Wednesday, 6 August 2008

Iffah @ Operation Theatre, Hospital Raja Perempuan Zainab II

Sebenarnya cerita ni dah lama..sejak 2 tahun lalu. Pesakit kecil dalam video di atas adalah Iffah, sewaktu berusia 6 bulan. Iffah menjalani pembedahan betulkan lidah (tak pasti pula apa namanya dlm bahasa doktor kan..Abe Die..tolong betulkan ek..hik2). Sebenarnya Abe Die (abah) yang suggest kan operation ni supaya bila besar nanti xdelah dia pelat masa bercakap. Malah Abe Die sendiri yang melakukan pembedahan ke atas Iffah (Abe Die - ENT Specialist @ HRPZ II). Waktu pembedahan ni berlangsung, abanglah yang jadi tukang rakamnye. If not, mana boleh masuk maaa gomen hospital. Aku tak berani nak masuk..takut pengsan pulak. ALHAMDULILLAH..berkat doa semua..Iffah selamat melalui pembedahan tanpa sebarang komplikasi. Cuma aku sedih sangat..sebab masa ni Iffah tinggal bersama abah & ma kat kampung. Tarikh operation ni dipilih pun ikut tarikh aku free (aku dlm full-time course). Tapi, Iffah sangat beruntung sebab ramai sangat yang menyayanginya..maklumlah ditinggalkan ibu sendiri sejak usia 2 bulan lagi..

Laa..tak jadi ke..

Semalam petang aku ada masak kek marble susu. Nak try la guna food processor yg org sedekah tu. Huh..hampeh. Hampir sejam aku mengadap bende2 tu yang dalam keadaan berkecai..dgn harapan dapat disambung semula untuk berfungsi tapi malangnya...bisu.
Oleh kerana nak sangat makan kek buatan sendiri..aku pakai original hand untuk mix up all ingredients. Sampai Ameen pun naik hairan tatkala aku pukul butter + gula dlm mixing bowl pakai wooden spoon. Dia tanya bertalu2 kenapa itu kenapa ini..sebab pelik agaknya style ibu buat kek kali ini. Biasa kan aku pakai hand mixer. Tapi tulah..makcik tu mogok sekarang ni..dah lama dah senyap..tu pasal terbantut nak try resipi2 baru..(baru bg aku ler..).
Yang paling kuciwanya..oven aku tuh..ntahlaa aku pun xpasti kat mana silapnya oven tu. Kuat sangat apinya jika kita wat 180 degree. Kalo wat 150 pun..jadi berkerak tebal jugak kek aku..tu pun aku dah tutup permukaan baking pan dgn aluminium foil.
Dahla kacau dgn tangan..penat tau pergelangan tangan ni haa..dah la ada injured history..huu..kesannya...kek marble aku jadi pelik sepeliknya..senang cakap macam xperfectly baked laa..dah la pusar2nye xberapa jadi (kena kaco ngan 2 assistants aku tuh). Semuanya macam sepakat je nak menyedihkan aku..
Takpe..takpe..cobaan..aku kena banyak bersabar..bukan semua benda yang kita nak tu boleh dapat sepertimana yg kita nak..nampaknye..musnah harapanku nak try buat kek lapis raya nanti..waaaaaaaaaaa....

Tuesday, 5 August 2008

Bila Big Boss Tunjuk Skill

Hari ni boss turun padang..he3. Seperti yang dijanjikan, pukul 12 pm abang turun ke dapur krn sebelum tu abang sibuk meng'edit' tugasannya. Sekali sekala best juga dapat merasa masakan air tangan suami ni. Abang memang terer masak sejak zaman bujang trang tang2 lagi..tak disangkal lagi. Masih ingat lagi sewaktu kami mula2 mendirikan rumahtangga, abah meminta kami memasak ikan kerapu yang telah berkurun bertapa dalam big freezer tu. Abanglah yg jadi master cook masa tu. Aku tolong2 jer. Kesannya, ikan tu habis licin..semua orang makan dengan begitu berselera...
Lihatlah aksi ayah di dapur..lefthanded cook. Siap pakai kemeja lagii..jaga dress code tukang masak special I nih..kih3
Setelah 45 minit masa berlalu...maka terhasillah juadah ini..aku diminta duduk kat ruang depan disuruh berehat katanya..berehatkah aku??Oh..tidaak..biasalah..melayan budak dua orang tu laa.
Ikan sea bass masak 3 rasa..nyum2..sedaap sangat2. Bertambah2 kami semua makan nasi tengahari tadi.
Ini pula sayur pak choi & dry bean curd goreng. Pun sedap jugaaa..TENKIU abang pasal masak sedap2 hari ni. Lain kali bolehlah turun dapur lagi ye..
LOVE U..

