Monday, 7 September 2009

6th Anniversary

6 September 2003

Tarikh bersejarah di antara kami berdua sejak 6 tahun lalu. Begitu cepat masa berlalu hinggakan dah 3 org anak pun rasa macam baru saja mendirikan rumahtangga. Kami sgt2 bersyukur perkongsian hidup kami berdua ini sampai hingga hari ini dan kami berdoa ke hadrat Allah SWT agar hubungan yg dibina dgn satu lafaz aqad ini berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah.

Beberapa kali juga anniversary kami ni jatuh dlm bulan Ramadhan. Alhamdulillah, banyakkan du'a..moga dimakbulkan oleh Allah. Amiiin. Kali ni sehari sebelum Nuzul Qur'an. Berkat di bulan muliaa.

Kami hanya celebrate dgn berbuka puasa je..he3. Nanti sy akan upload photo dlm next entry sbb belum transfer dlm laptop lagi.

* terima kasih abang ..
red roses tu sangat cantik..


Saturday, 5 September 2009

: : Apam Balik : :

Masuk kali ni dah 3 kali sy buat apam balik ni. 1st try masa tahun lepas..time tgh pregnant kat Izzah. Terbaru semalam masa berbuka dgn kawan2 Malaysia. Tapi, yg dlm gmbr kat bawah ni yg 2nd time buat..beberapa hari lalu. Kat sini je buat sendiri ye..kalo dah blk Malaysia nnti xmainlaa..musti beli kat kedai nye. Tp yg homemade ni xdela rasa pahit2 cam kedai punye tau..sedaap..cubelah buat. Kat bawah ni resipinye. Rasanye amik kat MyResipi cuma lupa sapa punye..

APAM BALIK PERANTAU [nama yg sy ubahsuai..kih3]

Bahan2:

2 cwn tepung naik sendiri
1/4 cwn gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 cwn susu segar
sedikit pewarna kuning

Bahan tabur:

- jagung krim
- kacang tanah yg ditumbuk
- sedikit gula
- sedikit mentega

Perhatian:

Rasanya kat UK ni sy xjumpe lg sweetcorn dlm tin mcm kat Malaysia. Yg dijual kat sini sweetcorn tu xcreamy & gravy pun..kering je. Mmg xsesuai nak buat apam balik. Jadi, kena buat sendiri la.

Bahan2 & cara2 nak buat creamy sweetcorn:
1 tin sweetcorn [sy main agak2 je letak jagung tu]
1/2 cwn susu segar
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastard
[sy xde tepung kastard dlm lemari, so sy guna tepung gandum biasa campur 1 sudu teh esen vanila]

* Masukkan semua bahan dlm saucepan.
* Panaskan guna api sederhana. Kacau sampai pekat..ala2 cam jagung dlm tin kat Msia tu.

Cara nak buat apam balik:

* Pukul gula & telur sampai kembang [pakai hand whisk je].

* Masukkan susu segar, baking powder, soda bikarbonat & pewarna kuning. Pukul lagi.

* Masukkan tepung. Kacau sampai tepung sebati dgn adunan cecair tu.

* Perap selama 1 jam..

* Dah perap, bolehlah masukkan sesenduk dlm frying pan leper. Rata2kan. Tutup.

* Bila dah separuh masak, masukkan bahan2 tabur tadi..jagung..kacang..gula sikit..dan secubit mentega.

* Biarkan sebentar, pastu lipat dua & angkat. Siap!! Mudah kan?


Friday, 4 September 2009

Peha Besar..??

Tadi terbaca artikel ni dlm Yahoo updates. Hmm..sapa yg peha besar..berita baik buat andaaa... *wink*

Bigger thighs are better for health

People whose thighs measure at least 23.6in (60cm) in circumference were less likely to develop heart disease or die early, a 12-year study of almost 3,000 men and women in Denmark found.

Professor Berit Heitmann said thigh size could be used by GPs as "an early marker to identify patients at later risk of cardiovascular disease and early mortality".

"A small thigh circumference was associated with an increased risk of cardiovascular and coronary heart diseases and total mortality in both men and women," he said.

"A threshold effect for thigh circumference was evident, with greatly increased risk of premature death below around 60cm."

He added: "The fact that more than half of the men and women aged 35-65 have thigh circumference below the threshold is worrying."

The Monica (monitoring trends in and determinants of cardiovascular disease) project, published online on bmj.com, found there was no added protective effect for people with thighs in excess of 60cm.

Body fat and other high risk factors such as smoking and high cholesterol were taken into account by the study.

