Monday 22 September 2008

Kisah Ameen

Hari ni Ameen dah mula bersekolah penuh iaitu bermula jam 9 am sehingga 3 pm. Alhamdulillah, nampaknya dia ok sahaja. Lunch (bekal) pun dia makan..tapi tulah..setiap hari aku kena pikir nak sediakan makanan apa untuk bekal dia ke sekolah nih..bukan semua makanan yg kita makan, dia sukaa.

Hari ni, Ameen kata dia dah ada kawan baru, mat salleh..bila kita tanya siapa nama dia..terus Ameen cakap..xtahuu..hahahaa..budak2 nih..tahu main jer..nama xtahuu. Takpelah, itu satu perkembangan yg baik utk Ameen improved lagi..takdela nanti dia nak berkawan dengan Alia jer..(anak jiran depan rumah).

Bila pulang dr sekolah, Ameen akan minta pasangkan cerita kegemarannya..samada Cars, Ratatouille dan Kungfu Panda. Tp, hari ni PC dia asyik kena kaco ngan Antivirus 2009 jer..maka, aku shut down lah PC tu dan pindahkan ke laptop aku..diorg berdua melopong dan kadang2 mengilai tatkala aku pasangkan youtube cerita animasi Mr. Bean. Suka pulak kat Mr. Bean anak2 aku nih..Mr. Bean dilahirkan kat Durham tau..heheh..jangan tak tahuu..

Bila malam je, lps solat maghrib, biasanya ayah akan ajar budak dua orng ni baca Iqra'..ayah boleh tahan gak garangnye time ajar bdk2 tu. Aku pun pernah terperanjat sebab terkejut time dia tegur Ameen malas bacaa..waduh2..ni mesti kes nak balas dendam sebab masa kocik2 dulu kena marah dengan apak..tapi kan..mungkin sebab tulah yg buat Ameen dah mengenal huruf2 hija'iyyah dgn baik..hmm..abang..abang...


No comments: