Saturday, 25 July 2009

Today's Breakfast

Pg td kami sarapan ni je anak beranak. Bos takde kat rumah..jadi mkn sempoi2 pun tak kisahlaa.

Kesian ayah..apalah agaknya yg ayah mkn selama berada di sana.Dgr2 ayah dah boleh mkn sushi..kikiki..terpaksa ye ayah?


Sy snap dr dlm periuk terusla eh.. [a bit l%z^ today]..

Teringat masa kat Malaysia hr tu gi bfast mkn roti canai plus teh tarik & teh ais..fuuuh..nyaman.

Friday, 24 July 2009

Strawberry Muffin

Dah dua kali sy buat muffin ni. Sedap & menjimatkan kos, masa & tenaga. Sy ikut resipi dlm website omputih tp minta maaf psl sy terlupa pulak alamatnya. Takpelah sy tepek juga kat sini..xde masalah.

STRAWBERRY MUFFIN
[dpt dlm 8 butir..]

1/4 cup canola oil [sy guna corn oil, minyak sayur pun blh kot]
1/2 cup milk [sy guna fresh milk]
1 egg
1/2 teaspoon salt
2 teaspoons baking powder
1/2 cup white sugar
1 3/4 cups all-purpose flour
1 cup chopped strawberries

Directions:

Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C) oil an 8 cup muffin tin, or use paper liners.

Chopped strawberries.

In a small bowl, combine oil, milk, and egg. Beat lightly.

In a large bowl, mix flour, salt, baking powder and sugar. Toss in chopped strawberries and stir to coat with flour. Pour in milk mixture and stir together.

Fill muffin cups. Bake at 375 degrees F (190 degrees C) for 25 minutes, or until the tops bounce back from the touch. Cool 10 minutes and remove from pans.

Buat ni gara2 ada buah strawberry dlm peti je..eh,sedap jugak rasanya..not bad.
Anak2 sy pun suka mkn ni..
Cubalah..pasti tidak menyesal.

Thursday, 23 July 2009

New Friend

Ameen n Iffah sekarang ada teman baru..tp kami semua kompius dgn namanya sbb dia cakap pelat2..ter'over' slang sampaikn sy sukar nak trace namanya. Dia yg mintak nak masuk dlm rmh kami..kira mesra alam jugalah gadis kecil blonde ni.

Lihat tuu..br pertama kali jumpa tp mcm dah knl lama..
Dia pelik knp kami buka kasut bila masuk dlm rumah..tp tanpa byk soal dia terus buka kasutnya..susun terbalik gituu..kikiki..

Byk betul dia mkn limau tuh..mkn epal demand plk..takmau potong nak mkn sebijik. Sudahnya xhabis..ish..geli gue nk mkn bekas dia tuh.

Sy dah agak..dia xbgtau mak dia nak masuk rmh kami. Mak dia dtg ketuk pintu dapur kami lps tu..hmm..lamaa juga dia kat rumah main2 dgn anak2 sy. Siap bgtau nak dtg lagi tuu..hmmm..

Wednesday, 22 July 2009

Barter Books

Semasa dlm perjalanan pulang dr Alnwick Castle tempohari ayah ajak kami ke;

Barter Books [sila klik]
Northumberland,
One of the largest secondhand bookshops in Britain..

Best juga tmpt tu cuma buku dia walaupun 2nd hand masih lagi mahal.. Hmm, baik kami beli kat carboot je. Boleh bargain, kan?

Di hadapan pintu masuk Barter Books. Izzah baru je tido masa ni. Jadi, sy cuma melilau2 je dlm tu, xdpt belek buku pun. Ayah je yg survey harga buku.


Ameen & Iffah pula ralit tgk train kecil yg sedang bergerak atas landasan kecil kat bahagian atas rak buku..sama macam yg pernah dilihat di Cadbury's World, Birmingham.

Kami tak beli papepun..masuk pastu keluar balik. Kami tak lama di situ. Tak sampai 1 jam pun. Last2 kami pun meneruskan semula perjalanan menuju ke northeast..

