Thursday, 29 January 2009

Merci Beaucoup

Pada hari Jumaat 16-01-2009, kami mula memindah masuk barang2 utama ke rumah baru seperti almari, TV & komputer. Ramai juga sahabat2 yg datang membantu..TERIMA KASIH yg tidak terhingga diucapkan kepada mereka yg tersenarai ini kerana bersama2 memerah tenaga tulang 4 kerat mengangkat barang2 kami yg BERRRAT tuu utk dibawa menggunakan kereta2 yg terpilih saja...[bonet hatchback].

SHUKRAN JAZAKALLAHU KHAYR AL-JAZA' ....

Amir
Halil
Fadli
Faiz
Yusran
Zariman





Setelah selamat semuanya...mereka disajikan dgn hidangan yg tak seberapa dr kami..almaklumlah..kalut nak pindah rumah kan..brg2 pun ada yg dah terbawa ke rumah sana..terpaksa gunakan apa yg ada..ala kadar saja.
...Selamat Menjamu Selera...

Wednesday, 28 January 2009

10, Clarence Street, Bowburn

Kali ini saya nak masukkan beberapa foto rumah kami..besar sket dari rumah lama di Wylam Street..
Pintu depan


Ruang tamu

Huu..koleksi buku kami..
Ruang kedua - tempat makan
Dapur


Tangga rumah ke tingkat atas
Tandas
3 bilik
Bilik study ayah, katil besar tu dipindah masuk ke master bedroom.
Bilik tidur utama..katil dipindah ke bilik tamu.

Bilik tamu..teramik gambar lemari pulak

Jumpa Tuan Rumah

Pada 15-01-2009 kami berjanji untuk berjumpa dengan landlord ni..LESLIE utk sign tenancy agreement. Suami dia rupenye pensyarah di Durham Uni. Hmm..tuan rumah ni baik hati..peramah plk tu. Sebenarnya sewa rumah GBP 425, tapi setelah dibawa berbincang dgnnya, dia setuju utk bagi sewa GBP 415 sebulan. Rumah pula 3 bilik, fully furnished [serba lengkap] & yg plg penting toilet kat atas dekat dgn bilik2.

Mulanya agak berat hati saya nak pindah dari rumah lama tu..saya suka rmh lama sebab lokasinya teramat dekat dgn sekolah. Tapi, lps consider beberapa aspek...dan tergoda dgn rumah sekarang ni, maka saya pun tukar fikiran. Abg pulak memang dari awal lagi sudah green light. So, jadilah kami berhijrah ke Clarence....



Selepas tandatangan perjanjian

Ini tuan rumah punya bunga...dr species kaktus katanya. Menurut Leslie, bunga ni ada sejarah..dah 3 tahun dibela tapi tak mengeluarkan bunga. Tapi, sebaik saja diletakkan dalam rumah ni, keluar pulak bunga..banyak pulak tu. Aku saja berseloroh.."agaknya bunga ni suka dok kat sini.." Hmm..nampaknya berhasil juga teori "ada udang kering sebalik mee goreng basah" ni. Maka dengan girangnya Leslie kata, "amiklah..tolong jaga eh..". Waah..seronok sgt saya. Sekarang pokok ni makin mencanak2 keluarkan bunganya. Sah dia memang suka tinggal kat sini.


Tuesday, 27 January 2009

We're Back..

Alhamdulillah..semalam internet dah kembali aktif. Jadi, sekarang dah boleh jenguk2 blog. Huu..lama jugak xupdate eh..tapi, sekarang tak boleh tulis perkataan pelik2 sebab my dad pun baca blog ni.

Sekarang dah masuk rumah baru. Dah habis kemas dah..penat tu memanglah penat tapi takpelah..rasa puas sebab dapat rumah yg lebih selesa untuk kami. Kawan2 abg pun ramai yg akan bertamu nanti, jadi tiada masalahlah untuk mereka bermalam di sini.

Ok..sekadar membuka pintu baytulkifli..

Adios..

Thursday, 15 January 2009

Kembali ke Pangkal Jalan

Hari ni kami TERamatlah sibuk..ke hulu ke hilir..ke atas ke bawah..ke depan ke belakang..pendek kata rasa macam nak patah pinggang dan lutut nih asyik naik turun tangga jer. I ni lagilah..udah ler baru lepas pantang..Huu..terasa nikmatnya tatkala dapat "gguling" - dialek Kelate. Letih weih..

Pagi2 kami dah ke Cathedral Letting kononnya nak sign agreement..tup tup sesampai je di sana, worang tu kata jumpe kat rumah terus. Hoh..kene patah balikla kiranya ni. Hapelah diorang ni..apesal la takleh bagitau awal2..tepon ke dulu bgtau. Ngabihkan minyak je ke sana. Jauuuh tuu. Nyarislah minyak dah murah sket. Aku pun ikut sama tadi pasal aku juga wajib turunkan signature. Landlord baru, cik puan Leslie dah ada dlm rmh time kami sampai tu.

Setelah urusan berkaitan selesai..kami pun buat hal lagi..macam mula2 tadi..ke hulu ke hilior..ke ateh ke bawah..ke depan ..naik pusing kelapa sawit nih.

Buat apa sebenarnya kami anak beranak hari ni ye..

Kami nak pindah lagiiii..masuk ni dah 2 kalilaa pindah rumah. Hari tu sbb nakkan toilet dekat dgn bilik tidur..dah tu yg tu je rumah yg kosong..Rumah Wylam sebenarnya ok, dapur luas, dekat dgn sekolah..cuma bilik je ada 2. 1 bilik tu kecik sangat..Ameen Iffah takde tempat nak simpan mainan yg berlambak tu. Lagipun masa tu rumah lain yg ada 3 bilik dan tandas kat tingkat atas takde plk utk disewa..terpaksala amik rumah tu sbb contract dgn landlord dah nak hbs..I pulak nak deliver baby kan..takkanla I nak berkampung (confinement) kat bawah tu haa..

Kali ni kami masuk rumah dekat2 dgn rumah yg mula2 sewa dulu iaitu di Clarence Street. Rumah dulu no 13, yg ni no 10..haa..dekat bukan? Kiranya mcm kembali kembali ke pangkal jalanlaaa..heheh. Rumah ni cantik sgt. Syukurlah dpt rumah idaman. Rasanya tak mau pindah dah lepas ni..

Itu part yg best2..yg tak best pun adaa..esok bermulalah episod senyapnye land line dan internet kami. Harap2 tak jadilah macam dulu..berminggu2 tunggu diorang aktifkan line..

Maknanya...rumah I ni nanti takde tuanlaa sekojap..bila dah ada line tenet nanti I akan story da mory lagiii..bila tuu?? Ntahla belalang..tunggu je ceritenye nanti.


Wednesday, 14 January 2009

Ayah & The Kids

The Kids

Abang dah confirm akan berangkat ke Dubai pada hari Jumaat (13 Februari). Hari tu adalah hari terakhir Ameen & Iffah ke sekolah sebab seminggu lepas tu dia akan bercuti sekolah..(Spring Half-Term). Kesian pulak kat diorang berdua ni..cuti2 begini ayah pulak takde kat rumah. Dahla mereka ni suka berkepit dengan ayah. Tidur malam pun dengan ayah..Kalaulah ayah ni boleh dikerat dua (isk..cam Mona Pendi la pulak)..mana taknya asyik berebut ayah jer. Pendek kata pantang tengok ayah lepak sikit, mesti si ayah ni kene ligan ngan diorang.

Bayangkan macamana jika ayah takde nanti..agak2 mereka akan buat bende yg sama tak pada ibu..hmm..mungkin tidaak..(psstt..sebab ibu garang kot..heheh).

Saban hari pun ayah selalu ingatkan mereka..ayah nanti takde kat rumah. Yg Ameen ni asyik dok tanya kenapa ayah..kenapa..?? Hoh, tak faham rupenye. Ibu harap mereka akan faham juga dan tak banyak karenah a.k.a songeh. Penat ibu nanti..ayah dahla takde..

