Friday 28 January 2011

Tetamu MISG UK-EIRE

2 minggu lalu kami dikunjungi oleh beberapa orang ahli MISG UK EIRE yang tak lain dan tak bukan adalah member2 kami juga, malah 2 keluarga merupakan rakan seuniversiti kami dulu. Mereka datang dari Glasgow [kak Asma Hakimah & abg Ipin], Dundee [kak Del & abg Mahiz], London [Razin & Misha], Newcastle [Fawwaz] dan Hull [abg Din].

Ameen seronok sebab dapat jumpa balik best friend nya, Muhammad. Iffah pula dapat kawan baru, Zulfa. Izzah jugala yang tiada geng..last2 geng dengan abg Muadz, adik Zulfa. Bila melihat keletah mereka bermain, sy jadi tersenyum sendirian. Mak ayah masing2 memang berkawan..sekarang giliran anak2 pula berkawan. Harap2 ukhuwwah yang terjalin berpanjangan selama2nya.

Malam tu, kami semua tidur lewat. Berbual2 mengingati kisah2 lampau sungguh menyeronokkan, sampai terlupa hari dah hampir pagi. Bukan mak ayah je yg ralit bersembang, anak2 pun sama..kami pun naik hairan, kenapalah mata mereka pun susah lelap. Agaknya perasaan mereka pun sama macam kami yg tua ni kot..teruja bertemu rakan lama. Macam2 cerita yang keluar..kisah dunia pun ada. Ditambah pula dengan teh tarik buatan sy dan hidangan kek pencuci mulut, hmmm..makin rancaklah kopitiam baytulkifli malam tu :) .

Keesokannya, sementara geng mak ayah berdiskusi ilmu, anak2 berada di rumah sy. Macam2 sy buat aktiviti utk mereka utk hilangkan bosan. Nak bermain di backyard, sejuk pula. Lepas melukis, tengok movie..pastu main2...pastu makan..hmm..itupun mereka masih belum puas main sama2. Petangnya, sebelum mereka berangkat pulang, anak2 ni pun masih lagi ralit bermain sama2 sampai tak endah langsung kami panggil untuk sesi bergambar. Dikoreknya juga lubang tepi pokok tepi cathedral tu, haishh..seram sy...haha.

Malam masih lagi cepat sekarang ni, walaupun tak seawal sebelum ni..hakikatnya masih di musim sejuk. Jadi, jam 4 dah masuk maghrib. Jadi, petang tu, beberapa jam sebelum malam tiba, kami bawa tetamu kami ni bersiar2 sekejap di area universiti dan Durham Cathedral. Dapatlah mereka bergambar sebentar di School of Laws. Mereka ni pun nak kena bertolak awal juga, bukannya dekat2 belaka. Semoga kita dapat bertemu lagi di lain masa.


Ameen dan besfren, Muhammad.

Iffah & Zulfa.

Izzah & Muadz main fifi the flowertot..hihih.

Bergambar beramai2 sebelum bersurai, di hadapan rumah Shifa.

Bersama kak Del dan Misha sekeluarga.

Haa..tengoklah apa yg mereka buat..gali2 lubang...tanam ranting kayu..langsung xpeduli kami tengah posing2.

Geng bapa..oooppps ada teruna sorang.

Bergambar kenangan sebelum mereka berangkat pulang ke destinasi masing2. Semoga bertemu lagi nanti [ Feb].

2 comments:

Anonymous said...

wah.. meriahnya. mcm reunion pula

hnyhar said...

fa10,
hahaaa...mmg sungguh meriah..seronok dpt jjupo saing lamo..pahtu nya ppakat study ssini belako..mereka tu 1 batch ngan zul masa di uia dulu.