Sunday 2 January 2011

2011

Sedar tak sedar dah 2 hari melangkah ke tahun baru masihi. Jika kami berada di tanahair sekarang, sudah tentu perasaan sedang berdebar2 untuk menghantar AZ ke Darjah 1. Nampaknya AZ masuk tengah tahun la nanti. Dan, saya pula mesti bekerja keras untuk pastikan AZ tidak rasa ketinggalan nanti [beratnya tugas tu, harus pencen keja lain].

Di Malaysia, esok bermulalah sesi pengajian yang baru untuk tahun 2011. Di sini kami masih lagi dalam cuti Krismas dan Tahun Baru. 5 Januari baru sekolah kembali beroperasi semula setelah lebih 2 minggu ditutup. AZ masih di Year 2, IZ pula di Reception. Masih sama.. sebab, di sini sesi pengajian baru bermula pada bulan September dan tamat dalam bulan Julai.

Tiba2 terasa rindu pula dengan suasana P & P di sekolah. Perasaan pelik ni datang tatkala melihat beberapa keping foto rakan2 seperjuanganku di SMAPL semasa menghadiri mesyuarat guru kali pertama untuk sesi baru. Sementara masaku masih ada untuk keluarga, seharusnya saya manfaatkan semaksimanya, kerana bila pulang nanti sudah pasti saya dijanjikan dengan pelbagai tugasan rutin seorang pendidik. Masa untuk yang tersayang kembali di'curi'.

Apapun, SELAMAT BERTUGAS buat rakan2 seperjawatan di SMAP Labu. Semoga kalian bahagia dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan.


~ 2011 ~
Tahun yang sangat penting buat kami.

6 comments:

Anonymous said...

selamat tahun baru...
Awla pun keno gohaek enjin doh ni! bilo keno stat register skoloh demo ni eh? tunggu kelik dulu ko, keno register online?

lady lavender said...

dah nak balik tahun ni ye?? ok lagi kalau cuma tertinggal sekolah setengah tahun. Not too late.
p/s: saya follow endless love :-)

Zaitun said...

Selamat Tahun Baru buat hnyhar sekeluarga.

hnyhar said...

fa10,
selamat tahun baru..
ni pun dua2 nok keno gohaek ni. sy pun xtahu jgk ni nak regi lagu mano, kalu blh buat online bagus jugok. nok keno tanyo geng2 cekgu SR ni. mgkn depa tahu.

lady lavender,
terima kasih..selamat tahun baru...
first n foremost, thanx 4 being baytulkifli's loyal follower. insyaAllah, jika tiada aral, baliklah kami tgh tahun ni. harap2nye begitulah..kesian anak saya, risau takut dia rasa ketinggalan dr kwn2..

kak zai,
terima kasih..selamat tahun baru buat kak zai sekeluarga juga..

ummi_ziz said...

Selamat tahun baru KNani!
Selamat kembali ke sekolah Ameen, Iffah..
All the best..:)

hnyhar said...

izu,
terima kasih..selamat tahun baru juga..ameen iffah puun dah xsabar nak ke sekolah..mgkn sbb dah lama cuti..hehe