Saturday 8 January 2011

Mode : BZ

Dah lama tak update blog ni. Sejak kebelakangan ni, mood untuk bercerita kurang ada, ditambah pula dengan kesibukan menguruskan persekolahan anak2. Sudah 3 hari Ameen & Iffah ke sekolah. Rutin saya pun automatik berubahlah. Pagi2 kena siapkan makan mereka..petang dan malam pula kena tengok pelajaran mereka.

Sekarang ni lagila sibuk, bukan saja nak kena tengok kerja sekolah mereka, malah nak kena ajar subjek2 sekolah rendah di Malaysia pulak. Maklumlah, Ameen tahun ni patut dah Darjah 1, Iffah pula tadika. Buku panduan pun tak lengkap, macamanalah tu. Dalam hati sangat berharap agar anak sendiri tidak ketinggalan. Saya hanya berusaha, selebihnya saya bertawakkal dan serahkan kepada Allah Taala saja. Apa yang saya azamkan, moga Ameen dan Iffah boleh membaca BM, BI, Quran dan Jawi dengan baik sebelum pulang nanti.

Generasi Ameen pula akan melalui KSSR yang mana sedikit sebanyak punya perubahan dalam sistem pendidikannya. Apapun, saya sangat bersyukur kerana matapelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam BM dan bukannya BI sepertimana sebelum ini. Takdelah kekok untuk saya mengajar mereka di rumah kelak. Bukannya saya biasa dengan terminologi2 sains dalam BI. Lagipun, bangsa yang paling terer ilmu hisab pun belajar dalam bahasa ibunda mereka, dan bukannya BI.

Perbendaharaan kata anak2 ni pun tak kurang pentingnya. Masih banyak yang perlu diberitahu. Tidak ada cara yang lebih bagus melainkan dengan kaedah membaca saja. Moga diberi kekuatan untuk terus istiqamah sebab kadang2 ibu sendiri pun tak disiplin, tuang tugas je.. :P Moga ada ganjaran buat saya kelak.


4 comments:

lady lavender said...

oo..baru tau sains & maths diajar dlm BM balik. Kalau mcm ni problem utk anak2 saya la pulak. langsung tak boleh sebut nombor dlm bahasa melayu psl mula2 ajar dorang mengenal nombor ms dorang umr 3, 4 thn dulu dlm BI..sampai skrg jenuh nak suruh sebut dlm BM dah tak boleh.

hnyhar said...

lady lavender,
hmm..ni pun budak2 ni pun bermasalah yg sama..nombor2 nak kena bgtau semula dlm BM..takpe, masih ada masa utk pulihkan. lagi senang lps ni nak ajar utk masa depan..

Anonymous said...

kdg2 hilang sabar n sedih bila ngajar BM kat awla... byknya perkataan yg dia x tahu. risau juga ni... masa dah singkat. mujurlah dia ada minat nak belajar...
mate x ajar lg ni!

hnyhar said...

fa10,
sy pun sama..skrg ni makin risau sbb nak kena ajar arab dan jawi la pulak..blk nnti kurang2 tahula sikit2 kan..ish3..byknye nak kena ajar..adui..apa yg perlu ajar utk basic BA dan jawi ye fa10..awak berpengalaman..nnt bgtau ye..