Hari Posing

Iffah sangat teruja untuk mengenakan tudung yang nenek beli & pos hari tu. Ibu terpaksa sorok dulu tudung yang baru untuk persediaan raya nanti. Iffah dah tak mau pakai tudung biru yang lama tu. Tak best katanya. Hik2..kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat dirakam ketika Iffah dalam 'good mood' memberi kerjasama ber'posing'.

Iffah & Ameen sering meluangkan masa lapang mereka dengan komputer peribadi mereka ni. Laa..sengihlaa pulak..biasanya Iffah akan melakukan aksi ini sekiranya ibu cakap 'Iffah, show me your clean teeth'..Iffah tidak akan miss untuk memberus giginya setiap pagi setelah bangun dari tidur. Setakat ini, alhamdulillah anak2 ibu tidak bermasalah untuk membersihkan gigi, masing2 dengan bersemangat mengambil toothbrush & toothpaste untuk menggosok gigi2 susu tuu.. Inilah tudung yang betul2 suit dengan kepala & muka Iffah..'cantik sangat nenek beli kat kakak..sayang nenek'..itulah kata2 yang sering bermain di bibirnya setiap kali dia memakai tudung ni. Mungkin kerana kemeriahan labuci & renda yang terdapat pada tudung ni agaknya. Tudung yang pink satu lagi tu selamat disimpan & masih besar untuk Iffah pakai. Yang tu pun meriah juga..bermanik2..kilat2.

Haa3..last2 Iffah bagi posing ni untuk ibu..sebab dia dah boring..Iffah tak berapa gemar bergambar, bukan macam Ameen. Ameen boleh bagi posing power2..kih3. Tapi, entry ni edisi khas Iffah sahaja untuk tatapan keluarga di kampung. Iffah akan mula ke nursery tahun depan (Januari) sebab dia lahir bln November..Nampaknya Iffah akan bersama ibu untuk jaga new baby soon..

Monday, 4 August 2008

Siapa ni..

Imej scan baby kami yang waktu ini berusia 22 minggu. Sekarang ni dah masuk 30 minggu dah pun. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dah 3rd trimester dah. Semoga baby kami sihat walafiat dan cukup sifatnya..insyaAllah. Dan, mudah2an ibunya pula tiada komplikasi semasa melahirkannya.

Saturday, 2 August 2008

Takziah

Hari ini aku mendapat berita kepulangan Prof Hasan Langgulung ke rahmatullah. Arwah merupakan seorang pensyarah di Kulliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Aku pernah jadi pelajarnya dalam kelas Psychological Foundation in Islamic Education sewaktu menuntut di UIAM dulu. Tidak pula aku ketahui punca pemergiannya..tapi aku yakin ajalnya telah sampai..jadi, setiap insan yang masih hidup hendaklah yakin dengan qada' qadar Allah..Al-Fatihah untuk arwah Prof..segala jasa2mu tetap ku kenang..

Friday, 1 August 2008

Whose House Is It Anyway??

This entry is dedicated to my lovely elder sist. Verily,I am not intended to display my sweet decos in this blog. But, this is a request from Malaysia. So, kak, these are few of my little collections. They're cute, unique & even adorable..I manage to get them all with reasonable prices. I'll make sure to get them for you as well. Actually, there are some more houses which look alike small teapots but I keep them in box coz they're so fragile.
Bende ni kami dapat dengan harga yang murah jer. Memang dah bajet pun harga yg boleh dibeli MESTIlah di bawah paras GBP1. Lebih drpd tu, tak akan dibeli.

Jangan terpedaya..imej ini diambil secara zoom jadi, nampak cam besar jer rumah ni. Hakikatnya, ia sungguh cinonet.

