Sunday 30 May 2010

Ameen 6th Birthday

Maafkan ibu Ameen...

Sepatutnya entry untuk Birthday Ameen ni diterbitkan pada 8 Mei lalu, namun atas sebab2 yang tak dapat dielakkan terpaksa ditunda hinggalah ke hari ni. Nyarislah Ameen tak reti buka blog ni lagi eh.

8 Mei lalu genaplah usia anak sulung kami ni 6 tahun. Tak dapat sekali dinafikan betapa pantas masa berlalu. Kiranya tahun 2011 Ameen sepatutnya dah masuk Darjah 1. Uish, dah tua nampaknya saya ni. Anak dah masuk sekolah pun kat sini..sekarang pun dah Year 1.

Alhamdulillah, walaupun dilahirkan tidak cukup matang, namun ayah dan ibu sangat2 bersyukur kerana Ameen dikurniakan kesihatan yang baik. Malah Ameen cuma di'kurung' sebentar saja di dalam inkubator [6 hari]. Masih terbayang2 tubuh halus kecil dengan kulitnya yang berkedut2 itu. Semua tak berani nak pegang Ameen melainkan ibu dan ayah. Sekarang, Ameen dah besar malah dah jadi abang buat 2 orang adik.

Ameen dah boleh baca buku cerita yang simple. Dah boleh buat matematik walaupun kadang tu masih memerlukan bantuan ibu. Ayah dan ibu mendoakan semoga Ameen membesar dengan sihat dan bijak serta anak soleh yang menjadi contoh yang baik buat adik2..menjadi hamba Allah yang berbakti kepada agama dan ummat Nabi Muhammad SAW. Amin..

Hari lahir Ameen tahun ni jatuh pada hari kami ber'camping' musim bunga di Ullswater, Lake District. Pada pagi sebelum bertolak ke sana, saya buat sebiji kek coklat untuk birthday cake Ameen. Ameen tak sabar2 nak potong dan makan kek tu. Sampai merajuk2 dia. Kasihan juga tapi itulah..kalau boleh nak kasi dia makan esoknya sebab birthday dia esoknya tu..Sabtu.


Inilah birthday cake Ameen..saya buat moist chocolate cake je. Deco pun simple sangat..cuma letak chocolate ganache dan tabur chocolate chips dan hazelnut.

Ameen dan kawan2 sedang menikmati kek semasa BBQ berlangsung..


Yang ni dapat goodies daripada Aunty Marlina & Aunty Azizah yang telah bermurah hati menaja jajan untuk kanak2. Sementelah pula wrapper nya tu bertulis, 'Happy Birthday'..jadi Ameen pun suka sangatlah. Hahahah...nasib baik.

^^^^^^^^^^ @@ ^^^^^^^^^^

Beberapa hari selepas hari lahir Ameen, ayah belikan full fat soft cheese dan yogurt supaya saya buatkan cheese cake untuk Ameen. Masa di Lake District hari tu Ameen tak happy, tu pasal ayah minta buatkan kek lagi..berkali2 dia mengajukan pertanyaan;

...kenapa takde orang nyanyikan birthday song kat Ameen...[camne nak minta kawan nyanyikan, masing2 sibuk melantak BBQ..kui3]
...kenapa Ameen tak dapat present... [yg ni Ameen dah dapat sebelum datang camping, isk2]

Hajat di hati saya nak buat chocolate cheese cake, tapi, tengok2 takde stokla pulak coklatnya tu..akhirnya, terjadilah cheese cake biasa2 je. Tak letak toping apa2 pun. Tak risau, sebab si Ameen ni memang 'cheese cake lover' cam ibu dia juga. Apa2pun, liciiiin.


Birthday candle set tu memang ada je dalam simpanan saya. Rotate je..asalkan jangan hilangkan tag 'Happy Birthday' tu udah. Kalut nak tiup punya pasal, habis tertitik2 tumpah lilin biru tu..hmm...dah comot. Tapi takpe, yang penting Ameen happy sebab kali ni semua nyanyikan birthday song kat dia walaupun dah belated.


Happy 6th Birthday Ameen!!

Thursday 27 May 2010

A Gift from Iffah.

