Tuesday 25 January 2011

Trivia Lady Lavender

Dah lama tak menjawab soalan2 tag daripada kawan2 blogger ni. Malah rasa saya masih ada tag yang belum terjawab dek sikap sendiri yang bertangguh2 untuk melangsaikannya. Ermm..tak silap saya ada tag peti sejuk yang saya belum buat. Hihih..nanti ye

Tag kali ini datangnya dari kenalan blogger sy yang nun jauh di Helsinki, Finland iaitu puan Lady Lavender. Sy pun tak pasti nama penuh kawan baru ni, hanya mengenali beliau melalui nama penanya sahaja. Apapun, diharapkan ukhuwwah di alam maya yg terjalin berkekalan sampai bila2, jika ada rezeki, boleh diaturkan pertemuan sebagai menjejak blogger..[ sy sendiri setakat ini dah jejak kasih 3 org bloggers..alhamdulillah terasa seperti dah lama kenal ].

Panjang pula celoteh. Kembali kepada tag Lady Lavender yang berbunyi begini:

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

These are 25 random things about me:

1. Memiliki seorang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Semua cukup lengkap bg saya sbb, sy anak yg tengah2 :) alhamdulillah.

2. Berbintang VIRGO.

3. Sudah 7 tahun melayari bahtera bersama ZH tersayang dan telah dikurniakan 3 cahayamata penyejuk hati penyambung zuriat, alhamdulillah.

4. Sedang menghabiskan masa yang masih berbaki di bumi asing penjajah tanahairku, Durham, England.. gara2 perjuangan cinta hati sy yg masih belum sampai ke titik noktah. InsyaAllah, tak lama lagi..

5. Menjadi surirumah sepenuh masa hampir 3 tahun lebih. Tidak terjebak dlm apa2 kerjaya di sini krn ingin menguruskan anak2 sendiri dan memberi laluan kpd ZH menumpu sepenuh perhatian kpd tugasannya. Sy yakin dgn rezeki yg Allah berikan kpd kami sekeluarga mencukupi.

6. Akan pulang ke tanahair tak berapa lama lagi dan sudah pasti menyambung semula tugas yg dijawat sebelum ini setelah 3 thn setengah berehat. Semoga dipermudahkan urusan kelak.

7. Dulu ada hobi..yg mana tiap kali ada masa lapang memang itu yg sy buat..iaitu membaca. Tp sekarang, dah ada banyak benda yg dibuat di waktu lapang, bukan saja membaca tp memasak, kemas rumah, ajar anak2, yg sy rasa bukan lagi hobi tp kewajipan pula..upps, tambah 1 lg..layari internet pun iye juga kot tp sejak tiada kerjaya ni laaa..

8. Suka tonton cerita suspend..seram xberapa suka sbb nnti lepas tengok je mesti terbayang2. Lebih teruk lagi, sy jd susah nak lelapkan mata waktu malam. Sebab tu masa kat Malaysia dulu, jarang tengok tv melainkan CSI je gara2 iklan cerita seram berleluasa di mana2 siaran tv sekarang ni. Huh! Really annoying!

9. Suka sangat mencuba resipi baru terutama sekali bab2 baking. Ada saja idea nak buat kek itu dan ini, tapi perlu dalam kawalan bajet :P .

10. Ramai yg menyangka sy ni tak berapa garang jika melihat dari mata kasar. Hanya mereka yg rapat dengan sy saja yg mengetahui bagaimana sy yg sebenarnya. Tak perlu dihebahkan di sini pula. Shhh...

11. Sy ni amat pantang dengan mereka yg suka cakap besar, bermuka2 dan penting diri sendiri. Sy tak pula melenting dengan mereka, kerana sy tahu takkan ke mana peel perangai sebegitu. Lagipun, sy bimbang Allah akan balikkan peel itu kpd sy pula..na'uzubillah..

12. Suka usik2 anak2 sy dengan nama manja2 sewaktu mereka kecil2, terutama sekali time nak gomol2. Ameen pernah sy panggil "baby kaman & cumin". Iffah pula sy pernah panggil "wokcokpoh dan cipah". Izzah plg byk la kot sbb dia yg plg byk masa dgn sy sekarang..nama busyuk2 nya " jijah, armpit sour, obigoding" . Haahaa..mesti tertanya2 kenapa nama begitu pelik. Takpe, nama2 tu hanya dipanggil bila sy bergurau2 dgn mereka..geletek2..cuit2. Bila sy sedang serius, nama sebenar yg akan sy kelui.

13. Mempunyai 3 pengalaman berbeza saat melahirkan ketiga2 anak sy. Ameen dilahirkan pramatang iaitu 34 minggu. Iffah, betul2 tepat dengan tarikh jangkaan, 40 minggu. Izzah pula terlebih hari, overdue 2 hari dr estimated due date. Yg ke 4 ?? WaAllahu a'lam..

