Saturday 4 September 2010

Disneyland Paris

Maka tibalah jua hari yang ditunggu2 sekian lama oleh anak2 kami..untuk jejakkan kaki ke rumah Mickey & Minnie..hehe. Atau, ibu yang teruja? Bak kata ayah, 2 x 5 je. Pagi2 lagi saya dan suami dah bangun untuk bersiap2, masak nasi briyani ayam..ayam tu dapat masa keluar shopping ke Val de Europe. Tak sangka banyak ayam, daging dan sosej halal kat situ. Kat UK pun takde. Harga pun murahla juga. Tu pasal kami beli dan masak ni. Bolehla alas perut sebelum ke Disneyland sehari suntuk.


Ini dah bertolak pagi2 morning ni. Dah banyak rupanya kenderaan berpusu2 ke pintu masuk Disneyland. Plat kereta dari macam2 negara. Fuh, takpe sekali ni je datang. :) Nak masuk ni, kena bayar parking sebanyak 15 euro. Jika nak senang dan nak jimat masa sepanjang berada di Disney, silalah membuat tempahan tiket awal2 sebelum kemari. Jika tidak, bermasalahla..

Nak melawat tempat2nya tu pun kena plan betul2 sambil tgk guided map. Jika tidak, jadilah macam kami yg buat dek kat peta pink..last2 terlepas nak bergambar ngan Mickey & Minnie. Tapi kan, bukan senang nak bergambar berduet ngan karakter2 tu, pasal ramainye orang. Sekadar curi2 dr jauh saja. Takleh nak pegang2 benda alah tu. Iffah pula memang langsung taknak ambil gambar ngan karakter Disney, takut. Mungkin sebab besar kot..Lilo and Stitch pun besar gedabak..sama juga ngan Ratatouille..hihi. Dia nak bergambar ngan Princess Belle [Beauty and the Beast] dan Cinderella..pheww..tak sanggup ayahibu nak bawa baby berdiri terpacak tengah2 panas terik beratur amik turn semata2 nak bergambar dgn karakter tu. Laaaamaaa tuu..

Inilah dia Sleeping Beauty castle yg selalu disebut2 dalam Walt Disney..trademark filem Walt Disney di samping logo telinga tikus. Boleh masuk dalam castle ni tapi kami hanya lalu bawah castle saja..menyeberang untuk ke Fantasyland.


Ada 2 tempat utama di Disneyland yg wajib dikunjungi iaitu Disneyland Park dan Walt Disney Studios. Disneyland Park lambat sikit tutup berbanding Walt Disney Studio. So, kena plan betul2 nak pegi mana dulu..sebab kedua2 lokasi ini jauuh jaraknya.,kena jalan kaki. Disney train hanya terdapat di Disneyland Park saja. Boleh lihat jadual perjalanan di website Disneyland.

Di Disneyland Park, ada 5 tempat yang utama:
Main Street, U.S.A
Frontierland
Adventureland
Discoveryland

Fantasyland

Di Walt Disney Studios Park kita boleh pegi macam2 studio, lihat sejarah Walt Disney characters. Nak naik flying carpet pun boleh..sepatutnya jika nak melawat kesemua tempat di Disney, kenalah luang masa sekurang2nya 2 hari. Sehari tak cukup untuk explore semua. Kami pun cuma sehari tu je di situ. Esoknya kami dah bergerak ke Germany.

Main Street U.S.A

Masa naik Disney train..kami hanya keliling satu Disneyland Park je, tak berhenti kat mana2 pun. Lama juga naik benda nih. Sebaik2nya, jika nak ke satu2 tempat yg jauh jarak tu, lebih baik naik keretapi ni tp kat Disneyland Park je ada train ni tau. Nanti takdelah penat, cuma kena Q panjang dan laaaaamaaaa. Itu yg buat kami malas.

Inilah satu2nya gambar keluarga di sini. Dahla sekeping je, tak nampak pula keseluruhan castle tu. Tinkerbell langsung tak kelihatan. Belum sempat nak suruh mamat tu pusing kamera dah dia kasi balik kamera kami. Alkisahnya jadi begini berpunca drpd kelupaan untuk mengambil tripod dr bonet kereta. Nak keluar ambil? Ohh tidak, jauuuuh tu tempat parking kereta. Jalan kaki hampir 15-20 minit tau.



Di Disneyland Paris, kita dibenarkan untuk membawa bekal makanan dan minuman dari luar. Tapi, jika Disneyland Hong Kong, langsung takleh bawa apa2 bekalan..kena beli apa yang dijual di situ je. Kami dah siap2 beli roti2, dan pagi tu juga saya masak sosej untuk kanak2 ni. Air bawa yg mineral je. Yang diorang minum dlm gambar ni beli kat situ, slush drink = 2.50 euro segelas. Sedapnya minum masa cuaca panas tu. Tapi itulah, tak cukup2la pulak..nak sorang segelas daa..