Tuesday, 21 July 2009

Kena Tinggal Lagi

Hari ni ayah bermusafir ke negara matahari terbit krn menghadiri conference di sana. Maka tinggallah kami pat beranak lagi. Kami ok saja..dah biasa pun kena tinggal2 camni. Dulu lagilaa lama kena tinggal..berminggu2. Kali ni xdela lama sgt, cuma seminggu. Selasa depan lbh krg kul 10 mlm ayah dijangka tiba di Newcastle.

Terima kasih xterhingga buat 4z, Ina & Nashwa krn menghantar ayah ke Newwcastle International Airport. Kul 7 pg merce putih dah smpai dpn rumah..flight ayah jam 9:40 pg. Transit di Amsterdam lbh krg 3 jam dan menyambung semula perjalanan ke Kansai International-Osaka selama 10 jam lebih.

Kata orang, kat Jepun ni brg elektronik dia muraaaah sgt. Cuma 1 je, kadang tu takleh guna pun bila keluar dr negara diorg. Tp, sy rasa kamera ok kot..tp buat apa..sy dah ada kamera..walaupun xsecanggih kamera org lain sy xkisah asalkan dpt rakamkan memori kami sekeluarga di rantau org nih. Yg penting, mudah dibawa..[jgn mudah hilang..kikiki].

Takpelah ayah..fridge magnet pun dah ok..tp kalo ayah rasa xpatut fridge magnet je, maka pandai2lah ayah bajetkan apa2 yg patut.. [xkanla sy nak pesan kimono atau yukata pulak kan.. ; P]

Hmm..bila ayah xde ni of course la terasa sunyinya. Maklumlah suara ayah kalo dok tingkat atas pun masih jelas kedengaran time sy kat dapo..hihihi..jgn mare ye abg. Sempena ayah nak tinggalkan kami..semalam ayah volunteer nak masak mee goreng basah utk dinner. Wow..sungguh bahagia rasanya.


Sekali sekala kena trn padang, kang nnti tumpul skill tu kalo lama tak asah. So inilah mee nya..pedaaas tp sedaap. Tak kedekut binatang2 dlm tu. Berkat memasak dgn relahati maka mee tersebut habis licin tanpa bersisa. Waah..nak tgk? Kat bwh ni haa..


Mee Goreng Basah Zulkifli Hasan

..heheh..

Buat ayah, semoga berjaya di Kyoto..dan selamat meneruskan pengembaraan solo ke Tokyo. Jgn lupa pijakkan kaki ibu kat tanah bekas penjajah tanah Melayu iteww..okeh? Semoga selamat tiba di sana tanpa sebarang musibah h1n1.

Gonna miss you..

Monday, 20 July 2009

Alnwick Castle

13 Julai 2009
Alnwick Castle, Northemburland

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak dtg sini. Terima kasih tak terhingga kpd ayah krn sudi bawa kami jalan2. Nak tahu lebih lanjut ttg tempat ni bolehla lawat2 ke laman sesawang mrk di sini k?

Jom lihat apa yg berlaku pd kami hr itu....

Alnwick Castle..
Glemer dgn lokasi filem hebat spt Elizabeth, Harry Potter, Robinhood, Becket dan juga Blackadder. Castle nya amat cantik..namun xsemua kami jelajahi..State Rooms pun cuma sy & Ameen je yg explore..yg len2 dok luar psl takut bb nangis lak kang kalo masuk dlm..kami berdua plk buat quick visit je..malaslaa, dah xleh wat masuk kamera & amik gmbr dlm tu..

Yg ini pula imej Alnwick Castle yg tlh diubahsuai guna teknologi komputer yg serba canggih khas utk filem Harry Potter..
Foto yg sy cilok dr Google..yg mana time ni para pelakon & crew fiilem Harry Potter sedang buat shooting...ermm..nmpk x Daniel Radcliffe..he3.

Ni masa kami mula2 smpai castle..baru nak masuk ni..kat pintu depan. Parking keta kat tepi jalan raya je..pastu jln kaki le..leh thn jgk jauhnya.

Tgk rege tiket ye..boleh simpan duit nak ke sana nnti..
Kami amik family ticket kosnya gbp 23..masa tu dpt less kot..jika tidak dlm gbp 29.

Jom masuk explore...

Ahlan wa Sahlan..

Di depan model Alnwick Castle..

Iffah xnak amik gmbr ngan knight tu..takut antu katanya..isk2 budak nih.



Jika ada yg masih ingat..kat atas rumput depan bangunan inilah Harry Potter mula2 belajar naik broomstick yg mana lps tu Professor McGonagall nampak kehebatannya menangkap guli milik Neville Longbottom yg dilempar ke udara oleh si jahat, Draco Malfoy.

Budak kecil ni kena deraa..letak je dia atas rumput tu. Kasi lasak sket..ini taak, asyik nak berkepit dgn ibuuu jer, cam beg tangan la plk.

Tp dia suka sgt masa ni sbb bebas nak pegang rumput dan yg seangkatan dengannya..pastu masukkan rumput ke dlm mulut utk dijadikan ulam2an..bagus utk awet muder..anak..anak..




Bangunan yg diubahsuai imejnya dgn computer generated membentuk Hogwarts School of Witchcraft & Wizardry. Namun begitu, bukan semua filem Harry Potter dibuat kat sini..hanya yg pertama [HP & the Philosopher's Stone], kedua [HP & the Chamber of Secret] & yg terkini [HP & the Half-Blood Prince], yg baru saje keluar cinema tu.


Tingkap batu di dinding yg membentuk lambang England. Nun jauh di luar sana pemandangan di belakang Alnwick Castle yg indah..

Dua kali jugakla tour kami ni tergendala sbb ujan turuuun..kalo kami berdua je xkisah. Ini bwk si kecil lg..kang xpasal2 pula demam. Masa ni ujan dah stop..so kami pun keluarla dr gua tmpt berteduh td.

Nak sampai ke sini, kami kena naik tangga seram yg curam dan berlengkar2 [swirly stairs]. Apasal la yg beriya sgt nak naik tangga tuu ni..


Haa..kami sanggup naik tangga tu td sbb..kat sinilah tempat Harry Potter main quidditch game yg mana dia jd seeker hebat setanding Victor Krum yg hensem tu.

Izzah atas dukung ayah..

Turun tangga yg tingginye leh tahan jugak ler. Gayat gue.

Ntah2 yg ni kot org yg paling seronok hr tu..ye ayah? Hihihiii...
Iffah semestinya sgt teruja bila dpt dtg ke Harry Potter's school, terus terbantut nak lena dlm keta.

Sedang kami dok jalan2 tu..kami nmpkla tourist guide tgh bg penerangan ttg kawasan sekitar castle. Menurut beliau, kat pondok "hut" itulah di"modify"kan dlm filem sbg rumah kecil milik Hagrid, tempat yg selalu dikunjungi oleh 3 sekawan.

Haa..hutan di sana itulah yg digambarkan sbg "forbidden forest" dlm filem Harry Potter. Tapi, kami tak masuk pun kawasan tu..sebenarnya kat situ adalah Alnwick Garden. Malas dah nak jalan..takut hujan turun lagi & kaki dah penaat..

Di hadapan kereta kuda antik yg cantik keemasan.

Masa ni kami dah nak balik Durham. Sepatutnya takdelah lama sgt kat situ tp hujan turun..walaupun hanya renyai2 terbantut juga pergerakan kami. Apapun, kami seronoooook sgt dpt berkunjung ke sini. Alamak..poyot dah lalalala laa..kami pun beredar setelah hampir 2 jam melilau di situuuu.

The End [blink blink]

Friday, 17 July 2009

Tag Lapuk daa..

Assignment ni sbnrnya dah lama dpt cuma asyik bertangguh jer nk buat. Kali ni dah boley hntr, puan BEAUTIFUL LIFE yg kasik assignment ni. Oleh krn dia dah aktif semula, sy submit la tag ni..he3. Sy hrp beliau dpt mark assignmnt ni.

FACTS AND QUIRKS


Facts & Quirks
1. List these rules on your blog. 2. Share 7 facts about yourself on your blog. 3. Tell 6 unspectacular quirks of yours. 4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. 5. Link the person who tagged you. 6. Leave a comment for each blogger.

7 FACTS ABOUT ME


1. I'm a romantic wife to mr ZH & a mom of 3 kids;
2. Currently staying in Durham, UK
;
3. On unpaid leave for being a dependant of mr. hubby to UK;

4. At the moment, I am a fully home-maker, being so busy nurturing my 3 kids;
5. Enjoy cooking new dishes as well as tidying up my house;

6. Easy to cry..fragile..and sensitive. What about sulking..?? Hik3..ahaa..nope!
7. Love to smile and breaking the ice..


6 QUIRKS ABOUT ME


1. Used to sniff anything even a piece of paper, I myself do not know why I am like that, but I gradually reduce the habit, now my doter starts being like me, gosh!;

2. Like to break the ice when I am surrounded by people but the real fact is that I am a kind of reserved woman;

3. Love being tidy & neat all the time, but unfortunately there is a time when I am infected by a lazy virus, I can leave all the dirty dishes in the kitchen sink unwashed, muahaha [at last, only me who wash them up..];


4. Always make sure to bath the kids soon after they wake up..unlike their mom who always late at it..I do admit, coz I need to cook, usually I like to clean myself after cooking just before eating the meal;


5.
If I feel that something is not as good as it should be, especially with my Other Half, I choose to sulk in a 'silent mode' style..and he will leave me to cool off, then talk to me..finally I'll be ok..kih3, how come I am so childish huh! ;

6. Hate to watch frightening/ghost movies or even worse to listen to the ghostly sound that shows on tv advert..but used to love watching the scary & haunted stories while I was in secondary school. I was very brave at that time...so weird kan?

Tag 7 persons
mama3H, unguviolet, iu @ wid, halfblood prince, fa10, benjamincafe, my heart

Person who tagged me
beautiful life


Comment for each blogger
1. My Uni mate IIUM batch 2002, a rich mum, having 3 lil cute kids & the owner of Arena Bestari tuition centre & Arena boutique.

2. Blog mate who is currently pursuing her Master in TESL in Wales.


3. My blog mate as well, temporarily staying in Jemen with her hubby & kids. A good cook too! And like to cuci poket je lately..what a kaya mrs too! Kikiki..


4. My blog mate as well, I had a jejak kasih with her while I was in Malaysia few weeks ago.


5. Knowing her thru blog hopping..currently staying in Edinburgh accompanying her hubby completing his phd.


6. Known as 'along' but not the scary 'ah long' eh..a successful & affluent lawyer in Dubai. He & family will be celebrating Aidil Fitri with us.


7. A very new blog mate. Got to know her more. Kinda happy mate & love to tell story..a gud story teller.


Ameen & Iffah

Dah lama x story ttg budak 2 org ni. Alkisahnya skrg ni diorg berdua dok rumah je dan xdapat masuk sekolah lg sbb xde tempat kosong..[kata secretary sekolah laa..]. Hmm..pening juga kepala sy ni nak handle ketiga2nya sekaligus..owh, bkn 3 ye..4. Lupa pula yg paling besar dah ada kat rumah semula kan..hihihi [jgn mare ye ayah..].

Homeschooling pun blm mula lagi..ayah pun dah bising anak2 tak belajar jolly phonics lg. Sabo2..dah hbs da syllabus yg teacher dia kasi tu..tinggal nak revise je lg..Nampaknya nak kena buat games ala2 revision ni. Baru menarik kan?

Cuti sekolah pun dah nak start..minggu depan sekolah smpai selasa je. Pastu cuti panjaaaaang. Panjang lg anak2ku bercuti..Tp summer holidays kali ni ssh la sikit nak round2 jalan2 sbb dah nak masuk bulan Ramadhan. Pose ini thn kat UK sgt lama & panjang..plg lama kot drpd sebelum2 ni.

All in all sy rasa sy kena set up schedule utk bdk 2 org nih. Kesian Ameen laa dah byk tertinggal kapal..at least next september ni dia dah terer mengeja dan membaca..sblm masuk year 1.

Come on ibu..aja aja fighting!!!

Thursday, 16 July 2009

Summertime is Berrytime

Isnin, 13 Julai 2009
Plawsworth, Chester-le-Street.

Hihihi..my 1st time strawberry picking.
Sebenarnya ini plan secara tiba2. Biasalah plan begini yg menjadi, betul x? Kami pun ajakla neighbour kami ni join sekali, Zariman & Shifa. Kami ke sana jam 3 ptg. Bagus juga dtg weekdays ni sbb org pun xdela ramai kan..jd amanlah kawe nak kutip & ranggos stroberi tuu..

* The word 'ranggos' means eating disgracefully..

