Wednesday, 3 August 2011

Durham University Summer Congregation 2011

Salam,

Maaf kepada pengunjung Baytulkifli kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini. Kesibukan dan banyak faktor lain yang tidak dapat dielakkan menyebabkan Baytulkifli tergendala sebentar. Dikesempatan ini Baytulkifli ingin berkongsi memori terakhir kami di bumi Durham, UK sebelum kami berangkat pulang 'for good' ke Malaysia pada 30 jun 2011.

Pada 29 Jun yang lalu, kami sekeluarga berpeluang untuk menghadiri konvokesyen Durham University berlangsung di Durham Cathedral. Bangunan Cathedral ini berusia lebih 1000 tahun. Alhamdulillah, kami berempat dapat masuk ke dewan konvokesyen dan menyaksikan sendiri tradisi konvo yang kini telah ratusan tahun umurnya sambil menyaksikan ayah menerima Ijazah Doktor Falsafah daripada Chancellor University of Durham, Professor Bill Bryson seorang penulis yang amat terkenal di peringkat antarabangsa. Upacara yang berlangsung tepat seperti yg tertera di buku cenderamata iaitu satu jam. Paling menarik, saya menerima tundukan hormat sebanyak tiga kali daripada salah seorang tetamu apabila mengetahui saya menjaga tiga orang cahayamata sementara suami sibuk menelaah menyiapkan phdnya.

Buat pengunjung Baytulkifli, selepas ini saya akan ber'blogging' dari Malaysia tanahairku.

Professor Bill Bryson, Chancellor University of Durham


Bersama Dr. Mehmet Asutay

Ayah dan Izzah

Dr. Zulkifli Hasan dan Isteri

Rakan2 dan keluarga

Ayah dan Ameen & Iffah

Kami sekeluarga


Gambar keluarga

Bersama Profesor Emeritus Rodney Wilson

Baytulkifli fi Maliziya


8 comments:

lady lavender said...

tahniah!! Dah balik msia rupanya...Selamat menempuh 'hidup baru' setelah bertahun di bumi Durham. all the best.

Kalamhati said...

Tahniah buat dr zulkifli..dan wifenya..=)

fa10 said...

ado la jugok kenangan konvo... kawe x dae ngan konvo weh..
selamat berpuasa nani, jgn tinggalkan baytulkifli ni sunyi tanpa berita ye...

ummi_ziz said...

Congratulations again! Bestnya dpt attend convo ayah yer..sume org happy je nmpk. ;)

Nti free update citer kt Malaysia lak k. :)

Take care n happy teaching kNani! miss u..:)

hnyhar said...

lady lavender,
terima kasih..touched down 1 julai hari tu, kiranya dah sebulan kami berada di tanahair.'hidup baru' mmg masih belum stabil. apakan daya, hidup mesti diteruskan. good luck awak di bumi finland... ^_^

kalam hati,
terima kasih kak ti... ^_^

fa10,
alhamdulillah, dae nge konvo. bulehla masuk kelih guano demo ni konvo..metidok kalu nok maghi semula pahni rasonyo tok maghi doh...sebenarnya dah lama nak blogging, tp masa tu ada mslh xleh sign in sbb tukar negara. finally dpt semalam...inshaAllah..akan berblogging lagi.

illey ibrahim said...

very classic banggunan university durham, mcm cite harry potter

Zaitun said...

Tahniah buat dr Zulkifli.

Selamat kembali ke tanah air.

hnyhar said...

From a skylark,
Bgnn tu adalah Durham Cathedral.berusia lebih 1000 thn.mmg ada scene Harry Potter kat sini cuma sedikit saja partnya.

Kak Zai,
Terima kasih kembali.:)