Monday 1 September 2008

1st Day Fasting @ UK

Hmm..hari ini bermulalah puasa kami sekeluarga di perantauan. Perasaan? Ermm..bab puasa ni rasanya biasa je..cuma bila bab nak raya nanti tu kot lain macam sikit. Maklumlah Aidilfitri di tempat orang ni manakan sama dengan tanahair sendiri.

Pagi ni kami berdua bangun sahur pukul 3 pagi. Juadah hanya nasi goreng, nuggets ayam dan milo panas. Simple je. Pagi nanti bolehlah anak2ku breakfast dgn nasi grg tu. Subuh kat Durham awal..pukul 3.44 am. Maghrib pulak dekat pukul 8 pm. Haa..cube kire lah agak2 brp jam kitorg pose kat sini..

Aktiviti? Biasa kat sini ada aktiviti sepanjang Ramadan, antaranya tadarrus al-Qur'an, Iftar Jama'i, solat tarawih berjamaah..Macam abang, tadarrus kul 6-7 pm..aku lak kul 2-3 pm. Kanak2 lak kul 5-6 pm. Tapi tak termasuk Ameen & Iffah laa. Malam tadi hanya abang yg pegi solat tarawih kat masjid. Aku x pegi pun..solat sendiri kat rmh jer. Keadaan fizikal aku pun xberapa mengizinkan untuk aku solat berdiri sekarang ni..(sebab susah nak bangun..macam nak tumbang).

Of course aku teringat sangat kat kampung halaman..terutamanya time menolong ma bakar kuih akok untuk dihantar ke kedai2 yg menempahnya. Penat tapi seronok jugaa..Masa bujang2 dulu, bila balik cuti, mesti tolong ma kat dapur bakar kuih tu..dan, yg bestnye bila dapat habuan masa raya..upah ler apa lagik. Tapi, aku sebenarnya xkisah pun kalo ma xbagi pape..sbb perasaan untuk nak kan habuan tu takde sebenarnyaa..aku memang seronok bakar kuih tu..cuma kadang2 tu kena komplen jer sbb ter'gemuk' laa..ter'leper' laa kuih tu aku buat..hik3..sori ma..(kesian ma kepenatan buat kuih tu..tp sbb dia dah minat business, dia kuatkan semangat..).

Juadah berbuka? Haa..tang ni memang aku rindu sangat dengan kuih2 tradisional bulan puasa kat Kelantan. Manis tuu memangla manis..tapi, sedaaap sangat terutamanya kuih jala mas, buah tanjung & tahi itik (sound's disgusted but so yummy). Waaa..sedapnyer. Kalo nak rasa kuih2 ni kena pegi Kelantan laa..kat situ jer ada jual. Mahal la sikit harga dia..lebih2 lagi time harga brg melambung nih. Beli time 1st day puasa ni ok sikit rasa dia tau..original, fresh taste & flavour..tp bila dah pat lima hari pose..rasa dia dah lain...maklumlah depa ni jual kuih yg xhabis sebelum tu..jd, berhati2lah. Alaa..kat KL lagi teruk..jual karipap inti basi..uweekk..

Oklah..apapun..yang penting...


SELAMAT BERPUASA SEMUAA!! ORANG KAT MALAYSIA NUN..KALO MAKAN JUADAH YG XDE KAT UK TU..INGAT2LAH ORANG JAUH KAT SINI EK..UWAAA..

3 comments:

Beautiful Life said...

Hi Kak Nani, selamat berpuasa!! Lamanya U all berpuasa ekk....kira malam tuh pendek la....tido pun tak cukup isk sian nya.....

Belum pegi lagi Bazar Ramadhan tahun ni....semlm bebuka mcm org bujang - masak nasik dgn sardin dan telur goreng, karipap segera and keropok goreng jer...sampai rumah pun dh kul 6.30pm, tu jer sempat masak hehehe

hnyhar said...

Hi Nuwal, siannya blk keje lmbt ek..kat malaysia senang sbb kalo xsempat masak bleh cari kat bazaar ramadhan.kat sini nak mkn kuih pape je, kena buat sendiri..

Memang lama sgt kitorg kena pose kat sini. Tp sekarang dh masuk musim autumn secara rasmi. Wet & windy je skrg ni, so sejuuk sgt. Buat perut berkeroncong jer..hik3.

Hanif said...

test..