Wednesday 2 February 2011

Kem Bestari Solat Baytulkifli

Ahad lalu kami buat kem bestari solat untuk Ameen & Iffah sebagai latihan kepada mereka untuk praktis cara berwudhu' dan solat dengan betul. Idea asal datangnya dr ayah. Petang Ahad tu diperuntukkan khas untuk aktiviti ni. Ayah yang handle semua dr awal sampai akhir sbb ibu sibuk di dapur pula time tu. Ibu kononnya tengah masak best2 dinner mlm tu..hihih. Ibu dapat tolong part yg last2 dah..i.e. betulkan kaki Iffah waktu sujud.

Alhamdulillah, kursus amali berjaya utk julung kalinya. Kami rasa perlu ada siri kedua atau mungkin ketiga utk mereka berdua ni kerana mereka masih belum tahu beberapa bacaan tertentu di dalam solat. Surah al-Fatihah dan beberapa surah lazim mereka dapat baca dengan baik tp tahiyyat awal dan akhir, doa iftitah masih belum tahu baca.

Harapan kami moga Ameen dan Iffah tahu semua bacaan dalam solat dan berjaya solat dengan tertib sebelum balik nanti. Kelak bila dah masuk sekolah, mesti ustaz/zah pantau cara mereka solat. Dapat feedback yg positif drpd mereka berdua termasuklah si kecil Izzah yg turut bersolat dengan mainan penuh di tangan. Paling kelakar bila Ameen yg teruja dgn kem solat berkata, "wow..ayah!! i like this game!!" Ada ke game dikatanya kursus solat nih..ish3.


Ameen Iffah sedang amali solat maghrib berjemaah. Iffah tak jumpa cari telekungnya gara2 suka main 'pondok2'nya.

Bukan mudah nak tunjuk cara yg betul kpd mereka..betulkan kepala, lutut kendur pulak..

Bila time sujud, bunyi macam ada benda jatuh 'gedebum' bila masing2 merebahkan lutut dan tangan dgn kuat..huh..puaslah ayahibu betulkan sana sini..alhamdulillah mereka menurut.

Masa sy ambil gmbr ni, tiba2 si Iffah pandang dan senyum..laa..sy kata masa solat xleh pndang sana sini..pandang bawah je..tempat kakak sujud..hohoho..nak tergelak rasanya tapi, kena control, nnti kang mereka ingat itu bahan lawak..nanti jd xserius pula. Tengok Izzah pun join juga.

Selesai berdoa, semua bersalaman dengan ayah dan ibu.


Maka dengan ini berakhirlah kem bestari solat baytulkifli untuk siri 1. Siri 2 akan menyusul kelak. Kami doakan moga2 anak2 kami membesar menjadi anak2 yg soleh/hah dan taat kpd perintah Allah SWT dan ayahibu..amiiiin ya Rabb!

Pastu kami menikmati hidangan lazat istimewa bersempena kursus hari itu..hehehe.

11 comments:

Kalamhati said...

Alhamdulillah..sejuk hati baca..
Semoga mereka membesar sebagai anak2 cerdik yang soleh dan solehah

zarina said...

Nani, kalo Irfan nk join boleh tak. Budak2 ni kalo berkawan diorang lebih seronok.

hnyhar said...

kak tie,
begitulah adanya..dah jadi amanah..kelak nnti akan disoal juga..kita mengharapkan yg terbaik utk mereka..mudah2an Allah permudahkan urusan ke arah itu..amiin..thanx for ur du'a too...

kak zbz,
hmm..yg tu tak berani nak konfem lg sbb hasrat hati mmg la nak buat yg siri 2 tu..tp xtahu bila..lgpun kdg kami buat informally..bila ada masa yg convinient antara kami..

lady lavender said...

aminn...alahai..comei aje semua. Saya pun pernah buat jugak mcm ni, mcm2 ragam, mcm2 gaya. Kelakar pulak tengok tapi sgt bagus practice ms anak2 masih kecik :-)

hnyhar said...

lady lavender,
hihihi..kelakar kan..tp kami berdua xleh nak ketawa sbb nnti jadi lain cerita pulak..nnti mereka ingat tu bahan lawak mereka utk kami. tp mcm2..geli hati..harap2 cara mereka solat lebih ok lepas ni..kalau x tu, goyang2 sana..goyang2 sini..

shifa said...

hmm sarah boleh join kakak izzah..sarah dah boleh angkat takbir and sujud lame2 same tetido..hehehe

hnyhar said...

shifa,
hihihii..kelakar sungguh tgk dia tertidur mcm tu..blhla join izzah ni. dia bg salam kiri dulu br kanan..pastu tadah tgn berdoa jauh2/luas2 ikut ayah..

hanifatyha said...

Syukur alhamdulillah..boleh ikut jejak langkah akk ni nak train hasiff..sekarang ni hasiff dah ngaji iqra 4,kalo bole dpat ngaji quran sebelum umur 7 tahun..

hnyhar said...

aty,
sblm ni bgtau/ajar masa nak solat je, kali ni kami buat mcm kursus gitu.tp utk anak sndiri bolehlaa..nak marah pun xpe..he3 [bekeng ni..]

ummi_ziz said...

amin. :)

Izu pun buat jg tp time Zahin kata nk smyg JE LA..nak wat salu tk larat mak buyung ni plus babah dia kata dia kecik lg..bila msk 6-7 thn br train btul2 nti. So tk amik gmbr pun..sbb umi yg ajr. nti nk amik jgk la..sbb mmg kelakar! hihihi.

hnyhar said...

izu,
zahin masih kecik lg..boleh srh dia follow kita solat ..nnti bila dah bsr sikit, blhla ajar mcm2 kan..? karenah diorg mmg mcm2..hmm