Maafkan ibu Ameen...
Sepatutnya entry untuk Birthday Ameen ni diterbitkan pada 8 Mei lalu, namun atas sebab2 yang tak dapat dielakkan terpaksa ditunda hinggalah ke hari ni. Nyarislah Ameen tak reti buka blog ni lagi eh.
8 Mei lalu genaplah usia anak sulung kami ni 6 tahun. Tak dapat sekali dinafikan betapa pantas masa berlalu. Kiranya tahun 2011 Ameen sepatutnya dah masuk Darjah 1. Uish, dah tua nampaknya saya ni. Anak dah masuk sekolah pun kat sini..sekarang pun dah Year 1.
Alhamdulillah, walaupun dilahirkan tidak cukup matang, namun ayah dan ibu sangat2 bersyukur kerana Ameen dikurniakan kesihatan yang baik. Malah Ameen cuma di'kurung' sebentar saja di dalam inkubator [6 hari]. Masih terbayang2 tubuh halus kecil dengan kulitnya yang berkedut2 itu. Semua tak berani nak pegang Ameen melainkan ibu dan ayah. Sekarang, Ameen dah besar malah dah jadi abang buat 2 orang adik.
Ameen dah boleh baca buku cerita yang simple. Dah boleh buat matematik walaupun kadang tu masih memerlukan bantuan ibu. Ayah dan ibu mendoakan semoga Ameen membesar dengan sihat dan bijak serta anak soleh yang menjadi contoh yang baik buat adik2..menjadi hamba Allah yang berbakti kepada agama dan ummat Nabi Muhammad SAW. Amin..

^^^^^^^^^^ @@ ^^^^^^^^^^
Beberapa hari selepas hari lahir Ameen, ayah belikan full fat soft cheese dan yogurt supaya saya buatkan cheese cake untuk Ameen. Masa di Lake District hari tu Ameen tak happy, tu pasal ayah minta buatkan kek lagi..berkali2 dia mengajukan pertanyaan;
...kenapa takde orang nyanyikan birthday song kat Ameen...[camne nak minta kawan nyanyikan, masing2 sibuk melantak BBQ..kui3]
...kenapa Ameen tak dapat present... [yg ni Ameen dah dapat sebelum datang camping, isk2]
Hajat di hati saya nak buat chocolate cheese cake, tapi, tengok2 takde stokla pulak coklatnya tu..akhirnya, terjadilah cheese cake biasa2 je. Tak letak toping apa2 pun. Tak risau, sebab si Ameen ni memang 'cheese cake lover' cam ibu dia juga. Apa2pun, liciiiin.