14. Dulu suka catat sesuatu peristiwa dlm diari peribadi. Kiranya rahsia2 semuanya ada ditulis di situ tapi sekarang tidak lagi. Rasanya sejak mendirikan rumahtangga kot. Tiada rahsia. Bayangkan jika diari anda diselak dan diceroboh baca oleh seseorang. Habislah...kpd yg pernah buat begitu, bawak2 bertaubatlah..tak baik tau baca diari orang.

15. Sensitif orangnya kot. Hati cepat terasa terutama bila seseorang meninggikan suara atau bila sy sedang bercakap, ada yg menyampuk malah lebih teruk jika buat xtahu atau xdengar apa2. Seolah2 sy seperti bercakap dengan tunggul kayu.

16. Cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Tp tengok juga..sy bukannya jenis hidung xmancung pipi tersorong2.

17. Sy sgt bercita2 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi..doakan sy mudah2an impian sy tercapai suatu hari nanti. Amin.

18. Matlamat sy sekarang ni ialah perkembangan pendidikan anak2 sy. Sy perlu bekerja keras utk melatih mereka [ yg no 1 & 2 ] supaya menguasai kemahiran 3M sebelum pulang nanti.

19. Suka kumpul buku. Sekarang berkongsi minat yg sama dengan suami. Setakat ni kami dah packing 20 kotak yg berisi buku2 saja. Tiap kali ke carboot fair di sini, kami akan intai buku dulu di samping barang2 yg lain.

20. Nak wujudkan satu ruang di rumah seperti library. Lagi best jika letak reclining chair sebijik kat ruang tu. Hmm..sambil menikmati secangkir kopi, seronok juga membaca buku begitu kan..hihih..koya.

21. Tak tahu kenapa sy suka sgt menguruskan laundry, tp private laundry je..tak termasuk orang lain punya. Sy suka basuh dan lipat kain. Jika punya banyak masa lapang, sy sgt menikmati kerja ni. Hahah..bukan semua org suka buat kerja ni. Tapi..saya sukaaaa. :)

22. Sy sgt allergik dgn nama manusia yg bermula dgn huruf ..... biasa ada sesuatu yg xkena antara sy dgn mereka yg namanya bermula dgn huruf ..... tp xsemua..kebanyakan kes saja. Kebetulan kot... :P

23. Jika keluar shopping, sy lebih suka mencari makanan drpd barang2 yg lain..jika dpt beli makanan, sy pun dah xkisah ttg benda yg lain..hihihihi

24. Suka 'tangkap' gambar tapi malas edit gambar tu. Dgn kemajuan teknologi kini, gambar yg xberapa cantik, selepas di edit boleh jadi sangat cantik. Tp itulah..nak buat macamana, sy dah ada virus kaslan.

25. Ingin menjadi isteri dan ibu yg baik dan cemerlang buat suami, anak2 dan keluarga..semoga dipermudahkan jalan ke arah itu..amin.



Akhir kata, sy xtahu nak tag siapa seramai 25 orang tu. Sy pun xdela glemer sgt..pengunjung blog pun takdelah ramai mana..terpulang kpd siapa yg nak sahut cabaran tag ni..dipersilakan..

Ok, Lady Lavender...sy dah siapkan kerjarumah. Berapa markah awak nak kasi sy?
^ _ ^

6 comments:

Anonymous said...

sy kena tag juga ngan lady lavender..
dia ada fb...

lady lavender said...

TQ yea hnyhar sudi jawab soalan test ni..heehee..of cos la layak dpt full mark :-) Apa2 pun happy dpt berkawan walaupun cuma kat alam cyber.
p/s: errkk..wondering la dgn nama yg bermula dgn huruf **** tu hiihii..

MY HEART said...

Salam,

Dengan cara jawab tag ni baru boleh saya mengenali akak dengan lebih rapat walaupun di dalam maya ^_^

hnyhar said...

fa10,
ooh, jwb doh ko..heheh

lady lavender,
tima kasih..sy pun happy sgt bila dpt kwn baru, wpun hanya virtual..tp ukhuwwah tu ttp terjalin.

err..ttg nama itu biar jd rahsialah. sy pun masih membuat kajian ttg itu..kih3.

my heart,
hehehe...tima kasih sbb sudi nak mengenali diri akak yg xbrp nak glemer ni. itu serba sedikit baru..serba sebanyak belum lg.. :P

Zaitun said...

Kak Zai pun kena tag juga tapi belum jawab2.Buat masa ini agak sibuk sikit insyaAlah tiba masanya.

hnyhar said...

kak zai,
hehe take ur time lah kak zai..bila dah rasa free, bolehla menjawab..sy pun xtag sapa2 ni.