Mula2 masuk ke tempat ni anda akan nampak giant strawberry kat depan pintu masuk..mcm dlm ggmbr di atas nun..makan pat tahun pon blm tentu abis. Bg sesapa yg rasa cam xcukup2 masa & tenaga nak ngutip buah,, bolehla menginap di hotel diorg ni..dekat2 situ jgk..sesudah subuh dah boleh pegi menuai..


Inilah kami 5 beranak. Thanx to Zariman 4 great photo shooting. Ramai yg tertanya2 di manakah gerangan lokasi ini..siap ada strawberry gergasi lagi.

Lepas amik bakul masing2 kami pun bergerak menuju ke lokasi. Oh! Ye..tiada bayaran masuk dikenakan, hanya bayar rege [harga] stroberi tu je.

On the way ke ladang strawberry tu ada ladang gandum. Luas saujana mata memandang..hmm..ladang Plawsworth ni saja 3 miles luasnya..dahsyat kan..
Lihat tu Ameen Iffah dah siap sedia dgn bakul masing2 nak kutip buah. Jom!!

Jauh jalan weiih..penat banget kaki gue. Udahle mendukung si kecil..huu..abis terbakar lemak2 yg gue simpan selama ini..

Tgh kami menuai ni bermacam2 train yg lalu kat belakang ni..memang cantik sgt view nye. Subhanallah..tak de di tanahair sendiri..

Ladangnye luas..so xdela kami merayap ke semua batas2 strawberry tu. Tp kan, terbatas jugala sy nak kutip buah2 strawberry ni sbb dukung si kecil..nak tonggeng2 pun ssh maa..

Inilah pokok strawberry [bg yg xprnh lihatlaa..yg dah tgk tu dok diam je].

Besaaar..mmg geramlah tgk. Byk juga yg masuk dlm mulut sbb xthn tgk besar & merah tu. Ayah pun kemain lg..byk yg masuk mulut drpd masuk bakul.

Oleh krn sy dah kepenatan dukung bb Jijah, akhirnya sy letak juga dia kat atas tanah, di celah2 batas stroberi. Kasi stroberi sebijik kat dia..dia dok ngap2 sampai habis..diaam je. Nasib baikla memahami..kasi can la kat ibu nak ber'hepi'. Apapun, mmg bb tersangat ok hr tu. Boleh kasi bintang 5 butir.

Kamera ni pd mulanya dok dgn ayah..pastu nmpk dia tgh syok mkn je..sy pun take over pegang. Jadi model of the day hanya si cilik la. Yg besar 2 org tu sah2 xmau posing. Buat kenangan, dah besar nnti ibu tunjuk kat bb.

Tengok tu..apalah agaknya yg diorg berdua buat di celah2 batas pokok.

Owh..abg Ameen tgh entertain bb la konon. Izzah pandang stroberi dgn geramnya..hr tu bb merah2 dr atas sampai bawah. Kat baju pun habis kena merah, tp xpe kesan merah tu hilang bila kita basuh kain tu.

Waaah..besarnye stroberi ni..kena makan ni. Nanti ayah makan lak.

Yeii..dah dapat!!

Nyum..nyum..yummy.

Ini pula buah raspberry. Kami pegila juga tgk pokoknya tp tak kutip wat balik pun. Abg mmg xsuka mkn. Sy pulak suka..sedap ni kalo buat muffin campur white choc sket. Fuuh..terangkat.

Raspberry close up. Sangat cantik bentuknya.
Uppss..jari sape tuh?


Buah ni masam sikit. Tp yg masak ranum tu manis juga rasanya. Tak beli pun buah ni, kira mkn kat situ je.

Redcurrants. Masam2 manis rasanya. Hmm..xsukalah.

Pokok Blackcurrants & Redcurrants..renek je. Byk kan? Kira penat betul nak jalan tu..luaaas sgt.

Blackcurrants. Mulanya sy ingatkan buah ni manis sbb terpedaya dgn yg kat kedai punya. Rupe2nye masaaam giler. Terus xjadi nak beli.


Bayar dulu sebelum pulang..kami beli stroberi je..berry lain xberminat.

Harga berries tu semua dah tercatat di board tu..

Hasil tuaian kami anak beranak..

Hmm..boleh buat kuih ni..cicah gula pun sedap.