Prof Heitmann, director of the research unit for dietary studies at Copenhagen University Hospital, said: "The adverse effects of small thighs might be related to too little muscle mass in the region."

Thursday, 3 September 2009

Teringat

Sedar x sedar dah hampir 2 minggu berpuasa di rantau org ni..puasa Ramadhan thn ni merupakan puasa kedua kami di UK. Huh, sekejapnye masa berlalu. Pantas banget. Blog pun dah lamaaa sgt xupdate..kakak sy pun dah sibuk bertanya kenapa lama takde cerita2 & foto2 anak2 buahnya tu. Hmm..malas barangkali..ni sdg cuba merajinkan diri semulala ni. Nanti akan menyusul foto2 & rakaman video pendek ceritera budak2 3 org tu. Mereka sihat semuanya, alhamdulillah..

Bulan2 pose ni sy & abang seringkali berbual ttg makanan Malaysia [of course!] masa mengadap hidangan berbuka. Hahah..kesiaan. Kat sini xde bazaar Ramadhan cam kat Nilai. Teringat pula kuih muih yg dijual di bazaar tu. Bukannye sedap pun. Karipap inti basi, masam. Bagus pula kalau buat sendiri. Walaupun penat menguli & mengelim karipap..namun makannye puas hati.

Murtabak diRaja

Sebelum kembali ke UK hr tu sempat jugala sy pekena murtabak tebal ni. Thanx to Cikcu yg belanja. Ini yg frozen punye..tinggal letak dlm oven je panaskan balik. Tp, rasanya memang superb! Kami mmg sukaa sgt mkn ni. Kalau boleh nak je bawak hr tu tp kami departed dr Nilai..susah juga nak simpan murtabak ni dlm peti freezer psl yg kami ada hanya mini bar biasa je..

Kuih jala mas & buah tanjung.

Waaah..sy sukaaa sgt makan kuih ni tiap kali berpeluang berbuka puasa bersama keluarga di Kelantan. Abah pun dah tahuu sy suka kuih ni. Kalo sy ada kat kampung sudah tentu abah dah beli siap2..kan abah? Kuih ni..memang tersangatlah manis. Org yg ada diabetes jgnlah ngade2 nak makan ye..nanti xpasal2 masuk spital..Sapa yg tak biasa makan manis2 xlalu nak makan ni banyak2. Sy pun sama..takpelah, mkn sikit2 je, pastu simpanla. Lg pun kuih ni mahal siot kat kedai..sekarang ni tak tahulah berapa harganya..dulu pun dah mahal..apa lagi sekarang..bila minyak dah naiiiik..

Bg tidak menghampakan diri sy..masa balik Malaysia hr tu sy minta adik tempahkan kuih ni drpd makcik kawannya. Sebekas tupperware mcm kat atas ni harganya RM30. Huh, puas jugalah sy makannye. Dan, sekarang, bila dok jauuuh gini..macam2 la makanan yg diidam2kan.

* Nasi kerabu pun sy teringin..tp xpernah2 plk sy buatnye kat UK ni. Maklumlah sy srg je yg suke mkn..cik abe kurang suka..jadi, mcm xberbaloi kalo sy nak buat tu..

Sunday, 30 August 2009

Iftar

Semalam kami geng2 Durham-Malaysian berkumpul ramai2 untuk beriftar sama2. Lokasi majlis masih lg sama, Keenan House..tempat ni dah serasi dgn kami semua tiap kali nak buat apa2 majlis. Majlis bermula seawal 7:30 petang dan berakhir jam 9:20 mlm. Kami buat sistem potluck, mcm biasa. Tiada gambar dirakamkan..kamera bawak..tp xdpt nak snap pun sbb pegang bb. Berbuka td pun sy mkn sikit je nasi..xpernah2 sy mkn sesikit itu sejak berpuasa ni..jd mood nak amik gmbr mmg lenyap terus..

Apapun, sy bersyukur sbb mknan yg dibawa habis kecuali sup dan nasinya yg berbaki nak spare utk bersahur nnti..cuma lauk je la xde. Nmpk gayanye esok pg2 kena godek2 jgkla..ok nak tido dah ni..esok nk bgn awal..

*dah lama xupdate blog....

Tuesday, 25 August 2009

Masuk Lagi

Pagi2 lagi sy dah menghubungi abah & ma memberitahu mereka supaya mendapatkan naskhah Utusan Malaysia, 26 Ogos 2009 utk melihat foto anak cucu mereka di perantauan.
[klik sini]

Kami hrp atuk & nenek simpan simpan gambar tu buat koleksi dgn yg thn depan punye sekali..he3.


