediakala. Kami tak lama lagi nak pulang ke kampung halaman..cepat sembuh ye atuk!

4 comments:
semoga mereka sentiasa dalam lindungan Allah...
Semoga ayah KNani cpt sembuh. Amin!
moga2 atuk tabah dan cekal menempuh dugaan...
doa utk atuk!
mummy nenny,
amiin..terima kasih atas doa..
izu,
terima kasih atas doa..amiin..
fa10,
terima kasih atas doa...amiiin ya Rabb..
Post a Comment