Wednesday, 30 July 2008

Cari Makan Jap

Semalam kami free..jadi selepas lunch & solat Zuhur kami dtg sini untuk membeli barang2 dapur yg telah susut..kalo xdtg kang..xberasaplah dapo elektrik hamba tuh. Jauh juga nak mai sini..adalaa dekat setengah jam Durham - Newcastle. Nak buat camne dah makanan halal hanya banyak dijual di sini. Kat Durham manalah ada halal food store. Kat atas ni adalah kedai WATAN (sebut gaya Arab tau). Milik Pakistani..biasanya kami akan beli beras, cili kering, daun pandan, serai, ayam, daging lembu, daging kisar, nugget ayam dsb. Nak tahu x..aku xpernah melangkah masuk dalam kedai ni tau. Setakat kedai Haji tu adalaa dua tiga kali..tp kalo yg ni mmg belum lagi..sbb big boss saja yg akan keluar did the shopping. Kuang3..
WING HONG..hmm..kat sinilah kami selalu beli barang2 Asia spt bihun, laksa kering, kue tiaw kering, agar2 tali, sos tiram, kicap cap kipas udang, fishballs, fishcakes, tofu & macam2 lagilah..tp, kat sini xde jual udang kering & belacan mcm kat WING YIP (Birm) tu. Nampaknya nak kena suggest kat diorang ni.

Hmm..sibuknya cik abang ni ye mengisi barang2 dlm bonet keta. Abang dah biasa buat keje ni..boleh diharap untuk membeli barang2 dapur..kadang tu aku cuma list down je barang apa yg diperlukan then, abang akan uruskan segalanya. Bukan kat sini je malah kat Malaysia jugaa..Alah bisa tegal biasa..Dulu, masa kocik2 abang lah yg di tugaskan untuk membeli ikan di kedai.


Waaaa..abang buat surprise kat I laa..abang belikan buah kegemaran aku..yg xsempat aku makan sebelum berangkat ke UK (I was forbidden to eat it as I suffered from severe cough)..sedih sungguh. Thanx abang..sbb faham Nani dah lama nak makan buah ni..love you bebeh!! Monthong pun monthong lah..janji sedap!


Nyum..nyum..lega rasa hati dapat pekena beberapa ulas durian ni biarpun didinginbeku namun rasanya tetap segar & asli. Sedaaaaap sangat tau.




Haa..kedai nilah yg menjadi pengubat kempunan kami pada KFC..Dixy Chicken..hmm..ayam goreng dia pun not bad. Takde la masin mcm ayam grg kat kedai lain..cam tumpah lori garam jer.Kalo kami dtg ke Newcastle pasti kami akan singgah di kedai ni untuk mengisi perut..dengan beberapa ketul ayam grg. Alhamdulillah..syukur.



Bergambar Bersama Owen

Semalam kami sekeluarga ke Newcastle untuk membeli barang2 mentah yg halal. On the way back, sempat pula kami merayau2 di hadapan stadium bolasepak Newcastle. Tak tahu pulak aku apa nama stadium ni.
IMPOSSIBLE IS NOTHING
Ayah & anak2 ribena di hadapan pintu masuk ke official store kelab bolasepak Newcastle. Tapi, kami cuma berada di luar store jer sebab abang xbayar parking pun. Kami nak singgah bergambar sekejap jer.
Ameen & Iffah mungkin rasa pelik melihat foto gergasi milik Owen yg telah beralih arah ke Newcastle United setelah penat mengukir nama dalam Real Madrid CF. Apapun, aku suka tgk gmbr Owen ni..

Ayah & Michael Owen
Me & my lovely kids
Angel of the North
Benda ni akan jelas dilihat ketika kita menuju ke Newcastle (dr Durham laa..) Kalo sesapa yg menuju ke utara UK pasti akan ternampak benda alah ni tersergam berdiri di tepi hi-way.

Peristiwa Isra' Mi'raj

Pada hari Jumaat 4.7.2008 (1 Rejab) yang lalu, kita memasuki bulan Rejab yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda saw dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam tidak menyerah kepada keadaan, Baginda saw mencuba nasib, mencari peluang baru untuk Dakwah ini di Taif, 80 km dari Mekah, namun harapan dan sangkaan Baginda saw meleset. Di Taif, Dakwah tidak diterima, Pendakwah dihina dengan dibaling batu oleh penduduknya. Pintu Dakwah ditahun ini hampir tertutup. Namun Allah swt melalui Surah Huud, mengarahkan Nabi saw terus beristiqamah menjalankan amal Dakwah ini meredah fasa-fasa gelap yang sedang menyelubunginya, tanpa isteri yang mendorong dan tanpa bapa saudara yang melindung. “Shayyabatni Huud” (Surah Huud telah mengubankan rambutku !!).

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :
- Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
- Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
- Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
- Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
- Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
- Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.
- Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
- Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.

Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajaran darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman.