Wednesday 15 June 2011

178th Durham Regatta 2011

Sabtu lalu kami sekeluarga ke Riverwear, Durham City untuk menyaksikan perlumbaan kayak di antara universiti dan kolej seluruh England. Kali ini Durham Regatta menyambut ulangtahunnya yang ke-178 tahun dan ia diadakan selama 2 hari berturut2 iaitu Sabtu dan Ahad. Tak sangka dah lama rupanya mereka mengadakan pertandingan seumpama ini.

Bayaran masuk dikenakan untuk menonton Durham Regatta, iaitu sebanyak GBP2.50 untuk seorang dewasa dan GBP1 untuk kanak2 berusia bawah 5 tahun. Setelah itu, kami diberi sticker untuk ditampal pada baju untuk membuktikan kami ada pass masuk.

Cuaca hari itu sangat mendung dan sejuk. Hanya awan gelap yang kelihatan di langit. Jika ingin merakam gambar kenang2an, adalah sangat tidak cantik imejnya masa ini, namun apakan daya, esoknya Ahad kami ada temujanji.


Ini antara peserta Durham Regatta yang sedang bertanding.
Teringat sewaktu saya di dalam kursus dahulu, mengayuh kayak menyeberangi lautan di pantai Port Dickson. Bila difikirkan rasa gerun, tapi bila dah dapat pedal, terus lupa diri..heheh.

Di belakang saya adalah pelajar2 sekolah sedang memainkan alat muzik biola mengikut alunan melodi yg sy kira sangat menarik.

Tidak sejukkah mereka mendayung kayak dengan hanya mengenakan seluar pendek dan singlet sahaja. Padahal cuaca tersangatlah sejuk.

Melihat orang lain berkelah dengan rug masing2, kami pun tak ketinggalan untuk duduk2 sama di atas rumput. Tak terlintas pula nak bawa picnic rug hari itu. Hanya bawa bekal sedikit makanan lebihan breakfast saja.

Orang ramai sedang menikmati perlumbaan sambil makan2.
Gerai2 makanan pun ada juga..paling banyak gerai yg jual sweets dan candies, tak kurang juga gerai pameran kereta dan barangan cenderahati University of Durham. Gerai yang paling ramai pengunjungnya ialah gerai fish and chips..panjang betul Q. Sepatutnya ada banyak gerai yang jual fish and chips ni..dengan cuaca sejuk mendung begitu, memanglah ramai yang kelaparan.


2 comments:

afiquehidayat said...

kalau kebiasaan fish and chip tuh boleh makan ke? halal ke? mcm die xtambah alcohol ke dlm nk preparation,etc...

saje nk tau,xde ape pon. hhehe
btw,ustazah sehat?

hnyhar said...

afiq,
salam..xtahula pula jika ada yg mencampurkan dengan arak semasa penyediaan..biasa yg kawan2 di sini maklumkan, tak ada. tp, jika waswas dan xberapa nak yakin, dah jadi syubhah pula.

sy alhamdulillah sihat...tgh busy mengemas brg2..esok nak shipping brg..