Apapun jika datang ke sini, kena emotional, physical and financially prepared lah. Emotional, jika anak2 penat, mereka akan merengek, buat perangai..jadi, ayahibu kena sabar dan tak usah cepat sgt marah. Takkanlah percutian seronok2 bawa anak2 dah jadi hari yg tension pula. Physical, sudah tentu sbb perkampungan disney ni amat luas territory nya. Kenalah kuatkan kaki berjalan. Kita takpe, si kecil2 tu? Financial pun penting juga. Kat sana, ada jual macam2 souvenir utk kanak2, segala macam angkatan Walt Disney. Belum masuk makan2 dan minum2..sementelah pula dengan cuaca yg panas terik. Mata pun rambangla sekejap.



Setelah selesai makan2, kami teruskan penerokaan menuju ke SMALL WORLD. Rakan kami, Najib dah berpesan, jika ke Disneyland, bawalah anak2 masuk ke tempat ni. Memang betul seronok sangat masuk dalam tu. Pendek kata bukan anak2 sajalah yang suka, ayahibu pun gumbira. Ameen yang tengah moody di awal2 tu pun boleh jadi ceria kembali. Iffah memang sukalah ada nyanyi2 tu..sampai tersengih tak terkatup pun mulutnya. Izzah pula seolah2 terpegun sekejap..nak kata happy tak juga, nak kata takut pun tak juga..haha. Rasa pelik gamaknya..



Ni masa nak masuk dalam Small World. Naik train atas air, gerak sendiri [controlled]. Mula2 nak masuk entrance ke situ rasa malas juga..sebab ramai sgt manusia beratur. Tapi, dah nekad nak buat anak2 happy, kami line up juga. Alhamdulillah, memang tak ambil masa yg panjang. Tak seperti Disney train, lamaa. Yg ni, sekejap je dah dapat turn. Laju..dan budak2 ni pun happy..


Suasana dalam Small World yg meriah dengan kartun2 dan alunan muzik. Really happening..









Sehari suntuk di perkampungan Disney membuatkan kakikukeko lenguh2 dibuatnya. Dari satu tempat nak ke tempat yang lain tu, agak jauh juga perjalanan, jadi kami banyak menghabiskan masa di Disneyland Parks sahaja. Dan, habis saja perarakan gergasi ni kami terus balik ke hotel, berehat. Tak tunggu pun untuk lihat pertunjukan bunga api pada malamnya. 2 jam lebih lagi nak tunggu..semua dah kepenatan..jadi, lepaskan je niat nak tengok fireworks..apa yang penting Ameen, Iffah & Izzah happy.

13 comments:

lady lavender said...

bestnya dapat pi disneyland..kalau anak2 saya tengok gambar2 ni sure terliur ajak pi sana..dorang memang big fan of disney's characters..

hnyhar said...

lady lavender,
hehe..itupun tak cukup sehari nak round 2 taman tema gergasi. main ikut sedap je nak pegi mana. nak bergambar dgn karakter disney pun bknnye senang..pjgnye Q..hubby pun bising xmau beratur.hmmm...mmg xde can la nak posing ngan benda2 alah tu..

apa salahnya, jika ada peluang ke sana, bawalah anak2 tu..mesti diorg seronok..

selamat hari raya..

Anonymous said...

Awla dah tanya bila nak pergi disneyland lagi?
Hari2 layan disneyland parade kat youtube...

hnyhar said...

fa10, owh xpuasla tu..budak2 ni pun sama, siap nak ajak makcik pakcik dio nak gi disneyland pulok..hhehe..bdk2 ni pun tgk juga di youtube tu.. :)

Mrs. Ishamizu said...

KNani bestnye!! Izu pn teruja..hihi...Zahin pn tgk skali masa izu buka blog akk ni, hbs dia tny itu-ini..izu ckp klu ada rezeki nti bolehla pegi..hihi..kNani stay kt disney resort eh? mhl tak?

Happy 7th anniverrsary to u n a.zul.:)

afiquehidayat said...

hahah

dulu tyme saye darjah 3 pun ke disneyland..

mcm smallworld je.. padan la best..ade cawan pink besar yg pusing2 dgn gajah dumbo yg pusing3..best2

dpt jgak la mainan mickeymouse and buzzlightyear!!

slm lebaran ustzh

aloppz said...

wah2. bestnyer ustazah pegi jalan2. huhu

hnyhar said...

izu,
hr tu kami stay kat hotel di luar disney..tp dkt je, 10 minit drive dah sampai..mesti bwk anak2 tu kalau izu jd dtg uk blk..he3. thanx for the wish..

afique,
lama xdgr khabar afique..sht ke? ustzh ni dah tua2c br dpt dtg sini..he2 dulu masa kecik2 xtahu apapun ttg disney. selamat hari raya afique, salam buat family ye.

hnyhar said...

lutfi,
jalan2 mmg best cuma penat je..bila nak terbang ke cardiff?

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Best2..nak pi ni..but spt cakap kena plan betui2...tq

hnyhar said...

badrul,
ye betul, kena plan awal2..supaya percutian lebih efektif.

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Boleh bg tau sikit Val de Europe tu city ke...then bnyk ke halal meat..utk d bawa masak.
20/4-3/5 k disney

hnyhar said...

badrul,
Val de Europe tu shopping complex yg sgt besar..kira2 30 minit saja dr Disneyland. ayam dan sosej halal tu ada dijual di bahagian makanan..cubalah cari..roti2 dan croissants pun murah2..boleh buat bekalan utk anak2..