'Create


Buat adik IFFAH NABIHA AHMAD JAILANI,

TERIMA KASIH untuk banner yang sungguh kiut ini sempena Durham Team, kata orang Kedah, 'meghelap..meghelip'. Lain kali bolehlah kasi scones ke..muffins ke..cupcakes ke..apple crumble ke pula..yang Iffah dah buat experimen kat sekolah..[gurau je..]

**suka lihat pakaian seragam sekolah pelajar2 secondary di UK, smart dan bergaya dengan suit nya.

Wednesday 26 May 2010

Ber 4

Malam tadi kami tidur berempat je, ayah takde, ke Birmingham kerana menghadiri satu workshop on Islamic Banking di sana. Pagi semalam lagi ayah dah bertolak ke sana, naik keretapi. Terima kasih buat Uncle Fauzi tolong hantarkan ayah ke train station. Juga buat Uncle Rohizi sbb ganti 'tempat' ayah waktu petangnya.

Malam tadi Ameen nangis sekejap sebelum tidur tu, rindukan ayah katanya. Sebenarnya dia risau ayah tinggal lama2 macam tahun lepas tu. Terpaksalah ibu call sekejap bagi dia cakap dengan ayah. Iffah ok je..diorang berdua ni bergilir bab2 buat perangai ni..jika sorang buat hal, maka yg sorang lagi tu tersangatlah baik mood nya. Izzah pula masih belum faham apa2, janji ibu ada cukuplah.

Ayah pergi tak lama, hari ni baliklah.


**sunyi pula rasa bila ayah takde kat rumah..padahal sebelum ni ayah senyap je pun kat bilik study tu..hahaa..


Sunday 23 May 2010

Ziarah Qistina

dari kiri: Aida [ibu Qistina], saya, Ameen, iffah dan berbaju pink, Qistina.

Semalam kami ke Newcastle Upon Tyne Hospital [NUTH] untuk menziarah anak Rohaida & Rizal, Qistina Ayuni. Nak dijadikan cerita kami tersilap hospital la pulak. Nasib baik jarak antara dua buah hospital ni tak jauh mana. Mula2nya tu kami ke Freeman Hospital..heheh, wad 24 kat situ untuk CCU patients. Mustahil la jawapannya..

Tak ingat pulak kat situ ada 2 hospital besar. Selepas menghubungi Aida, barulah kami menyusur ke wad 24 yang sebenar iaitu di NUTH, dekat dengan kedai Haji Brighton Store tempat kami selalu membeli barang2 mentah halal.

Masa kami tiba tu hanya ada Aida dan Qistina saja..yang masing2 tengah syok menyelesaikan Bratz jigsaw puzzle. Menurut Aida, Qistina semakin pulih dan ternyata pendarahan cuma minor dan langsung tak kena area otak. Alhamdulillah..syukur. Qistina pun dah mula makan dan tak muntah lagi.

Dan, hari ini Qistina dah pun dibenarkan keluar untuk berehat di rumah. Syukurlah tiada apa2 yang mudarat. Diharapkan moga Qistina cepat sembuh dan berehat secukupnya.

Muttertag from Germany

Buat pertama kali narrator blog mendapat muttertag daripada seorang rakan blogger chya schatz yang berada di German. Saya minta maaf sangat2 sebab terlewat tampal tag ni di sini..hehehe...ini sempena HARI IBU ni..[dalam bahasa Jemen ke ni..]. Beliau bersama baby nya, Liya Raihany yang kiut. Jika ada sesiapa yang berminat untuk berurusan jual-beli pam susu Medela dan segala macam perkakas ibu-anak, silalah hubungi Pn. Liza melalui link saya di atas..[cewah, promote lebih ni agak2 ada komisyen tak chya..? hehehe].

TERIMA KASIH....

Friday 21 May 2010

Jatuh

Malam tadi, sebelum masuk tidur, saya dan hubby dikejutkan dengan email daripada rakan yahoogroup durhammy memaklumkan berita kemalangan yang menimpa anak rakan Malaysia kami di sini. Sudah tentu kami terkejut dan sangat sedih dengan berita itu kerana anak2 saya memang ketiga2nya seusia dengan ketiga2 anak rakan kami ini. Malah, tarikh ulangtahun perkahwinan kami pun sama. Terus saya mengirim sms kepada mereka berdua agar bersabar atas ujian Allah SWT ini.

