Monday 30 June 2008

Lampeter, WALES Part 1

ABERAERON
Kami singgah di sini untuk mengamati & menikmati keindahan lautan saujana mata memandang..Kiranya ini tempat pertama yg kami kunjungi sepanjang berada di Lampeter. Waktu ni, abg dah hbs present paper, jadi apa lagi, kami pun chowlaa jalan2..




Ameen & Iffah toon-toon dlm push chair. Depa semua ni baru bangkit tido..jd muka pun monyok semacam je..


Uii..ayaaah..posing enggan juga ke..style ni..

Subhanallah..cantiknya..terasa segar dan tenang tatkala dapat menghirup udara pantai sebegini..terasa dekat di hati dengan Maha Pencipta segala keindahan di mukabumi..amat luas lautan ciptaanMu..terasa sungguh kerdil diri ini..

Iffah sedang merenung keindahan pantai..dgn pertanyaan..'ayah, boleh x kakak nak mandi?'



DI PERTENGAHAN JALAN...
Gambar di bawah ini di'snap' semasa kami on the way ke Aberystwyth Castle. nyarislah ada tempat berenti..cantik sungguh lautan & padang rumput dilihat dr jauh..



Indah sungguh pemandangan ni..si biri2 pun khusyuk je meragut rumput2 segar di pdg ragut tanpa menyedari kehadiran kami berposing di situ..

THE ABERYSTWYTH CASTLE
Kami enjoy sangat dtg ke tempat ni. Banyak pemandangan indah yg dinikmati di sini..tatapilah gambar2 yg dipaparkan di bawah..sebenarnya ada byk lagi tp nnti byk plk..






Cantik bukan senibina yg terdapat di bandar Aberystwyth ni..susah betul nak sebut nama tempat ni..lahjah Wales la ni..school (sekolah) pun jadi ysgol. Camne ntah nak pronounce betul2..huuhuu..


Ada adegan 18sx kat sebelah waktu kami nak posing ni..nasib baik abg pandai sengetkan kamera..kih3. Ameen tutup mata (sebab kami dah ajar dia supaya ttp mata bila adegan cenggitu dlm tv)..inikan pula live..

Penjara zaman dahulukala..Iffah tgk apalah agaknya tu..

Lampeter, WALES Part 2

Singgah di bahu jalan jap sebab nak bergambar tepi laut..Eh2..mana lautnya En. Zul??


Masa ni lepak kat tepi laut, atas kerusi berlatarbelakangkan bangunan yg cantik ni..


Iffah nampaknya mengamati keindahan ciptaan Allah ini..sambil mengunyah strawberry.


THE NATIONAL LIBRARY OF WALES
Besar banget library ni..ntah berapalah jumlah koleksi buku2nya. Bestnye kalu dapat masuk kan? Tapi, kalu blh masuk sekalipun, boleh ke masuk dgn riuh budak 2 org nih. Huuhuu..





Ameen di padang hadapan library.

UNIVERSITY OF WALES, LAMPETER.
Sempat juga kami mengunjungi University of Wales, Lampeter. Dekat saja dgn rumah Imim Haliza. Tapi sayangnye, kami xjumpe2 signboard yg bertulis UNIVERSITY OF WALES, LAMPETER. Iyelah, nak jga bergambar tepi signboard tu..


Sunday 29 June 2008

Welcome Home..

Assalamualaikum semuaa..

Kami baru saja kembali drpd Lampeter, Wales kerana abang ada conference di sana. So, alang2 menyeluk pekasamlaa..Perjalanan ke sana mengambil masa selama 5 jam lebih. Sekalung penghargaan dirakamkan kpd kawan kami, En. Kamaruzzaman & Pn. Mimi Azilah kerana sudi menerima kami sbg tetamu selama 2 hr 2 mlm. Moga Allah SWT saja yg membalasnya..shukran jazakumallahu khayran kathira.

Badan masih kepenatan..mungkin esok2 kami post gambar2 kami di sanaa..buat masa ni lihat yg ni la dulu k? He3..




To MIMI,

Many thanks for the delicious food, hospitality, recipes, bekal & all sort of spices..Hope to see you again. Congrates for your new castle..Hugs n kisses to Alia as well. Sori..I really want to post this photo as a proof though..Dun worry..you're still sweet n give your best shot.

Tuesday 24 June 2008

Tanjung Malim Fever


Ini gambar keluarga Perak (sebelah suami) yg dirakamkan semasa hari raya..tp xpasti pula raya Aidilfitri @ Aidiladha. Gambar kami tiada pula dalam ni..hmm, mana kami pegi ek..isk3, terkena penyakit lupalaa plk.

Yang kelihatan dlm gambar ini cuma sebahagian drpd adik beradik abang..yg kocik2 & muda jelita tu semuanya anak2 buah kami..yg makin bertambah kuantitinya. Kurang pasti juga berapa jumlahnya sekarang ni..hinggakan atuk & opah sendiri tersasul2 tatkala memanggil nama cucu2. Bayangkan bila time2 keramaian..raya ke..kenduri ke..mesti tempat tidur sampai ke ruang depan..xcukup dgn itu..ruang dapur pun jadi tempahan.

Sunday 22 June 2008

Coventry Transport Museum

Ini adalah antara gambar yg dirakamkan semasa kami berkunjung ke Coventry Transport Museum. Ada byk lagi..seperti biasa akan menjadi koleksi peribadi.

Ibnuna wa Ibnatuna

Salam untuk keluarga Kelantan & Perak..Ameen & Iffah sekarang ni sibuk juga dengan aktiviti seharian di samping bermain mainan kegemaran, ini juga adalah hobi diorg berdua..


Ameen dgn colouring set nye..sebelum pegi school biasanya dia akan mengadap buku dia dulu..tp tu laa..ibu dah lama xajar Ameen tulis ABC. Ameen dah nak masuk reception class dah September ni. InsyaAllah, misi ibu akan tercapai nanti..




Iffah sedang tekun mewarna part dia dlm colouring book tu.


Cantik x Ameen colour.. Ikan warna-warni. Kadang tu ibu kena turun padang juga, kaler gambar tu sama2 dgn diorg..jika tidak, diorg xbuat betul2.


Ameen & Iffah minta masukkan gambar meow ni sekali dalam blog. Kucing ni selalu lepak & termenung dekat2 tingkap dapur kami. Tapi, bila dgr suara Ameen je mesti dia lari bertempiaran. Tak tahu lak sape punye meow ni..yg pastinya bkn org sebelahla sbb dia dah bela doggy.

Mabruk

Sekalung TAHNIAH buat sepupu Salimi & Ilyana, sepupu Zahir & Azura (dua2nya sebelah saya)serta kawan seperjuangan Nazif & Raihan kerana masing2 berjaya mendapat seorang puteri.

Playing Inside & Outside


Iffah..apa kat tapak kasut tu..Masa ni dia tgh sibuk2 amik kasut merah dia & sarungkan sbb xsabar2 nak trn main kat belakang. Hari ni cuaca ok, tak sejuk mana..jadi mereka dibenarkan bermain kat belakang.


"Bye ibu! Kakak main kejap jer"..itulah kata2nya sebelum dia turun main. Kejap turun, kejap naik.


Ameen & Iffah leka bermain basikal di belakang rumah. Hari tu, Aniza minta tolong jagakan 2 org anaknya, jadi mereka pun ada sama..bermain dgn anak2ku. Hmm..bingit giler suasana jadinya..


Ini pula Ameen & Iffah semasa bermain dgn mainan masing2. Itu favourite toy Ameen -spiderman-. Beli kat Seaham. Nasib baik jumpa yg soft toy..kalu plastik, dah lama tertanggal kepala @ tangan spiderman tu.

NOTE:
Iffah @ Himawari xsuka bergambar..bila kita nak snap gambar dia, pasti dia akan melarikan diri, menyorok, tutup muka dll. Memang susahla sikit nak rakamkan aksi2 dia. Ameen pun sama juga kadang2 tu..pujuk pun xmakan..