Sunday, 11 January 2009

Award Tahun Baru


Hmm..dapat award ni drpd adik 'maya' yg jauuh nun di Lampeter, Wales..cik Unguviolet. Huh, tak sangka juga sebenarnya boleh dapat award ni. Apapun, terima kasih daun keladi ye. Oh! Ye..ini merupakan 1st award untuk tahun 2009.

Friday, 9 January 2009

..Alahai Abang..

Abg dah terima letter of offer dr DIFC, abg mula bertugas 15 Feb nnti sehinggalah 15 Mei. Hmm..ada masa lagi untuk diluangkan bersama kami. Melihat surat tawaran tu seolah2 mcm keje full time plk..masuk pkl 8 am..keluar pkl 5 pm. Siap ada tasks list lagi. Huuu..byknye yg abg kene buat. Larat ke tuu. Semoga abg dpt tangani dgn jayanya. Amik peluang ni utk manage data collection tau.

Benarlah janji Allah SWT itu adaa...abg pernah dpt sponsor ke Esfahan sblm ni..tapi dgn berat hati terpaksa ditolak sbb masa tu aku bru lps melahirkan Izzah. Aku tenangkan abg..mengatakan ada hikmah di sebaliknya..manalah tahu dapat yg lebih baik nnti. Alhamdulillah..dapat rezeki internship di Dubai pula. Lihat..jika kita bersyukur dgn apa yg ada dan akur dgn qada' qadar-Nya, bukankah kita akan memiliki semula apa yg telah kita kehilangan sebelum ini, malah mendapat yg lebih baik.

Tiada harapan untuk kami ber-4 turut serta. Kami sentiasa ukur baju di badan sendiri. Tak pe..kawan2 ramai kalo nak minta tolong. Nak minta tlg adik angkat pun jauuh pulak duduknya..hik3.

A Visit to School

Hari ini ibu bawa Iffah untuk school visit. Visit ni amik masa sejam je dr pkl 1:30 hingga 2:30 pm. Rushing jugalah dibuatnye sbb time tu ayah pegi solat Jumaat. Terpaksalah ibu kendong baby sama. Hari ni jugak ada appointment dgn health visitor, Liz. Tu yg kelam kabut sikit. Tapi, alhamdulillah..I could subdue those matters.

Iffah ok saja cuma agak malu2 esp bila Miss Gilham & Mrs Raine tanya namanya..maklumlah diorang kenal Iffah as Ameen's little sister sblm ni. Diorang berdua tu excited tgk Izzah..katanya, muka Izzah mcm muka Ameen..haaa3, betulla tu. Mmg muka Ameen masa baby sama sebijik mcm muka Izzah. Nnti kite tunjuk len kali.

Gambar tak dpt nak snap kali ni sbb pakai baby sling, pergerakan agak terbatas. Lagipun, ini visit je. Next Friday baru mula sekolah.

Thursday, 8 January 2009

My Izzah

Diam tak diam..dah besar dah rupenye anak ibu ni..
Entry ni khas buat keluarga di kampung halaman yg blm prnh lihat muka Izzah.
Izzah dah pandai senyum sejak usia 30 hari. Sekarang ni Izzah dah terer bersembang..sebenarnya ada ibu record video bb tgh syok berleter..tp ntah cmne tak dpt pula nak upload dlm blog ni..






Izzah kena eczema sket kat pipi dia..sian sgt. Kata Dr kat sini, mmg biasa terjadi baby Malaysia ni kene eczema. Tp, ada juga yg tak kena. Kira nasib jugakla ni kot. Baru je jadi ni..hr tu takde lagi. (Kak Iza, Izzah pun dah kene eczema ni..hrp2 okla lps ni). Namun begiu, Izzah maintain happy..membebel je kejenye sbb tak dpt tangkap girrafe di cot bumper.

Izzah dah mula isap jari..