Qistina Ayuni, atau nama timangannya Qistina, seusia Iffah..kini terlantar di Wad 24, di Hospital Newcastle kerana mengalami pendarahan otak akibat terjatuh ketika bermain di Common Room di kawasan rumahnya. Pagi tadi, saya menghubungi ibunya untuk bertanyakan keadaan anak beliau. Menurutnya, Qistina masih dipantau oleh doktor yang merawatnya dan pendarahan yang berlaku hanya sedikit dan belum merebak. Saya rasa sebak tiba2 sebaik sahaja mendengar cerita sebenar yang berlaku daripada beliau. Alhamdulillah,Qistina masih sedar..dan kami sangat berharap moga Qistina kuat semangat melawan kesakitan yang ditanggungnya, sakit yang kita sendiri pun tidak tahu bagaimana rasanya..kasihan anak kecil ni.

Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah memberi sokongan yang kuat kepada kedua ibu dan ayah Qistina; Rohaida & Rizal, juga mendoakan semoga anak mereka ini cepat sembuh dan kembali ceria dan cerdas seperti sediakala, amiin. Moga Aida dan Rizal redha dengan ujian-Nya dan banyak2 beristighfar, insyaAllah...Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai hamba yang meminta2 kepada-Nya. Ingat, doa daripada kalian berdua sebagai ibu dan ayah Qistina sangat diterima...

Cepat baik Qistina!!


** Ameen & Iffah terkedu bila diberitahu Qistina sedang sakit..[apalah yang ada dalam fikiran kecil mereka...].


Tuesday 18 May 2010

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU

Saya harap masih belum terlewat untuk lafazkannya.

Ungkapan di atas ditujukan istimewa buat guru-guru yang tidak jemu2 mencurahkan ilmu untuk semua insan. Semoga apa yang disumbangkan selama ini mendapat kiraan daripada-Nya. Apa yang penting, ikhlas dan jujur semasa melaksanakannya.


Tuesday 11 May 2010

NH Leeuwenhorst dan Lisse

Ini sambungan daripada entry yang lalu..masih lagi hari pertama berada di bumi Netherland. Lepas mandi manda, solat dan makan nasi bekalan, kami keluar lagi. Sekarang siang panjang, jadi rugi tak luangkan masa berjalan di sekitar sini. Hotel yang kami duduk ni sangat memuaskan hati, boleh kasi 5 bintang. Harga semua sekali untuk penginapan 3 hari 2 malam cuma 140++ euro. Lupa pula nak ambil gambar dalam bilik, tak dapat nak buat testimoni. Mana nak ingat, asal masuk bilik je nak siapkan makan..tukar nappy baby..mandikan..siapkan baju tidur..tak sempat nak fikir tentang gambar2 tu. Sepatutnya masa mula2 masuk bilik tu terus captured.

Bilik memang best! Semua ada disediakan kecuali mini bar je takde. Bilik luas..cuma masa nak booking tu kena hati2 dan waspadala bagi mereka yang punya ramai ahli ye sebab di sini sangat strict tentang kuantiti penginap tu. Lagi satu best, hotel ni dekat sangat dengan Keukenhof garden dan juga ladang tulip. Pendek kata, nak guling2 cam hindustan pun boleh..Parking kereta juga disediakan percuma untuk penginap..best bukan? Mana nak cari hotel yang serba lengkap begini..kolam renang pun ada tau, siap tertutup lagi..


Hotel NH dari pandangan atas..di kelilingi oleh ladang tulip yang pelbagai warna..ada yang cakap tak ubah macam kek lapis..kuih lapis..hehe. Strategik bukan?


Sama macam farmville. Ini ladang tulip yang menghala ke hotel kami.






Iffah minta nak petik bunga ni sekuntum dua nak simpan dalam pasu bunga ibu kat rumah katanya..haha. Memang ibu pun teringin nak petik Iffah ooi..tapi, bila kenangkan konsep ihsan..terus tak jadi.


Izzah setelah dilepaskan dari dukungan..terus berjalan masuk ke lorong tulip ni. Lucu saya melihatnya. Sambil jalan dia siap cakap 'waaaa......', agaknya takjub dengan tulip yang banyak melaut kot..




Ameen tanya saya, siapa yang tanam bunga yang banyak ni..kemudian tanya lagi,kenapa saya tak tanam bunga sebanyak ini kat rumah..uish, laman hijau pun xde, usahkan nak tanam sebanyak tu..




Gambar ayah dan baby ni Ameen yang captured. Sampai hilang kepala ayah..



Tanah kat sini berdebu..berpasir kelabu..agaknya tanah macam ni yang sesuai dengan tulip kot. Masa kami jalan2 ni cuaca agak panas, tu pasal tak kenakan coat. Habuk dari debu2 pasir kat ladang tulip ni sudah cukup untuk buatkan kasut2 kami bertukar warna dan juga terbatuk2.

Tulip kuning. Kelopak tulip ni sangat segar, kelihatan rangup. Agaknya sedap tak kalau dimakan? Heheh.


Di Netherland, kat mana2 saja ada tali air [canal] ni. Bukan saja di ladang2 tulip, malahh di bandar2 besar seperti Amsterdam pun ada canal ni. Satu sumber pengairan yang sangat bagus untuk agriculture.

Dah habis bergambar di ladang tulip, ayah ajak kami jalan2 ke Leiden. Sebenarnya ada seorang colleague ayah yang tengah buat PhD kat Leiden ni. Tapi, kami tak dapat menziarah kerana beliau 'ada urusan'. Hmm..bandar Leiden ni agak moden dengan bangunan2 nya. Kami tak pula pergi ke tempat yang menarik di situ sebab waktu pun dah petang. Jadi, kami patah balik ke Lisse.

Inilah bandar kecil Lisse. Keukenhof dekat sangat ngan tempat ni. Malah hotel kami pun tak jauh dari sini. Dah tiada insan yang kelihatan lalu-lalang, hanya kami 5 beranak yang mengintai2 kot masih ada kedai yang belum tutup.

Jalan punya jalan, akhirnya barulah terjumpa kedai ni. Dah lupa apa namanya tapi masa kami sampai tu, kedai belum tutup lagi...cuma tinggal masa2 kecederaan jugala. Hinggakan pembantu kedai tu minta kami cepatkan proses 'shopping' kerana mereka nak tutup kedai. Sempatlah sambar minuman dan makanan sikit2. Sebenarnya ada tujuan penting nak cari jugak kedai ni..nak kata tak cukup bekalan makanan, memang tak tepatlah. Saya mencari bunga cengkih [clove] untuk ubatkan sakit gigi yang mencengkam gara2 makan kacang yang keras. Cengkih tu dapatlah beli..begitu juga dengan barangan sampingan yang lain..huhu.

Sekitar bandar Lisse ni penuh dihiasi bunga2an hiasan ni. Saya tak tahu apa nama deco begini. Apa yang menarik, bermacam2 jenis warna dan bunga digunakan untuk hasilkan macam2 gambar..lagi satu, tempat ni sangatlah wangi..kalau lalu malam2 agaknya seram juga eh..he3.
Bandarnya pun tak ubah macam bandar vampire..sunyi sepi, masa kami tiba tu jam 7:00 ptg. Semua kedai dah tutup, yang tinggal hanya bar, pub dan restoren2 saja.




Dah hampir malam baru kami tiba di hotel. Oh! Ye..kat lobi hotel ni pun ada hiasan bunga macam di bandar Lisse tadi. Siap dengan mini windmill dan clogs sekali. Wangi sangat. Masuk je bilik teruskan operasi masak2 nasi dan sardin serta panaskan lauk bekal. Dah siap masak, mandi lagi, pastu baru makan malam...semua berselera makan nasi panas2. Bilik, sudah tentu berbau ikan sardin tapi sementara je, sebab kami buka tingkap..tidur lena kepenatan malam tu. Esok kena bangun awal.

Thursday 6 May 2010

Keukenhof, Holland.

Keukenhof ialah tempat pertama yang kami tuju setelah check-out dari Princess of Norway cruise. Kereta kami di antara kenderaan yang awal sekali keluar selepas kenderaan berat, jadi tanpa melengahkan masa, kami terus mencari arah ke Lisse. Nak dijadikan cerita, bateri kamera tak dapat caj semasa dalam cruise sebab terlupa ambil chargernya dari bonnet kereta. Bateri dah tinggal 2 bar, maknanya beberapa keping gambar saja sempat ni. Akhirnya kami caj juga bateri tu masa singgah sarapan pagi di Guiden Wok. Alhamdulillah...sejam pun dah cukup untuk aktifkan kamera. Penting ni..datang punyalah jauh, tengok2 bila dah sampai, tak dapat tangkap gambar pulak..

Alhamdulillah, berpandukan satnav kami berjaya tiba di taman bunga yang di sebut2 tatkala tibanya musim bunga, Keukenhof. Perjalanan dari Felison Terminal mengambil masa tak sampai sejam pun. Tapi waktu kami sampai, dah banyak kenderaan [pengunjung] lain yang ada di situ. Bayaran masuk ke Keukenhof ni dikenakan sebanyak 14 euro untuk dewasa, 7 euro untuk kanak2 lebih umur 4 tahun dan percuma bagi yang bawah usia 4 tahun. Hari tu saja dah 42 euro hangus..he3.

Sedikit info tentang tempat ini,

Keukenhof ("Kitchen garden", Dutch pronunciation: [ˈkøːkənˌhɔf]), also known as the Garden of Europe, is situated near Lisse, Netherlands, and is the world's largest flower garden. According to the official website for the Keukenhof Park, approximately 7,000,000 (seven million) flower bulbs are planted annually in the park, which covers an area of 32 hectares.[1] Keukenhof is located in South Holland in the small town of Lisse, south of Haarlem and southwest of Amsterdam. It is accessible by bus from the train stations of Haarlem, Leiden and Schiphol. It is located in an area called the "Dune and Bulb Region" (Duin- en Bollenstreek). The garden was established in 1949 by the then-mayor of Lisse. The idea was to present a flower exhibit where growers from all over the Netherlands and Europe could show off their hybrids – and help the Netherlands export industry (it is the world's largest exporter of flowers). Keukenhof has been the world's largest flower garden for over fifty years. Keukenhof is open annually from the last week in March to mid-May. The best time to view the tulips is around mid-April, depending on the weather. In 2010 Keukenhof will be open from March 18 to May 16.

Nampaknya tempat ni tak selalu dibuka kepada pengunjung, hanya waktu tertentu saja seperti musim bunga sekarang ni. Jadi, mereka yang bercadang nak ke sini hendaklah membuat perancangan awal supaya kosnya tidak terlalu membebankan.

Pemandangan di sekitar taman sungguh memukau mata. Bermacam2 spesies bunga tulip ditanam di sini, berbagai2 warna..tak kurang juga dengan spesies bunga yang lain..lavender, sakura, cherry blossom dan banyak lagi yang saya sendiri dah lupa namanya.

Taman ni sangat luas, pendek kata kena sediakan bekalan makanan lebih2 lagi jika bawa kanak2 ni. Ameen dan Iffah pun merengek kepenatan dan ke'boring'an sebab asyik lihat bunga je..pastu tangkap gambar..haha. Dah namanya datang taman bunga..Lama juga kami di sini walaupun tak semua area yang kami jelajahi dek keadaan anak2 yang kepenatan. Hampir 3 jam jugalah melilau2 lihat tulip tu. Hmm...nampaknya tak jadilah kami ke Kinderdjick sebab kat sini kami dah jumpa windmill besar, siap klik2 dah.

Jam 2:30 petang kami bertolak ke hotel penginapan yang letaknya juga tak berapa jauh dari taman bunga ni [area yg sama]. NH Conference Hotel, Leeuwenhorst tak berapa jauh dari pekan Lisse. Semasa dalam perjalanan ke hotel, kami disajikan dengan pemandangan ladang tulip yang terbentang luas, cantik sungguh, Subhanallah. Jalan menuju ke hotel tersangatlah sempit, sekadar muat2 untuk dua laluan [two-ways]. Di tambah pula dengan right-handed, maka agak kekok juga walaupun saya bukan pemandu. Saya akan cerita tentang ini kemudian, ada beberapa gambar yang ingin dikongsi..semoga terhibur.

di depan pintu masuk ke Keukenhof garden.





Ameen dalam terompah gergasi..salah satu alat tarikan di Holland.

Iffah minta belikan terompah ni sepasang, nak pakai kat rumah..ekeke.


kami berlima..



muka Izzah yang masam je..mungkin boring asyik lihat bunga je tapi tak boleh ambil..
























inilah windmill yang saya sebut tadi..yang membatalkan niat kami untuk ke Kinderdjick..


bergambar dengan anjing gergasi..









bergambar di ladang tulip merah semasa on the way ke hotel, kami singgah sebentar di tepi jalan..