Wednesday, 17 June 2009

Keda Make Pok Su Leh

Dah lama kami tak keluar makan2 camni. Kali ni ayah nak belanja semua org makan seafood. Cari punya cari dapatlah kedai Pok Su Leh ni..iaitu pakcik kepada abg ipar saya, Rosdi Ramli. Kedai ni letaknya dekat area Pantai Seri Bayu [Dlm Rhu]. Dekat je dr rumah, tak sampai setengah jam.

Mulanya tu abah tak mau ikut kami makan kat luar. Setelah puas dipujuk akhirnya mahu juga abah join. Biasalah makan dengan budak2 yg nakal dua orang tu. Bingit je meja makan kami dgn keletah 2 org tu, ditambah pula dgn si kecil Izzah yg merengek2 tak tahan panas [kedai makan tepi pantai, panasler]. Kami dah biasa dgn suasana bingit ni..

Kami makan ikan siakap masak 3 rasa, sotong bakar, ikan [kerapu ke apa, lupa] bakar, udang, kerabu perut, kailan ikan masin, kangkung goreng belacan, telur dadar & sup tulang. Fuuhh..sedap! Sebelum makanan smpai, sempat kami anak beranak belasah dodol dulu. Uii..sedap betul dodol tu, lembut & tak manis mana.

Jom layan gambar sket. Susahla nak upload gambar skrg ni. Internet slow yg amat. Nyampah gue!

Atuk tengah pass2 kan lauk. Huu..masih berasap lagi tu ikan siakap masak 3 rasa tu. Tapi, cara masak ikan tu berbeza sikit dgn yg pernah kami makan sbb ianya kaler putih, sekali tgk macam masak stim je. Apapun rupa tak penting pasal rasanya memang superb! [tp, hubby kata wpun mknan sedap, dia cam xmau dtg dah sbb air xsedap]. Semua air yg kami oda tu rasa air pandan. Agaknya Mok Su tu rebus air letak daun pandan kot, tu yg teh ais perisa pandan tuu.

Nampak tak Izzah tgh menjeling kat makanan..masa ni baby dok dgn nenek. Sian nenek makan sambil pegang cucu. Yg si cucu pulak nak makan jugak apa yg kami mkn.

Ayah with kids & Ayah Su.

With Cikcu my younger sis.

Monday, 15 June 2009

Rumah Dr Talib & Puan Seri Zue

6 Jun lalu kami menziarah rumah Dr. Talib & Puan Seri Zue di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim, Perak. Masa tu kami balik kampung jadi, kami plan nak jalan2 rumah diorang. So, kawan2 di Durham semuaa..inilah rumah Dr. Talib. Besaaar bukan..? Lokasinya boleh tahanlaa..ala2 berdekatan dengan bukit gitu. Bukak tingkap terus nmpk bukit..syok bukan?

-Di hadapan rumah mereka-

Masa ni kami dah nak balik. Apa lagi..amikla gambar utk kenangan2 di masa depan. Rumah Kak Zue ni masih dlm peringkat pengubahsuaian..masa dtg hr tu pun, adik ipar dia tgh busy menjahit langsir rumah tu. Langsirnye kemain lagik..ikut patern rumah dato' punye tuu.

Brg2 dlm rumah pun xde termasuklah peti S & mesin basuh. Yg ada cuma TV je kot..he3. tapi, kak Zue masak gempak lagi walaupun tanpa peti S. Cayalah kak Zue!! Tabik gue! Kain sama cam gue laa basuh pakai tangan..kikiki. Takpe kak Zue..pasni boleh pikir2kan barangan rumah yg baru2..besar2..

Hmm..dengan anak2 nya & anak buahnya. Raudhah & Addi takde masa kami pegi ni. Depa dok kat kg. Dr. Talib pun xde masa mula2 smpai rmh tu..gi main air kat sungai. Wakakakaaa..tak tahan panas le tu. Jenuh juga tunggu dia sampai rumah..kononnya kami nak dtg sekejap je..xnak susahkan tuan rumah.

Kami punyela dtg waktu ptg..tapi kak Zue ni tahu2laa..dia siap masak laksa penang & bihun goreng..teh ais & milo ais..huuu..sedap cam biasa. Nampaknye time blk kg bolehla kami singgah rumah kak Zue lagi. Mereka berdua akan ke Durham penghujung Jun ni utk hadiri majlis konvokesyen Dr. Talib.

-With Kak Zue-

Terima kasih byk2 kak Zue atas layanan & juadah yg disajikan. Nampaknya sekali lagi kami ter'selamat' drpd mengangkat barang2 mereka dr kontena. Khabarnya lori kontena sampai Isnin tu. Sekarang ni diorg dah selamat la rasmikan BMW 5series mata setan di Malaysia.

Wednesday, 10 June 2009

Izzah in da House

Izzah dah 7 bln..
Dah terer duduk cam dlm gmbr ni.
4 hari lepas Izzah demam panas teruk..baik je demam terus naik campak halus..kata opah, demam ruam aka demam balun..hoh?? Kena balun gitu..


Suka tgk gambar mereka ber3 ni. Masa ni bb je yg baru lepas mandi. Yg dua lg tu belum mandi. Diorang ni sehari adalaa dlm 5 kali mandi. Nasib baik dok rmh sendiri..kalo dok kat rmh org..buat naya je naik bil air org..

Ada gaya nampak..kui3.
Oh! Ye..sila abaikan apa yg anda saksikan di belakang sana..
Itu saja peninggalan lama milik kami. Yg baru2 semua dah let go. Kesiaaaan..

Kelakar sgt muka dia masa pakai spek kuning Iffah ni. Spek pemberian kakak Ninie.

Masa ni kat rumah Pak Ude di Kulim, Kedah. Izzah pakai tudung biru kecik..turun temurun Iffah punye. Tp dia asyik nak tarik je mungkin sbb cuaca panas kot. Mukanya nmpk montel sgt bila pakai tudung.

Menggayakan spek hitam abg Ameen.

Izzah belum dpt mengesot lagi. Tp dah boleh duduk sendiri tanpa sokongan. Gg belum keluar lagi..hanya nampak putih2 je..tak tahulah bila nak keluar sepenuhnya. Mungkin sedikit masa lagi.

Bb tgh nyenyak tidur atas rocker. Nasibla ada rocker kepunyaan kakak Iffah dulu. Dapatla bb duduk2 atas ni.

Masa ni kami bawa Izzah gi kenduri kawin kat Keramat tu. Senyum girang la Izzah sbb dah sejuk masuk keta..ada air-cond. Jika tidak asyik merengek je..udahler kenduri kawin tu bising ngan lagu2 kawin..huh.

Hahah..jelas pulak nmpk kaki si Izzah ni. Budak2 ni mana ada pakai baju sejak balik Msia. Cuaca panas hinggakan diorang tak tahan, nak bukak baju je. Tido malam2 pun xmau pakai baju. Izzah asyik bercawat je..maacam dlm gambar ni. Ni kat dalam rumah kami..kosong je..adalaa satu troli mainan lama2 dulu. Yg tu lah yg diorg wat main skrg.

Rejeki Anak Omak


Kami sgt bertuah kerana dipinjamkan sebuah kereta yg gedabak ni utk kemudahan ke sana ke mari. Terima kasih tak terhingga kpd keluarga Angah krn sudi pinjamkan CRV ni. Dapatlah kami ronda2 pusing2 Malaysia..[nasib baik depa ni ada banyak koleksi kereta, terbaru, honda accord 2.4..].

poket pun boleh kering ni..asyik keluar je..

Tuesday, 9 June 2009

Jurnal

Sepanjang tempoh ayah membuat tugasan2nya, kami akan mendiami rumah lama kami di Putra Nilai, NSE. Kali pertama lihat rumah tu masa mula2 sampai di Malaysia haritu. Malamnya kami keluar menuju ke Nilai dr Bukit Bintang. Huu..seram nengoknye..pokok ubi kayu yg nenek tanam kat backyard dah jadik hutan belantara..pokok serai dah jadi serai gergasi. Lalang di frontyard pula setinggi paras dada dewasa. Hoh??$$

Dipendekkan cerita, berpeluh jugaklah sy & hubby mengerjakan kawasan luar & dalam rumah tu. "Apa yang penting..kerjasama..!!".. Akhirnya, dah hampir 3 minggu kami di situ. Barang2 dah takde belaka..yg tinggal cuma pinggan mangkuk sket..cukupla utk kami alas makan 5 beranak ni.

Saya pula dengan murah hatinya membeli sebuah mini bar utk kemudahan menikmati air sejuk. Maklumlah kat sini panas...asyik nak minum air sejuk jer. Wpun sebulan lebih je..takpe, sy akan simpan peti S ni di rmh Teh & akan mengambilnya semula bila balik ke tanahair nnti. Tiada yg percuma di dunia ini sheikh...ngeh3.

Dapur pula..pd asalnya xde. Tak lama pastu abg sulung sy yg baik hati tlh meminjamkan dapur gas portable nya. Dapatla sy goreng nuggets utk bdk2 ni.

Cuma 1 je..sy basuh kain pakai tangan beb! Banyak siuut pahala..[insyaAllah..mudah2an begitulah] Bayangkan pakaian 5 org. Huu..mahu 3 baldi sehari basuh kain. Tangan sy yg halus mulus pun dah kaso. {tetiba teringat kata2 k.Zu..dia menjerit dlm bilik air sbb kena basuh kain pakai tgn berbaldi2..kui3}.

Kehidupan kami di Nilai biasa2 aje..pagi2 ayah keluar buat kerja, tgklah jika dia ada appointment untuk interview scholars..atau jika tiada, ayah akan habiskan masa di USIM je. Dah dpt pinjam bilik K. Del [timbalan dekan FSU] sementara beliau dok di bilik TD. Thanx to her. Tghari kami makan kat rumah. Malam je makan kat luar. Huu..cam org kayer je. Kui3..

Alhamdulillah, misi kami utk sunatkan Izzah dah berjaya..misi utk buat akikah Izzah dah selesai..tinggal misi buat Visa Izzah & tugasan2 ayah saja. Setiap hari sy panjatkan doa agar ayah berjaya menyelesaikan kerja2nya dgn lancar..cuma tinggal beberapa minggu saja sebelum kami berangkat sekali lagi meninggalkan keluarga & tanahair..menuju ke tempat perjuangan kami Durham, England.

Terhinginla..

Dah lama saya xmkn MAPLE PECAN PLAIT ni. Kebetulan sy & hubby sama2 gemarkannya. Teringin nak belajar membuatnya...tp bilaaa?? Ada lebih baik sy dptkannya di kedai..hmm..sedaapnye.

Dah lama sy tak masak benda2 baru ni..

Monday, 8 June 2009

Kenduri Uncle Roti

Hari tu kami pegi ke majlis kenduri kawin sahabat kami yg sama2 menuntut di Durham University.

SELAMAT PENGANTIN BARU

kepada

YUSRAN & AISHAH

Kenduri ni berlangsung di Keramat [rumah pengantin lelaki].
Syok dapat dtg kenduri. He3..
Masa kami sampai ni, ngam2 gitu..kami sempat bersalam dgn pengantin..pastu bila kami gi makan, pengantin pun dibawa juga ke meja makan pengantin. Phewwiit..dapatla kami tgk pasangan yg menyuap2 manja makanan tu. Teringat pula zaman kami dulu..huuu..nostalgia hebat beb perkahwinan kami..

Yg pasti, kedua mempelai suungguh berseri2..terutama Uncle Roti. Utk kwn2 Durham, nak tgk gmbr kawin diorg ni, kena tggu depa berdua ni balik UK. Saya tak dapat nak snap lebih2..halangan banyak.

* Uncle Roti = gelaran yg diberi oleh Ameen & Iffah krn Yusran la yg tolong kami belikan sebungkus roti setiap Isnin selama ayah di Dubai. Tima kasih byk2 Yusran. Nanti kami jemput u ol makan2.

He3..malu2 je mempelai ni. Sama cantik sama padan sama2 kecil molek.
Mereka berdua ni mengingatkan kami kepada kawan baik kami Mat Rod..mereka berdua ni punya banyak persamaan nampaknya..

Apa2 pun..mesti isi poyot dulu..kali ni sy nak tunjuk rupe nasi minyak kenduri kawin Yusran..he3. Huu..sedap! Menariknya di kenduri ni, ada banyak pilihan makanan yg sodap2 umpamanya; nasi minyak dan pelbagai lauk pauk..cendol..tau fu fa..kuih ketayap..seri muka..teh tarik..sirap..air soya. Pendek kata macam2 adaa..cuma tukang serve nya aww aww..tak kuasa mak! Kui3..
Kami tgh menjamu selera ni. Hmm..nyum2..sedaaap. Lama tak makan lauk kenduri kawin beb! Rasa puas hati. Ermm..ada sape2 lagi tak yg nak wat kenduri kawin ye..kami nak pegi nih. Jangan lupa jemput kami tau.
Sebenarnya, kami jejak kasih juga kat sini..dengan Dr. Talib & Puan Seri tercinta Siti Zuraidah serta anakanda sulung mereka, Raudhah Amanina. Hahah..sbenarnya Dr Talib baru saja pulang ke tanahair penghujung April lalu [for good]. Kami memang tak sempat nak jumpe family diorg sbb kami awal2 lagi dah ke Dubai. Jumpa juga kami di sini. Kak Zu pekena teh tarik. Nampak tu..2 gelas maa..Masa ni Kak Zu bawa mak dia juga tapi tak termasuk dalam foto kami. Makcik agak malu2 nak posing.
Ntah apalah yg diperbualkan. Hai Dr. takkanlah bagi lecture kat sini kot.

Sebelum pulang, saya & keluarga bergambar dengan Kak Zu & Dr. Talib.

Wednesday, 3 June 2009

Slim Time

Kali ni entry tersangatla special. Memandangkan hr ni birthday ayah, ibu nak tepek beberapa foto ayah tatkala ayah di era ke'slim'annya. Utk makluman, gmbr2 ni diambil time ketiadaan digital camera lagi. Jadi, ibu amik gmbr yg ada dlm koleksi album peribadi ayah..kikiki..surprise ayaaah..ayah tak tahu ibu publish gmbr masa2 muda ni...

Jom layaaaan..

Ayah di bilik peribadinya..F44 Mahallat al-Siddiq..Selama belajar di IIUM, ayah tak pernah ada experience pindah2 bilik ke..evacuation ke..bkn mcm ibu..asyik pindah aje. Penat wooo..brg2 pun ada yg hilang.

Gambar ni diambil di Ulu Yam. Masa ni ayah di tahun 2 main campus IIUM.
Ayah sgt aktif bersukan. Jadi swimming instructor, IIUM Life Guard, Wataniah, PSSCM, dan lain2.


.Ayah di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak untuk majlis penyampaian hadiah & sijil lepas SPM. Time ni ayah tgh belajar kat Matriks UIAM Lembah Pantai. Ayah best student SPM 1994. Chaiyyok ayah..kalah ibu. Aiseh!

Ni sy tak pasti kat mana lokasinya, kena tanya empunya diri dulu. Gaya cam org frust bercinta jer..dengan misai & janggutnya. Kui3..
Masa ni lps SPM juga. Cayaalah kurus cik abe saya nih.
Harap dpt slim cenggini, amacam, boleh tak rasa2nya ayah?

Isk3..kang kalo kurus, ramai peminat pulak kang, susah den!
Apa lagi..masaaak..masaaak..muahahaaa..

Selamat Hari Lahir


3 JUN 2009

Hari ni genap usia abg yg ke ..
Waah..cepat sungguh masa berlalu.
Kami semua doakan agar ayah sihat2 sentiasa dan dipermudahkan segala urusan lebih2 lagi yg berkaitan dengan tugasan2 PhD.

Juga,
kami berharap, agar ayah gembira & bahagia berada di samping kami.

Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita sekeluarga.
Amiiin..ya Rabbal Alamiiin.

Tuesday, 2 June 2009

Burj Arab

Beginilah pemandangan Burj Arab, hotel termahal di dunia. Sekali tengok bentuk hotel ni tak ubah seperti tulang sotong katak. Huh, entah berapalah harga bilik kat hotel tu untuk 1 malam eh...

Ayah dan anak2.
Masa ni cuaca tersangatlah panas membahang. Terasa sakit kulit dibuatnya.
[baru merasai panas dunia..belum lagi panas di padang mahsyar].


Kesian bb terpaksa menahan panas semata2 nak puaskan hati ayah & ibu utk bergambar kat tepi pantai tu. Nasib baik dia tak bukak topi.

Jenuh saya pujuk 2 orang ni bergambar, asyik tak mau je. Last2, sy candid je dgn background Burj Arab. Diorang ni tak kira panas ke apa..sibuk nak buat sand castle.

Yg Iffah lagi best, siap amik pasir pantai sapu kat muka dia. Tak cukup dgn itu, dia main baling pasir kat ibu. Huu..terkena pulak kamera. Nasib baik ok jer. Tapi, kamera tu dah tinggal kenangan.

Masa tgh tunggu flight nak balik ke Kelantan, kami tercicir kamera kesayangan. Memanglah bukan lsr tp sy sgt sayangkan S tu. Dah banyak jasanya. Comel pulak tu. Serasi betul nak hilang kamera ni. Hilang pula kat airport je. Kui3. Dah nak jadi rejeki org lain. Pinjaman je kat sy rupenye.