Tuesday 11 January 2011

Homburg, Germany

Dari Luzern, kami singgah kembali di rumah IURF di Homburg untuk bermalam semalaman lagi sebelum bertolak ke Calais keesokannya. Kami tak sempat pun nak merayau di sekitar bandar Homburg. Homburg ialah sebuah bandar di Saarland, Germany sekaligus merupakan ibu negeri kepada Saarpfalz district [sila betulkan IURF jika tersilap..ngee]

Malam tu, anak2 asyik leka bermain bersama kerana mereka tahu esok kami dah nak balik kampung. Akhirnya, semua dipaksa tidur sebab dah lewat malam. Pagi2 esoknya dah bangun dan mula bermain. Apa yang buatkan saya dan IU kagum ialah keakraban yang cepat wujud antara anak2 kecil kami walaupun tidak pernah bersua muka sebelum ini. Bukan anak kami je, kami berdua pun sama. Terasa seolah2 dah lama mengenali antara satu sama lain, kiranya ini jejak blogger saya yang kedualah selepas bertemu mata dengan Izuan di Melaka 2 tahun lalu. Alhamdulillah, keberkatan persahabatan itu terserlah walau pada asalnya hanya berinteraksi di alam maya.

Perpisahan anak2 kami sungguh mencuit hati dan perasaan. Mungkin kami berpisah di saat mereka masih tidak puas bermain bersama.

Mee sizzling goreng sedap.

Donut yang sungguh gebu.

Menikmati hidangan sarapan pagi yang lazat buat kali terakhir.

Bermain jigsaw puzzle seketika sebelum berpisah.

Haziq & Ameen.

Faris & Iffah.

Saya dan blogmate, IU, masing2 mendukung Izzahs.

Danke Shoen buat tuan rumah, IURF yang baik hati. Hanya Allah SWT saja yang layak membalas segala pertolongan yang dihulurkan. Jumpa di tanahair kelak!

4 comments:

Zaitun said...

Semoga persahabatan kekal selamanya walau pun bermula dialam maya.

hnyhar said...

terima kasih kak zai...amin..

ummi_ziz said...

hehe smpt jmp Iu kt Germany kn..izu pon tk jmp2 lg Iu..:)

Wah akk bestnya nk pg jln2 ke Liverpool..kami pun dh terasa sangap sgt duduk di rumah je ni..hihi.

Tk care!

hnyhar said...

izu,
ye..lama jgk bertamu kt rmh dia...kesian iu mesti pnt lyn kami hr tu..

jln2 liverpool dah settled dulu. yg ni pegi sbb utk urusan biometric 4 visa extension..