Monday, 24 August 2009

: : Apam Beras : :


Ini antara kuih kegemaran sy [bukan hubby]. Sudah lama sy kempunan nak makan kuih ni..walaupun kat Malaysia hr tu dah sempat makan namun masih xmencukupi. Cari punye cari ada resipi kuih ni yg tak guna ENO atau 7 Up. Sy cuba buat apam ni masa 1st day puasa sbg juadah berbuka. Kesian abg kena parut kelapa..kih3, last2 dia blend je pakai dry blender..hoh? Nasib baik jadik jer. Tenkiu abang tolong..next time Nani buat kuih kegemaran abg pulak eh..[isk3..xconfident nak buat kuih cucur badak request nya yg sekian lama].

Jom kite tgk camne nak buat apam beras ni. Untuk rekod peribadi, sy lampirkan juga resipinya yg mana tlh sy cedok dr MyResipi. Tima kasihla tuan empunye resipi..

APAM BERAS

Bahan2:

2 cwn nasi
2 1/2 cwn air
2 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula perang [xguna pun, pakai gula putih je]
3/4 cwn gula pasir
1 sudu kecil yis
kelapa parut + garam

Cara2 Membuatnya:

- Blend nasi + air hingga hancur. Bila dah hancur, masukkan gula perang + gula pasir ke dalamnya. Blend biar sebati.

- Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras + yis.

- Lepas tu masukkan bahan cecair dlm bekas tepung. Kacau rata. Perap selama 3 jam.

- Masukkan dlm acuan kecil. Kukus 15 minit.

Liverpool City Sightseeing

13-08-09

Merupakan hari kedua kami di Liverpool. Setelah selesai bersarapan pagi kat bilik, kami pun berkemas2 bersedia utk check out sbb pagi tu kami nak naik city sightseeing bus ronda2 bandar Liverpool. Dah habis simpan beg dlm bonet, kami ber5 pun berjalan kakila ke bus stop. Pegi bandar dlm 10 minit je naik bas..memang berbaloi! Takyah pikir pasal parking keta kat mana2..

Memang rezeki kami murah pagi itu, sepatutnya bayaran utk naik bas tu mencecah GBP 20. Tapi, mamat tu kata GBP 10 utk family package. Wow!! Terkejut sy & hubby. Hubby terus bayarlaa apa lagi..kami pun terusla naik bas tu..

Kami pilih tingkat atas supaya dapat tgk dgn lebih jelas pemandangan bandar Liverpool serta tempat2 menariknya. Dapat amik gambar kan? Pastu dpt hirup udara sejuk dan segar. Jomlah tgk slide..kali ni sy share cerita bab naik bas je..bab turun bas lain kali pulak..xcukup masa nak mengadap lappy bulan2 pose ni.

Wokeh, pleasant viewing!!



Sunday, 23 August 2009

: : Kuih Akok : :



Kedatangan bulan Ramadhan selalu membuatkan sy merindui masakan bonda tersayang. Walaupun setiap kali pulang ke kampung, hanya hari pertama sahaja merasa masakan beliau, pastu giliran sy yg bertugas..ngeh3.

Dlm bulan Ramadhan jugalah bonda sy tak pernah miss walau sehari untuk menyiapkan tempahan kuih tradisional Kelantan 'akok'. Jika dulu tiap kali cuti semester yg berkebetulan dgn bulan puasa, memang sy lah yg akan sama2 berbahang api membakar kuih tu dgn ma.

Kali ni sy cuba buat hasilkan kuih 'akok' ni sendiri tanpa bimbingan drpd ibu sendiri..tp, perlu diingat, sy xbuat lg dlm bln puasa ni..sebelum puasa hr tu sy cuba buat. Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan.

Sy guna resipi dr MyResipi [Zaliana]


* 5 biji telur
* 200 ml pati santan
* 100 ml air
* 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera [sy guna gula pasir yg putih tu je]
* 30 gram tepung gandum
* 3 helai daun pandan- disiat-siat
* 2 cubit garam halus

Cara2 Membuatnya:

# Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.

# Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.

# Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.

#Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Saturday, 22 August 2009

;)

Pagi tadi kami seronok sangat sebab muka kami dah masuk paper Berita Harian, 22 Ogos 2009 untuk Salam Aidilfitri di Perantauan. [klik sini]
Alhamdulillah..1st day pose dah kuar. Jika tahun lalu..dah habis raya baru terhegeh2 nak kuar. Tapi, abah & ma tak dpt tgk lagi paper tu..aiseh!

*hoh? kesian..teringin sgt nak masuk paper rupenye..maklumlah sy ni bknnye celebrity..ekekee.